Sunday, June 12, 2011

CORNFLAKES MERINGUE COOKIES




Hollaaaaaa..pn.doc dh stat mengukis pulak dah! jgn marah ek..bulan puasa pun lom menjelma tp semangat mengukis sudah mariiii..hehe! bukan apa ni sebenornye keje si sri la tuh..bila ibunye xde kt umah..rupanye dia dh memandai pukul egg whites ngan gula kengkonon nk wat krim taruh atas muffin (beli kt kedai punyer)..bila ibu balik umah terkejut beruk tgk anak daranye dh pukul putih telur tu sampai kembang..elok lak naik gebu putih telur tuh..uish pandai gak anak ibu nih..hehe! pastu tu dia terus nk lepa putih telur tu atas muffin..ishish mana leh taruh putih telur wat krim cenggitu jek kan..jd pikir punyer pikir sbb xnak membazir putih telur tu kan..ibu pun terus pi beli cornflakes wat meringue cornflakes cookies pulak..huhuu! legaa..mmg kukis ni lak feveret bebudak kt umah nih..sedap tau! setiap kali raya wajib buat punyer..resipi dh ada sebelum nih kt sini tp kita copy balik ye..jom zaass!!
RESIPI CORNFLAKES MERINGUE COOKIES
(resipi asal dr LG..thnx ye)
sumber: inahar's cooking time


Bahan2:

  • 220gm Cornflakes
  • 125gm Choc Chips
  • 150gm Gula Halus (kalau tak mau manis kurangkan kpd 130gm)
  • 3 Biji Putih Telur
  • 1-2 Sth Vanilla Esen
  • 60gm Almond Sliced

Cara-cara:
  1. Pukul putih telur hingga kembang (soft peaks formed)
  2. Masukkan gula sikit2 hingga habis
  3. Pukul lagi hingga pekat dan kental - Bila terbalikkan mangkuk, putih telur tak jatuh.Lalu masukkan esen vanilla.
  4. Kemudian masukkan cornflakes, choc chips & almond sliced. Gaul kaup balik hingga rata.
  5. Masukkan ke dalam papercup. Bakar pada suhu 140-150'C selama 30-35 minit. (Ataupun hingga kekuning2an)



Friday, June 10, 2011

TAHNIAH UMMI!

Assalamualaikum..first of all nk ucapkan tahniah wat UMMI yg telah mencapai 3000 followers yg sentiasa bersemangat mengikuti blog ummi..mmg kagum ngan ummi nih..walaupun berkerjaya tp dapurnye sentiasa penuh ngan menu2 yg meletup belaka..semua blogger masak2 nih mesti kenal ummi punyer! wanita yg sgt hebat dan sempurna dimataku..caya la ummi..thnx a million for the beautiful flowers!! harap ummi akan terus aktif berkongsi resipi2 yg hebat kt dapur ummi ye!! u're really my idol (mungkin juga idola ramai lg wanita di luar sana..) lebiuuuuu!! muaaaahhhh!!

Thursday, June 9, 2011

KL GANGSTER..terbaekk!!

Assalamualaikum..hampir 2 minggu pn.doc x bersiaran..rindu woo! biasalaa kan cuti skool nih bnyk sgt aktivitinyer..sampai x sempat nk updet blog & blogwalking kt blog kengkawan..pepun thnx to everyone yg rajin bertandang ke dapur pn.doc..love uollss!!okayla..arini mamam nasi goreng jek tp nk citer semalam kita bawa anak2 layan tgk filem KL Gangster.. tgk midnight malam tadi (filem ditayang awal sehari di semua panggung besar)..mmg terbaek..very fastmoving..langsung x bosan ..ala2 filem hongkong!! definitely jauh lebih bagus dr filem Kongsi..sowii aar farid kamil..thumbs up to syamsul yusof!! lu mmg dasyat bro!! u really has proven urself as one of the best young directors in malaysia..keep it up bro! anakanda ku adam tgk movie tuh x berkelip mata langsung..hahaha!! tp bg mereka yg ada anak kecil xyah la tgk sbb bnyk aksi dan bahasa ganas yg digunakan..anyway anggap la movie nih sbg hiburan semata-mata ye!


Saturday, May 28, 2011

BLUEBERRY CREAMCHEESE BUTTERCAKE



Assalamualaikum wat semua pengunjung tersayang..lihaatlaaa..ni la dia kek yg resipinye telah kuperam begitu lama dulu..x tahan memula tgk kt dapur yatie nun jauh diselatan..mmg sedap banget!! kek ni taste antara cheesecake & buttercake..lagi sedap dan lebih moist selepas disimpan semalaman. kita wat malam tadi..tu pun terpaksa sorok nk simpan utk arini..kalu x mmg licin dikerjakan anak2 malam tadi lagi..huhu! this is definitely a must-try recipe..rugi woo kalu korang x try wat! mekaceh ye yatie for sharing this marvellous recipe..yatie copy dr dapur jun..jun lak amik resipi kt cookrepublik.com..thanx a million to both beautiful ladies..muaaahh!! izinkan akak cnp resipi ye yatie!

RESIPI BLUEBERRY CREAMCHEESE BUTTERCAKE

Bahan-Bahan

  • 1 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 150gm buah blueberry (saya guna blueberry filling)
  • 2 1/4 cawan tepung naik sendiri
  • 250gm butter
  • 250gm cream cheese
  • 1/3 cawan susu segar
  • 3 biji telur
Cara-Cara
  1. Panaskan oven pada 160'c. Gris dan alas loyang. (kita guna loyang bulat 9")
  2. Pukul butter, gula dan esen vanilla hingga ringan dan lembut.
  3. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi. Masukkan cream cheese dan susu, pukul lagi. Masukkan tepung yg telah di ayak dan gaul sebati.
  4. Masukkan sesenduk adunan ke dlm loyang yg di gris tadi dan ratakan.
  5. Letakkan buah blueberry/ blueberry filling secara dot dot....sesudu sesudu.
  6. Lapiskan adunan tadi sesenduk lagi dan ratakan. Buatlah sehingga habis.
  7. Setelah siap, bakar selama 50 minit atau sehingga masak.

Friday, May 27, 2011

MEEHOON GORENG PUTIH



Menu meehoon lak..goreng putih lak ala singapore..selalu goreng ngan cili kekadang boring gak so sekali sekala goreng putih cenggini..sodaapkan! dulu resipi dh ada kt sini tp xper kita copy balik aar...jom zaass!

Resepi Meehoon Goreng Putih


1 bungkus bihun ( di rendam )

100 g taugeh
1 pokok daun bawang atau daun kucai ( di potong2)
6 – 10 biji cili padi ( dimasukkan ke dalam bihun sebiji2 ) – jika suka
10 – 12 ekor udang sederhana
sepotong kobis ( potong kecil-kecil)
1 biji karot saiz kecil ( potong nipis )
1 labu bawang besar ( ditumbuk )
3 ulas bawang putih ( ditumbuk )
1/2 inci halia ( ditumbuk )
1 sudu makan lada hitam (ditumbuk)

segenggam ikan bilis(ditumbuk)
3 – 4 sudu besar sos tiram
garam secukup rasa
sedikit perasa ( jika suka)

Cara penyediaan

1. Tumis bahan tumbuk hingga wangi kemudian masukan sedikit air dan sos tiram.
2. Bila mendidih masukkan bihun, karot, kobis, udang, cilipadi dan garam. Kacau hingga sebati dan bihun lembut.
3. Last tambahkan daun kucai dan taugeh, sesuaikan rasa garamnya bolehlah di angkat.

Thursday, May 26, 2011

CUSTARD TEACAKE

Waduh akhirnye dapat gak merasa custard teacake ni kt dapur kita..owg lain dh lama demam..kita lak peram resipi ntah berapa lama daa..br semalam tertunailah hasrat dihati..hehe! bak kata CMG..kek yg plg sedaap pernah dirasa..mmg memula nmpak kt dapur CMG..waduh bila nmpak kastad yg meleleh2 kt kek tu..punyer la tergoda uu!! tp kek kita ni potong dh sejuk..kastadnye pun dh x meleleh..alahai..xpelaa yg penting rasa mmg mengancam!! korang kena cuba woo...resipi asal dr dapur kak ida 1001 resipi..izinkan akak cnp resipi kt dapur mat ye! tenkiuuuu...muaah!

RESIPI CUSTARD TEACAKE

(kita gandakan adunan utk kek yg besar)

BAHAN KEK :-)
125 gram mentega
1/3 cawan gula halus @ gula kastor

1 biji telur gred A

3/4 cawan teping naik sendiri (self raising flour)

1/2 cawan tepung kastard

1/2 camca teh esen vanilla


BAHAN KASTARD :-)
1 camca besar tepung kastard
1 camca besar gula kastor

2/3 cawan susu segar (mat guna 70% susu sejat IDEAL + 30% air)

15 gram mentega (kurang lebih 1 camca teh)

2 camca teh esen vanilla


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.
  2. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat saiz 7 inci (mat guna acuan kaca macam dalam gambar). Ketepikan.
  3. Putar mentega dengan gula halus hingga berkrim, masuk telur dan putar hingga kembang. Tambah esen vanilla. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung naik sediri + tepung kastard sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata.
  4. Masukkan 1/2 adunan ke dalam bekas yang telah disediakan, ratakan dan buat sedikit lubang ditengah2nya. Tuang kastard, ratakan dan tutup dengan baki adunan, ratakan dan bakar selama 30 minit atau hingga masak.
  5. Sejukkan sebelum dihidangkan. Jika suka boleh ayak gula aising atas permukaan kek sebagai penyeri...Selamat mencuba!!!

