Friday, May 8, 2020

IKAN SIAKAP MASAK TIGA RASA

Assalamualaikum..lagi satu menu digemari seisi keluarga iaitu ikan siakap goreng tiga rasa. Mudah dan sedap..Alhamdulillah

RESIPI IKAN SIAKAP GORENG TIGA RASA
sumber - inahar's cooking time

Bahan:-
1 ekor ikan siakap - ni kita goreng dgn tepung berempah segera jer

Bahan Cincang Halus:-
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia muda
2 biji cili merah

Bahan Dihiris Halus:-
1/2 kuntum bunga kantan
2 helai daun limau purut
4 - 5 biji cili padi

Bahan-Bahan Sos:-
2 camb cili kisar
1 camb sos tomato
2 camb sos plum
2 camb gula pasir
2 camb sos cili
1 camb jus limau nipis
1 camt kicap manis

Cara Memasak:- 
Panaskan minyak dan goreng ikan hingga warna keemasan. Angkat , letak ke atas pinggan dan ketepikan.
Kemudian panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan2 cincang selama 1 minit.
Masukkan bahan-bahan sos dan kacau rata.
Bila mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, sedikit air, garam serta gula.
Masak hingga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan tadi.
Makanlah bersama nasi putih dan lauk pauk yg lain.

No comments: