Sunday, September 12, 2021

DONAT LEMBUT GEBU


Assalamualaikum Alhamdulillah berjaya mendonatkan diri weekend lepas setelah bertahun tak membuatnya. Rasanya kali terakhir mendonat lebih 10 tahun yg lalu zaman aktif blogging dulu tu..huhu! Tapi resepi @malina_lina_pg ni mmg best sebab takyah uli lama2 dan hasilnya donut masih gebu dan lembut. Seronok sgt tau..hihi!

Resepi Donut Simple Uli Guna Tangan Jer
Resepi asal - malina lina pg 
Sumber - inahar's cooking time
Ig @drinahar

Bahan A
3 cawan tepung gandum
1 sk serbuk penaik/baking powder
1 biji telur (pukul sedikit)
1 sb majerin
sedikit garam
Bahan B
1 cawan air
1 sk yis
2 sb gula
2 sb susu pekat manis
Cara: campurkan semua dan perap selama 20min atau hingga yis berbuih/kembang.Bergantung kepada cuaca.
Bahan C
minyak (untuk menggoreng)
gula kastor/gula icing (salut)


Cara-Cara
Dalam mangkuk besar satukan tepung gandum, garam dan serbuk penaik, gaul rata bahan kering.
Kemudian masukkan  majerin dan telur.Gaul menggunakan sudu terlebih dahulu.Kemudian gaul menggunakan tangan hingga menjadi seperti serbuk roti.
Buat lubang di tengah kemudian tuang adunan yis tadi sedikit demi sedikit sambil uli hingga menjadi doh.Kalau rajin boleh uli lama.Tapi lina pg uli sekadar sebati sahaja.Note doh memang agak lembek.
Tutup doh dengan plastic wrap atau tuala lembab dan biarkan doh kembang 1x ganda.
Apabila doh kembang tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin.
Taburkan tepung atas papan canai dan bulatkan doh.Bahagi doh kepada beberapa bahagian (saiz dan kuantiti terpulang)
Buat rounding hingga habis kemudian tekan sedikit supaya leper dan tebuk lubang di bahagian tengah.Boleh guna penutup botol/nozle atau guna jari jer.
Perap selama lebih kurang 10-15min supaya doh kembang.Untuk nak pastikan doh ready untuk digoreng kita tekan sedikit guna jari jika doh melantun naik semula itu bermakna dah boleh goreng.Jangan over proofing nanti doh akan serap minyak dan bentuknya akan 'lari'/senget benget semasa kita angkat untuk goreng.
Panaskan minyak dan goreng donut hingga kuning keemasan.Angkat dan toskan.
Salut donut menggunakan gula kastor/gula aising semasa donut masih suam.Jika donut dah sejuk nanti gula sukar untuk melekat.
Selamat mencuba.

No comments: