Friday, April 16, 2010

AYAM ALA KASSIM

huhuu..ni lah dia ayam ala kassim..tp bukan kassim selamat punyer aar..hehe! dengar nama pun cam dah best kan? mmg pung..masakan yg sempoi tp sedap! ni menu semalam tp hanya smpat upload mlm ni (hehe..baru balik keje nih terus capai tenet dulu..mandi pun x sempat lg ni..fuh..blogging punyer pasal!! teruk betui la mak dara sorang nih..citt!) okay resipi amik dari dapur ummi kuantan yg fofular tu lah!! resipi asal dari azura suhaimi@myR..tenkiu to both!!..kita cnp resipi ye ummi!! thnx again...

AYAM ALA KASSIM

Bahan-bahan:
  • 1/2 ekor ayam - dipotong kecil
  • 3 sudu besar cili kisar - kalau suka pedas boleh tambah
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 3-4 tangkai daun kari
  • air secukupnya
  • garam secukup rasa
  • gula secukup rasa (*ummi letak gula kabung)

Bahan2 kisar:

  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Cara:

  1. Gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit, kemudian gorengkan ayam tadi separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumiskan bahan2 kisar dan cili kisar sehingga wangi dan pecah minyak.
  3. Masukkan daun kari dan kacaukan rata.
  4. Biarkan seketika sambil dikacau selalu.
  5. Kemudian masukkan kicap pekat dan tumiskan sehingga kuah agak kering sedikit.
  6. Masukkan pula ayam dan sedikit air (kepekatan dan kecairan kuah bergantung pada selera masing2)
  7. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa, kacau dan biarkan sehingga ayam masak dan empuk.
  8. Angkat dan hidangkan dengan nasi putih, nasi minyak, nasi tomato dan lain2 .
    note: masakan lama, senang dan sedap

11 comments:

cikmanggis said...

salam inahar..tuko je nama jadi ayam ala kazam..amacam?hehe apa ada pada naka kan..asalkan sedap.selamat beristirihat:)

cikmanggis said...

oops sala eja...apa ada pada nama kan...

inahar ali said...

cikmanggis..x kisah la kak..nama aper pun..yg penting sodaapp!! hehe..

E-na Zarina said...

Salam k.Inahar..

dah mandi lum ni..hihi

tapi nama tu mainkn peranan jugak kan..bila tgk nama pelik2 ni terus buat tertanya2 camna la rupenya ayam ala kasim tu kan...apapn yg pnting sedap!

izahdaut said...

salam k.inahar.
hikhik..dah sampai sini ayam ni. saya tak tercube cube lagik. kene cube nih..

inahar ali said...

e-na..haha..dh mandi pun nih..tgh keje kt klinik ni haa..mmg sedap ayam nih!

izahdaut..cube jgn x cube tau! hehe..

Yat Maria said...

sakam kak

fofular chicken si ala kassim ni yek...kita pun cam teruja nak buat...:)

inahar ali said...

yat..jgn teruja jek tp kena wat terus..kalu peram nnti vit M lak datang..hehe!

somuffins said...

Salam Inahar, tq singgah umah kita n tanya kabar. Nak masuk kesini kadang2 amat payah mungkin sbb system problem (tapi problem yg I alamai dulu dah settled).

Camana timbul nama Kassim tu? I ada mee pak kasim sbb pak kasim yg ajar my mum buat mee tu. Surely not the same kassim, kan? hehe..

inahar ali said...

somuffin..asal nama kassim mesti sedaap punyer..xkisahla sama mak/bapak ke idak!! hehe...

rapheydhillo said...

wah! p.ramlee le pulak..