Thursday, April 8, 2010

AYAM HITAM MANIS BEREMPAH


Salam..arini kita dapat cuti 2 hari..lehla memasak..hehe! ni lauk ayam masak hitam manis berempah..resipi asal guna daging tp kita guna ayam jek sbb tu je ada lam peties kita yg hampir kosong tu..huhuu! resipi skodeng kt dapur nor ganu..sedap uu! thnx nor..kita cnp resipi dr dapur nor ye! thnx again..

RESIPI AYAM HITAM MANIS BEREMPAH

300gm daging batang pinang ~dihiris nipis dan toskan (ganti ayam goreng garam kunyit)

bahan A

1 sudu teh serbuk ketumbar

1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk jintan putih

1 sudu besar kicap cair

1/2 sudu teh serbuk lada hitam ~ lebihkan jika nk lebih pedas

~~~~~~~~~

2 ulas bawang putih ~ ditumbuk

1/2 in halia ~ ditumbuk

1 labu bawang besar ~ dipotong bucu/wedges

1 bj cili merah ~ dihiris
1 bj tomato ~ dipotong 6 atau 8

minyak

~~~~~~~~~

bahan B

1 sudu besar kicap pekat

3 sudu besar kicap manis

1 sudu besar sos tiram

1 sudu teh cuka atau perahan limau nipis


Gaul daging dgn bahan A dan perap lebih kurang 1/2 jam. Panaskan minyak dan masukkan bawang putih dan halia. Tumis hingga wangi dan masukkan 1/2 dr bawang besar dan cili merah. Goreng seketika hingga wangi dan masukkan daging yg dah diperap tadi. Kacau2 daging dan goreng lebih kurang 10 min hingga air daging keluar. (Jika guna daging batang pinang tak perlu ditambah air tp kalau guna daging biasa bolehlah
dimasukkan 1/2 cawan air utk mengempukkan daging) Masukkan bahan B dan biarkan masak hingga kuah hampir kering. (bolehlah dimasukkan garam dan gula secukup rasa jika perlu) Masukkan lebihan bawang besar dan cili merah serta tomato. Kacau sekejap dan boleh lah dihidangkan panas2.

8 comments:

K.Nor said...

salam.. tq ina sudi try resipi ni. alhamdulillah..kena dgn selera ina ya.. baru2 ni pun nor buat dgn menggunakan ayam gak.. :)

Datin El said...

salam inahar..kalau inahar dah kempen sedap kena torai ni..masuk list..slmt bercuti eh..

inahar ali said...

nor..mmg sedap! anak2 seme suker kalu lauk2 berkicap nih..hehe!

datinel..mesti try tau datin..pastu anto sepiring kt kita lak..hehe!

cikmanggis said...

Hitam hitam si tampuk manggis
sungguh pun hitam rasanya manis..kihkih

inahar ali said...

cikmanggis..hitam itu menawankan!! hehe..

Nor Hayati Ramlan said...

salam Ina, klau dah kata sedap mesti di cuba ni...yatie mmng suka lauk kicap...kdng2 pening nak msk apa....

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam k.ina...wah!cuti 2 hari yer?bestnya klu cuti...leh masak sdp2 tuk anak!mintak seketui ayam berempah tue k.ina...

inahar ali said...

yatie..mmg sedap tau! nnti yatie try wat la..simple yet taste so good!

atie..sowi aar!ayam tinggal tulang jek..hehe!!