Assalamualaikum..pekabo semua? Alhamdulillah baru berkesempatan utk membaking weekend baru ni walaupun musim raya dah berakhir..hihi. Ok kali ni kita pertamakali cuba resepi kek sarawak iaitu kek buah peram semalam. Resepi ni memang agak mudah cumanya kita perlu peramkan adunan semalaman sebelum dikukus kemudiannya. Sebagai pencinta kek buah, kita boleh katakan yg kek ni is the best taste ever kek buah yg kita pernah rasa. Lagi sedap dari kek kukus buah biasa tu sebab resepi yang ni ada tambahan horlicks, kaya dan susu pekat yg menyebabkan rasa dia lebih mewah, creamy dan moist banget!! Definitely a keeper recipe..korang wajib cuba tau! Jom kita zaass resepinya yok..
BAHAN - BAHAN
450 gram mentega
10 biji telur gred A
300 gm brown sugar
200 gm serbuk horlicks
150 gm susu pekat manis
80 gm kaya
1 sudubesar ovalette
1 kg mixed fruits
500 gm kismis hitam
250 gm tepung hongkong @ tepung gandum
1sudu teh baking powder (saya tambah)
1sudu besar esen vanilla
CARA - CARA MEMBUATNYA
1. Pukul gula & mentega sampai kembang.
2. Masukan telur satu persatu. Pukul sebati.
3. Masukan susu pekat, horlicks, kaya & esen vanilla Pukul lagi sampai sebati.
4. Gaulkan 1/2 cawan tepung bersama ceri merah, ceri hijau, kismis hitam, kismis campuran. Gaul sebati guna senduk.
5. Masukkan tepung & baking powder, gaul sebati guna senduk sahaja. Akhir sekali masukkn buah tadi ke dlm adunan tepung tadi. Gaul sebati.
6. Masukan kedalam loyang 10x10'. Tutup dgn aluminium foil. (Saya guna loyang 8x8 utk separuh adunan)
7. Perap semalaman pada suhu bilik. (Lebihkurang 12 jam). Kemudian baru kukus selama 4 jam. (Saya kukus 3 jam sahaja)
8. Bagi mendapatkan keratan kek yang kemas & cantik, sejukkan dulu kek didalam peti sejuk semalaman sebelum dipotong.