Salam..masih lg dlm mood raya yg x surut2 lagi..hehe! semalam kengkawan abg bani mai serang umah kita..masakkan diorang mihun & nasi goreng, nasi himpit & kuah kacang daging serta wat kek trio marble CMG nih..dh lama simpan resipi ni (yg kita rasa salah satu resipi kek plg fofular dikalangan blogger masak2 nih)..br kali ni wat! nyesal x wat dr dulu..huhuu! sbb sodap banget..gebu & ringan keknye cam kek span w/pun ia diperbuat dr butter..x jemu makan punyer..pas sepotong ngap..nk lagik dan lagik dan lagiiikkk!! hehe..jom zaas resipinye..thanx wat CMG ye..akak cnp resipi kt dapur mat ye! tenkiu.... RESIPI KEK MARBLE TRIOBahan-Bahannya:-300 g mentega
280 g tepung halus (tempung gandum pun ok)*
1 camca teh baking powder*
1 camca besar susu tepung*(*disatukan, gaul dan ayak)
5 biji telur gred A (berat kurang lebih 60g sebiji)
250 g gula halus
1 camca besar Ovallate
30 g gliserin (boleh ganti ngan susu sejat)
20 g air
1/2 camca teh esen vanilla
1/2 camca teh strawberry emulco
1 camca teh chocolate emulcoCara membuatnya:-- Pukul mentega hingga kembang dan putih, masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata. Ketepikan.
- Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan telur, gula dan ovallate. Pukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat seperti adunan baulu. Perlahankan speed dan masukkan adunan no.1 sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul hingga semua sebati.
- Kemudian masukkan air dan gliserin dan gaul hingga semua sebati. Bahagi adunan kepada 3 bahagian yang sama banyak. Satu bahagian dimasukkan esen vanilla, satu lagi dengan strawberry emulco dan satu lagi dengan coklat emulco. Gaul hingga sebati.
- Dalam bekas berukuran ( 8 x 8 x 3 ) inci, (tapi dalam gambar mat guna acuan bulat berlubang tengah, acuan yang orang guna untuk buat kuih bingka). Lenser acuan dengan mentega dan alas dasar dengan kertas. Masukkan setiap adunan berselang-seli hingga habis dan buat beberapa pusingan menggunakan chop stick.
- Hentak tin 2 - 3 kali dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 35 - 40 minit. Sejukkan kek 5 minit sebelum dikeluarkan dari tin. Sejukkan kek atas jaringan hingga betul2 sejuk.
CATATAN MAT GEBU :- Kalau tak de gliserin, abaikan gliserin dan air, ganti dengan 50 ml susu cair atau whipping cream. Pasal perisa dan pewarna untuk marble tu boleh ikut citarasa masing2. Oven perlu dipanaskan 10 minit sebelum membakar kek. Jika menggunakan tin atau acuan kek warna hitam, turun kan suhu tadi kepada 160C semasa membakar kek, kerana tin hitam kadar penyerapan haba dia lebih tinggi. Jika kek nampak gelap tapi masih belum masak, tutup permukaan tin dengan tudung periuk. Jangan bukak oven dalam tempah 30 minit masa membakar, nanti kek bantut.... Selamat mencuba...