Friday, August 20, 2010

KUIH BOM @ ONDE-ONDE


haa..baru nak update resipi kuih bom yg melotups2 kita wat semalam..hehe!! resipi amik kt koleksi resipi dari internet (www.resipi4u.com)..tenkiu kepada penyumbang resipi ye!

RESIPI KUIH BOM INTI KELAPA @ ONDE-ONDE

Bahanbahan:


Bahan inti:
½ biji kelapa parut
¼ cawan gula kabung
½ cawan gula pasir
1 helai daun pandan
¼ cawan air


Bahan kuih :
240 gram tepung pulut
½ sudu teh garam
1 sudu makan tepung gandum
1 sudu teh air kapur
200 ml air
50 gram biji bijan

Minyak masak secukupnnta untuk goreng terendam


Cara Penyediaan:

Penyediaan inti:

Satukan kesemua bahan dan gaul dalam kuali. Panaskan atas api
yangsederhana.
Kacaukan hingga merengas dan separuh kering. Angkat dan ketepikan.


Penyediaan kuih :

Satukan tepung pulut, tepung gandum, air kapur dan garam ke dalam mangkuk. Gaul
rata. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga membentuk adunan yang lembut. Tambah air jika tidak mencukupi.

Ambil sedikit adunan, bentukkan bulat dan isikan inti di tengah-tengahnya. Pastikan tidak bocor. Kemudian golekkan ke atas bijan. Buat hingga habis.

Sementara itu panaskan minyak yang banyak di dalam kuali atas api sederhana besar.

Goreng kuih bom hingga warna keemasan. Angkat dan tos.

Sedia untuk dihidangkan.

9 comments:

Kerull said...

Salam K.Inahar..sedapnya kuih tu,lih test market ni..hubby saya ni bukan makan sgt..tapi takpa saya makan..hu hu

ilahjy said...

salam..jgn p bom kat mana2 dah ler..bom dalam peroittt je.. tauuu.
sejarah akak belom pernah buat kuih ni..hehe..

kak Erna said...

dr..akak belum pernah buat kuih ni sendiri..suka makan..tapi kata orang.kalau tak mau meletup..tepong tu di bancuh dengan ubi keledek..yang telah dilenyek..

ijayuji said...

Salam kak ina cayang, nak tapau sume sekali sedapnyer lah telur masin yg dah terbelah tuuu kalau dpt kita mmg abis kita kerjakan dia punyer kuning tu :D bom pun suke!

ain said...

resipi dah salin, bila ye nak buat..??? hehe

Deliah's Deli said...

salam kakak Dr...tu pasal la name dia kuih bom yerk..erm sedap ni kak-mmg dboom la!! :)

ceni therebeq said...

Salam kakak Doc,

Lazat dan cantik rupa paras kuih mu itew...

Mokcik baru je plan nak masak udang seri pandan petang ni.. harap-harap menjadi la hendaknya...

cikmanggis said...

gedebom..bom..hehe kuih bom memang sedap tambah jika kulit yang liat-liat tu..sedap:)

Ibu faheem said...

cikmin suka kalau mama cikmin buat kuih bom ni.. :)