Sunday, March 6, 2011
MARBLE CHEESE BROWNIES
Yuhuuu..dh lama berangan nk wat marble cheese brownies..mmg resipi dr rinnchan ni plg ngetop sbb tersgtla sedaapnye..marveles banget!! brownies ni kita wat semalam sempena majlis besday satu tahun usia anak sedaraku fawwaz ..majlis berlangsung di umah my parents..semua pun memuji kesedapan bronis nih..resipi ni dh dicuba oleh ramai blogger masak2..sape yg lum try mmg rugi woo!! thnx rinn 4 sharing this marvelous recipe.. jom kita zaas resipi!!
MARBLE CHEESE BROWNIES
Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla
Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata. 2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.
Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B
Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
19 comments:
salam doc,nampak sedap.Dalam peti ada cheese boleh la gi godek lepas ni.Nanti kita hantar seketul ya.
sedapppnya.....nak sepotong kak...
terliur mas tengok..he..he..
mmg sedap!!!Cm dah buat berulang ulang kali dan semua orang kt rumah ni makan tak jemu jemu hehe
assalam kak Dr...terasa2 dah kat kerongkong nih..pnh gak bt ni sekali..mmg sedap giloss :)) tp sy sorang jer mkn mkn bnyk yg lain mkn tlebih je,terus bersin2..huhu
k.ina,
sedapnya brownies tu! bila duduk spital ni kan, semua food nampak so tempting and irresistable. rindu nak masuk dapur, dah brapa hari dapur tak berasap.
kak Ina.. sedapnyer.. sy mmh lemah bab2 brownies.. tambah2 lh ada cream cheese.. adoii.. melayang diet.
kak ina...satu lagi resepi yang akan menabahkan lemak tepu kat badan nih..hehehe
kemas betul kerja tangan ina.. kalu jahit telinga abg tentu kemas..luka abg tu dah pulih dah jaga sungguh ilah dgn dia...hehe apa kaitan ni.. hehe saja nak buat gambaran..
akak cayangg..
cantikk sungguh corak akak buat tu..mmg terliurr abiss lah tgk brownies ni...
salam Ina cayangg.....nak bronis 10 ketuiiii...hehehee
sedapnya.. tengok pun nampak teruja dan menggoda
kak ina cyg, brownis kak rin ni memang the bestkan.. nieza buat hari tu memang tak jemu tul mkn......sedap sgt terasa mcm nk buat lagi jer...btw jom ler kita tukar ngan cheese cake nieza lak..haha menambah berat bdn tul kan....hehe
sedapnye kak... nak sepotong..hehehe
Kak Ina..
Dah lama saya peram resepi ni
cuma lom seru nak buat..
apa pon, namapak cun & kemas je brownis tu
sedapnya brownies ni kak ina terliur la pulak. lama dh sy x main baking2 nih bila tgk brownies akak terus rindu nk baking hehe
Salam.. Hi Kak Inahar, rajinnya akak ni.. Selalu buat Nur terliur la.. :)
salam kak inahar wow mengacam cis brownies heheheh mintak sepotong dua :)
Sedapnya cheese brownies ni!
penah buat brownies ni..ikut resepi k.rin juga..hjg mnggu ni nak buat lg la..tgok dpur doc ada brownies..nk minta jauh pula hehe...hopefully kemas la sket nt corak sy buat
Post a Comment