Tuesday, May 24, 2011

SPAGHETI BOLOGNESE

Assalamualaikum..jom ber'pasta' lak..ni menu dinner malam tadi..dh abih pung..hehe! korang layan gambo jela ek..resipi main campak2 jek..

RESIPI SPAGHETI BOLOGNESE

Bahan-bahan

1 paket spaghetti
500g daging cincang
1 tin sos prego + 1/2 botol sos tomato kimball
1 biji bawang besar (dicincang halus)
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
2 biji tomato (dipotong dadu)
2-3 sudubesar cili giling
1/2 mangkuk kecil mix vege
3-4 biji cendawan butang (dipotong dadu)
1 cawan air
1 senduk susu segar
1 kiub stok daging lembu (optional)
oregano, dried parsley secukupnye
serbuk ladahitam secukupnye
garam, gula ikut rasa

minyak utk menumis-guna butter pn boleh!

Cara-cara

  1. Untuk spaghetthi, rebus dalam periuk besar, tambah sedikit garam. Angkat bila spaghetti sudah lembut dan kemudian toskan.
  2. Untuk sos bolognese, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu. masukkan cili giling,tumis lagi hingga garing.
  3. Kemudian masukkan daging cincang. Goreng hingga warna daging keperangan.
  4. Masukkan tomato, mix vege dan cendawan butang. Goreng sehingga sayur lembut.
  5. Masukkan sos tomato , air dan susu. Kacau hingga sekata.
  6. Masukkan oregano/parsley dan stok daging lembu (optional) serta lada hitam.
  7. Tambah garam, gula secukupnya.
  8. Biar sehingga mendidih kemudian masak dengan api yang perlahan sehingga kuah menjadi pekat.
  9. Siap untuk dihidangkan. Boleh taburkan serbuk parmesan cheese masa menghidang.

Friday, May 20, 2011

NASI MANDHI & AYAM PANGGANG




LinkTarraaaaa....akhirnye dpt merasa homemade nasi ayam mandhi..begitu ramai dh kengkawan blogger yg dh try resepi raidah nih..pastu lastweek ternmpak kt dapur mak sedaraku yg comel di mersing nun..ucu ana(kaksu72)..amboi apalgi terus operasi 'mandhi' ler jawabnye..hehe! selalu kalu makan kt restoran arab mmg mahal ler..bila wat sendiri ni jauh jimat & ekonomi kan.. so jom zaaass resipi..kita cnp dr umah ucu ana ye..tenkiuuuuuu!! muaaaaahhh!

Resepi Nasi Mandhi dan Ayam Panggang
Resepi Ayam:

1 ekor ayam ~ dibelah 4 dan di cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar

1/2 sudu kecil serbuk jintan manis

1/2 sudu kecil serbuk lada hitam

1 sudu kecil serbuk kunyit

1 sudu kecil
serbuk kabsa ( kalau tak ada,gantikn dgn rempah campuran )
2 biji bawang besar ~ dihiris bulat

2 biji lemon ~ dihiris bulat

Garam

Sedikit pewarna kuning/ saffron

Aluminium foil.


Cara penyediaan ayam:

1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.
**Semasa ayam dibakar, ayam akan mengeluarkan air. Selepas 45 @ 50 minit, buka foil dan keluarkan air didalam ayam tersebut dan barulah bakar semula selama 10 minit atau sehingga ayam sedikit garing.
**Kuah dari ayam tadi, saya campurkan dgn saffron/pewarna kuning sebelum dimasukk
an ke dalam nasi.

Nasi:

4 cawan/pot beras basmathi ~ (saya beli beras Monghul Basmathi 1kg cukup tuk 10 org makan - ikut je peraturan memasak yg ada kat pek tu memang menjadi...)
3 camca besar minyak sapi

4 1/2 cawan air atau secukupnya

1 biji bawang besar ~ hiris halus

3 ulas bawang putih ~ hiris halus

1 inci halia ~ hiris halus btg mancis

1/3 cwn kismis
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning

Garam secukup rasa.


Cara penyediaan nasi:

1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.

Sos:

1 biji tomato ~ hiris
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus
Garam
Gula
Perahan lemon.

Cara penyediaan:

~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.

Ulam:

~ Boleh dimakan bersama hirisan timun, tomato serta ulam2 kampung.