Saturday, December 3, 2016

IKAN GORENG SAMBAL

Assalamualaikum..menu sempoi kami beberapa hari yang lalu. Ikan goreng sambal yang sangat mudah resipinye. Jom zaasss!

RESIPI IKAN KEMBUNG GORENG SAMBAL
sumber - inahar's cooking time

Bahan-bahan
4 ekor ikan kembung - dilumur garam kunyit dan digoreng
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
1/2 inci halia
3-4 sudu makan cili giling - ikut suka
sedikit air asam jawa
Sedikit minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
cili padi juga tomato ceri - optional

Cara2 :

I biji bawang besar, bawang merah, halia dan bawang putih ditumbuk lumat atau blender. Lagi sebiji bawang besar di hiris bulat. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk. Bila dah kekuningan masukkan cili giling. Goreng sampai wangi. Masukkan air asam jawa dan bawang besar yang dimayang tadi. Tumis lagi sampai pecah minyak. Campakkan cili padi juga tomato ceri dan perasakan dengan garam dan gula. Selepas tu bolehlah diangkat dan dituang di atas ikan goreng. 

4 comments:

Amie said...

Hai Puan Doc,
sama menu kita ari ni... ikan!

inahar ali said...

Amie..laa iyeke sehati sejiwa nampankye kita ye..hihii!

Busyra Takiyudin said...

sedapnya! sy singgah sini untuk kali pertama :)

inahar ali said...

Busyra..mekaseh sis mai visit blog akak. Nanti akak terjah pulak blog sis ye!