Tuesday, August 17, 2010

KUIH TEPUNG GOMAK

Salam..kuih tepung gomak wat berbuka tadi..salah satu kuih feveret kami!! resipi cedok dari dapur As nun di N.Zealand sana..amboi jauh tu angkut resipi kuih tradisional melayu sampai kt obersee uu!! hehe..resipi asal dari tulip77@myR..thanx to both!! as..akak cnp resipi ye!! thanx again..

Kuih Tepung Gomak
sumber dari tulip77 myresipi

Bahan-bahan ( 20org )

  • 300gm tepung pulut( as tambah sedikit tepung gandum)
  • 300g tepung kacang hijau
  • * Bahan untuk inti *
  • 150gm gula merah
  • 1/2 cawan gula putih
  • 1 bj kelapa parut
  • 1/2 st tepung gandum
  • 1 helai daun pandan

Cara-cara

  1. Masak gula merah dan gula putih hingga gula larut. Masukkan daun pandan dan dimasak sehingga gula menjadi pekat.
  2. Masukkan kelapa parut dan dikacau hingga sebati. Angkat dan sejukkan terlebih dahulu.
  3. Gaulkan tepung pulut, sedikit tepung gandum dengan air dan sedikit garam sehingga menjadi adunan yang kental.
  4. Ambil sedikit adunan dan bulatkan kemudian dileperkan.
  5. Masukkan inti dan dibulatkan dan dileperkan semula.
  6. Masak air mendidih dan masukkan adunan yang telah siap.
  7. Masak hingga ianya timbul barulah diangkat dan ditoskan (sama mcm buat buah melaka)
  8. Golekkan dalam tepung kacang hijau dan aturkan dalam piring untuk dihidangkan.

14 comments:

Deliah's Deli said...

salam kakak Dr....kuih fav ms kecik2 dulu ni kak sbb makcik bjual kuih kat pasar malam jd sy tukang rasa sblm bw jual..ngeee :)

hasni said...

salam
hai akak:-)
lama tak menyinggah sini
kuih gomak tu mcm sedap
br je smlm kawan hasni beli kat bazaar tp xsedap langsung
mcm sng je nak buat...
ada msaa nnt nak try la

inahar ali said...

deliah..akak suker seme kuih yg guna tepung pulut..sedaap kan!

hasni..mmg senang pun nk watnye..nnti hasni try ye!selamat berpuasa & bersahur ye!

Ruziawati Bukhari said...

yum.. yum.. sedap ni kak! biasa tepung gomak warna putih.. ni mesti special ni!!

HALAMANKU said...

Salam.. akak rajinnyer wat kuih ni.. x pernah buat.. x pernah mkn tapi pernah jumpa orang jual he he he

inahar ali said...

T..akak guna tepung kacang hijau goreng sbb tu kaler die cenggitu..haha!!

erma..nnti tryla beli seketui kt bazar ramadhan..sedaap tau!

fara dean said...

skali skala kn tepung gomak ni mmg sedap..lagi2 klau inti kacang kan?

inahar ali said...

faradean..iyela kan..pasnih nk try inti kacanghijau lak! kalu rajin ler..hehe!

ijayuji said...

Salam kak ina! kita lamaaaaa sgt peram resepi ni nak buat tp kan mcm mcm mnm nak beli jer! :D kita ingatkan inti dia tu kacang merah rupanyer inti kelapa mcm kuih ketayap tu ya?

NiezaMan said...

Kak Ina,
saya pon suka kuih2 yg berasaskan tepung pulut..suka kuih ni..tp malas nk buat coz kita sorang2 yg makan..

Kerull said...

Salam Kak..kita suka kuih tu..tapi malas nak buat..mintak skit blih tak..hu hu hu

somuffins said...

Inahar
Tepung gomak kita punya fevret juga tapi tak berapa rajin nak buat. Puas cari kat bazar semalam tapi takde *terliur*

indahhouse said...

Salam kak inahar,
Ada tepung gomak. huhu.. Sangatlah sukanya saya kalu dapat. saya lom sempat lagi nak kacau intinya. Suka kue2 dari tepung pulut ni.

kak nampak tak saya buat sosej cheeseroll? hihi. tiru kak inahar kemarin tu, tapi salut breadcrumbs.
arini intenet slow sgt. samapi frust saya dpan laptop.
Selamat berbuka kak.. :)

inahar ali said...

ika..kuih tepung gomak leh taruh inti mcm2!! nk letak kacang ijo ke kacang merah pun boleh...

niezaman..akak mmg hantu menu pulut..hehe!!

kerull..sowi aarr..abiss sudaaaaa! hehe

somuffins..jangan sampai kempunan tepung gomak udah..terpaksa ler kena wat sendirik gak kan!!huhuu

indah..haah ler..akak nampak td sosej cisroll tuh..sonang nk wat dan sodaap kan!!