Tuesday, August 17, 2010

AYAM PERAP MASAK MERAH MADU

Salam bersiaran kembali serta selamat mengerjakan ibadah puasa wat semua pengunjung yg x jemu2 mai kesini walaupun tuanrumah asik menyepi je..hehe!! timokacih sbb sentiasa ingat kat kita ye!arini akhirnye dapat juga berbuka puasa dgn anak2 dirumah setelah 5 hari berbuka puasa di klinik jek..huhuu! minggu ni start cuti..bolehlaa menyediakan sendiri juadah berbuka utk keluarga..alhamdulillah!! arini try resipi amik kt blog ummi ie. ayam perap masak merah madu..tu diaaa panjang wehh nama menu nih..hehe!! tapi mmg bak kata ummi, sgt berbaloi-baloi hasilnye! resipinye lbhkurang cam masak merah biasa cuma yg berbezanye cara memasak iaitu ayam mestilah diperap dulu sebelum digoreng utk mendapatkan rasa yg lebih uummphh!! toceh2x ummi..resipi asal dari majalah saji! ummi..kita cnp resipi ye..tenkiu!! muaaahhss!!

AYAM PERAP MASAK MERAH MADU
Sumber : Majalah SAJI


Bahan:-

  • 1 ekor ayam - potong 10 bahagian
  • 2 sb. rempah kari ayam
  • 1 sb. serbuk kunyit
  • 6 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 2 inci halia (ditumbuk)
  • 2 labu bawang besar (dikisar)
  • 2 sb. cili kering kisar (akak letak 3 sb.)
  • 5 sb. madu
  • 1 sudu besar gula merah
  • 2 sb. puri tomato (akak letak 4 sb.)-kita guna sos tomato kimball 5-6 sb.
  • garam secukup rasa
  • 1 labu bawang besar - dipotong nipis bulat

Cara Memasak:-
  1. Ayam dibersihkan dan ditoskan. Gaulkan bersama bahan halia, bawang putih, kunyit, rempah kari dan perisakan dengan garam. Perap ayam selama 2 jam (akak lebih 4 jam..hehee)
  2. Keluarkan ayam dari bahan perapan dan goreng hingga masak. (lebihan bahan perapan akan digunakan sebagai bumbu kuah)
  3. Panaskan minyak dalam kuali, dan tumiskan. Masukkan bahan bumbu perapan dan cili kisar. Masak hingga garing.
  4. Masukkan gula, madu, puri tomato dan kacau. Masukkan sedikit air dan kacau lagi.
  5. Apabila kuah sudah mendidih dan sedikit pekat, masukkan ayam.
  6. Biarkan kuah mesra dengan ayam sambil dibalik-balikkan ayam dengan api sederhana.
  7. Perlahankan api dan biarkan reneh sekejap hingga naik minyak dan kuah pekat.
  8. Angkat dan hidangkan dengan nasi minyak atau nasi putih.
ni antara menu yg dimasak petang tadi selain ayam perap merah madu adalah kari ikan, sayur campur, sup ayam utk sri dan sosej cheeseroll bersalut nestum. korang layan foto jelaa ye!! selamat bersahur utk semua....daaa!!!

10 comments:

aidah said...

Salam Inahar,
wah berderet juadah untuk berbuka.Terliur nengok sosej cheeseroll bersalut nestum tu, anak2 mesti suka ni

NiezaMan said...

salam Kak Inahar

lama menyepi..sekali timbul..tu dia..mcm2 menu dia.

indahhouse said...

Salam ramadhan kak inahar,
Nengok ayam masak madu ni buat saya laparla kak. huhu.. terbau2 lagi ni. mesti sedap hingga gigit2 tulang tu. hihihi.

indahhouse said...

Oh, saya nampak sosej cheeseroll tu. Gud idea, kak! saya masih ada balen roti dan cheese. Thanks! :D

Kerull said...

Salam kak inahar..wah teruja plak tgk sosej cheeseroll tu..kena test ni..hik hik mintak izin masuk list ye...

HALAMANKU said...

Salam akak wah semua syedap2 lah.. pepagi dah terliur.. blh camtu? he he he

rapheydhillo said...

k.ina,
bulan2 puasa ni semua tu nampak menarik.. tp klu saya le memang tak buat le.. penyakit M besar punya atas kepala bulan puasa ni!

Acik Erna said...

salam dr..selamat berbuka dan bersahur..akak nak tanya..sosej tu..dr..buat sendiri ke salut nestumnya tu..teringinlah dr.

CS said...

Salam
Selamat berbuka puasa untuk hari ketujuh Ramadhan...

Meriah masakan untuk berbuka...

inahar ali said...

aidah..sosej cisroll bersalut nestum tu lg sedap dr salut serbuk roti..nnti try la!

niezaman..vit R dtg tp bil M melanda..den x buleh buek apo dah!hehe

nurindah..nnti try la wat ayam madu & sosej cisroll tu ye!

kerull..try jgn x try ye!

erma..aik..tekak owg pose mmg cenggitu kan! hehe

dhill..kalu akak berdua jek cam dhill tu mmg x masak asik beli jer laa! lg sonang kojo kan!


kakerna..roti sosej tu celup telur then salut ngan nestum..try la kak!

somuffins..selamat berbuka & bersahur gak wat cs ye!