Sunday, April 2, 2023

AYAM MASAK ASAM


Assalamualaikum...lagi menu sesuai utk berbuka iaitu ayam masak asam ni. Selalunya kita guna ikan jer utk masak asam jawa ni tapi aritu ternampak @malina_lina_pg masak asam ni guna ayam..jadi kita pun nak try gak la pestaim masak ayam nih..wah mmg sedap. Mekaseh lina kongsi resepi yg marbeles tapi kak ina masak ikut suker main campak2 jer apa yg ada kt dapur tu. Nanti korang leh try ye menu sempoi ni. Jom zaas resepinya yok..

AYAM MASAK ASAM
Sumber: inahar's cooking time
Ig @drinahar

Bahan-bahan:-
10 ketul ayam - goreng garam kunyit
1-2 labu Bawang Besar**
4 ulas Bawang Putih**
Lada merah/hijau**
1/2 inci halia**
7-10 biji Cili Padi**
Sos tiram
Air Asam jawa (pekat ke tak bergantung ler, ikut suka)
Sos ikan
Daun limau purut
Minyak untuk menggoreng
Garam dan gula secukup rasa


Cara-cara:-
Bahan bertanda** dicincang kasar.
Ayam disalut dgn serbuk kunyit, garam dan digoreng. Angkat dan ketepikan.
Tumis bahan yang dicincang kasar tadi hingga naik bau.
Masukkan air asam jawa, sos tiram, sos ikan, daun limau, gula dan garam secukupnya.
Bila dah didih masukkan ayam dan kacau sebati hingga kuah agak pekat bolehlah tutup api. Sedia dihidang.

No comments: