Friday, November 7, 2014

CHEESY WEDGES

 Assalamualaikum..taraaaaa! Inilah dia hasil operasi di dapurku malam semalam..cheesy potato wedges! Sgt walllaa..dh rasa sejibik cam cheezy wedges KEPCI nun,,huhuu! Pasnih nak gi cari keropok Nachos nak buat cheezy nachos pulak..mesti yummy! Jutaan terimakasih kepada Mamafami yg berkongsi resipi ini juga empunya resipi asal oleh Rinchann. Muuuaaahhss!

RESIPI CHEESY POTATO WEDGES
resipi asal - rinnchan's fotopage
sumber 1 - mamafami
sumber 2 - inahar's cooking time

Ingredients :
500g frozen wedges (store bought)
5 sliced cheese (orange in color-smoked bbq flavor) ~ the more the yummier
1 tablespoon butter
1 tablespoon flour
1/2 cup fresh milk
2 tablespoons plain yogurt
pepper powder to taste (I added this)
Mayonaise

Method :
1. Fry the wedges till crispy. Set aside.
2. Melt butter in a non stick pan over slow fire. Add flour and stir well.
3. Add fresh milk and stir till the mixture thickens.
4. Add in cheese and stir till the cheese melts.
5. Add in yogurt and stir well.
6. Place the cheesy sauce and mayonaise in 2 different piping bag. Pipe onto the wedges. Ready to serve.

Wednesday, November 5, 2014

AYAM GORENG KUNYIT

Assalamualaikum..hollaa! pekabo semua? Moga semua kita sihat sejahtera dan dirahmati olehNya selalu..insyaallah Amiinn! Ni menu 2 hari lepas, ayam goreng kunyit menu paling sempoi kegemaran anak2. Simple yet delicious! nomm..nomm! Nak juga ke resipi? uisshh mestila kan Pn Doc tgh rajin nk menaip ni so jom kita zaas resipi yang mudah ni..

RESIPI AYAM GORENG KUNYIT
sumber - inahar's cooking time

Bahan2:
500 gm isi ayam - potong sederhana kecil
2 biji bawang besar- potong bulat
3 biji bawang putih- potong nipis
1/2 inci halia - potong nipis
10 biji cili api - ikut kepedasan disukai
cili merah hidup-potong nipis
sedikit kacang panjang (tak letak sebab tiada stok)
kunyit
garam secukup rasa
perisa-jika suka
sedikit cuka
minyak untuk menumis

Cara-
Isi ayam digaul dgn garam serta kunyit dan perap seketika. Panaskan minyak kemudian goreng ayam dgn api yg besar. Kacau ayam supaya ia masak rata dan tidak hangus. Masukkan bawang, bawang putih, halia dan cili dan goreng seketika. Akhir sekali tambah sedikit garam (hati2 takut terlebih masin), perisa dan cuka. Kacau sebentar dan tutup api. Boleh diangkat dan hidang. Mudahkan!


Wednesday, October 29, 2014

RENDANG AYAM SEDAP

 
Assalamualaikum..alhamdulillah bersiaran lagi kita ye! Masih lagi dengan menu ayam..aduii jangan marah ye..hehe! Dah lama tak masak rendang. Masa sambutan aidil adha yang lalu pun tak masak rendang maka hari minggu baru ni kita pun merajinkan diri untuk merendang pulak ye. Resipi turun-temurun keluarga bondaku..yang memang mudah tanpa ada campuran rempah kayu berbagai..tak muak dan insyaallah sedap rasanya. Jom kita zaas resipi..yok!!

RESEPI RENDANG AYAM 
sumber - inahar's cooking time

Bahan2:

1 kg ayam dipotong sederhana kecil
2 bawang besar 
4 ulas bawang putih
 
1 inci halia

1/2 inci lengkuas 
3-4 sudu besar cili giling
 (ikut kepedasan disukai)
8-10 batang serai -kami mmg guna banyak serai lebih sedap rasanya 

1 pkt sserbuk santan segera - dibancuh dgn secawan air
2 keping asam
 keping
3-4 sudu besar kerisik
 
2 helai daun kunyit- di hiris halus
 
1-2 genggam gula (boleh campur ngan gula melaka)

garam secukupnya 
perisa jika suka
 
minyak
 untuk menumis


cara:
 
Bawang,bawang putih,halia,lengkuas,serai semua diblender halus, kemudian tumis sampai naik bau.Tambah cili giling dan tumis lagi bagi garing. Masukkan ayam,santan,asam keping.bila mendidih hampir kering masukkan garam,gula dan kerisik.akhir sekali masukkan daun kunyit yg di racik halus.
 


Monday, October 27, 2014

AYAM MASAK MERAH KEGEMARAN

Assalamualaikum..amboii tak abis2 lagi dgn menu ayam ek..itulah kan selagi ada stok ayam dalam peties tu memang operasi ayam jerla kat dapur Pn Doc kan..hehe! Sebenarnya inilah menu paling digemari oleh suami juga anak2. Boleh kata hampir wajib masak ayam masak merah ni pada setiap minggu..huhu! Resipi yang sangat mudah..jom kita zaass!

RESIPI AYAM MASAK MERAH
sumber - inahar's cooking time 

1 ekor ayam potong kecil ikut suka, cuci bersih dan lumur garam kunyit kemudian goreng 
1 biji bawang besar - hiris bulat
3 biji bawang besar-kisar

2 biji bwg putih-kisar 
1 inci halia- ketuk saje

3-4 sudu besar cili giling (ikut kepedasan disukai)
1/2 botol kecil sos tomato..(kita guna jenama kimball) 
2 sudu besar sos tiram
cili hidup potong 

2-3 sudu besar gula

garam
minyak
perisa jika suka

Cara-

Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan kisar & halia sampai naik bau . Kemudian masukkan cili giling, tumis lagi sampai pecah minyak. Selepas itu masukkan sos tomato,sos tiram ,gula,garam , ayam goreng & cili potong juga hirisan bawang besar . Masak sampai mendidih, jika kuah pekat sgt bolehla tambah air sikit(anak2 suka lebih kuah sambalnye..selalu pun kita mesti lebihkan sosnya utk digaul ngan nasi..barula terasa masak merahnye)

p/s Jika masak untuk jamuan yang istimewa sedikit eg kenduri, jamuan raya dimakan bersama nasi berperisa kita akan tambah sedikit kayu rempah tiga sekawan semasa menumis masakan ni.


Saturday, October 25, 2014

AYAM MASAK KICAP LADA HITAM

Assalamualaikum..Pn Doc sekeluarga ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah ke 1436 buat semua pengunjung blog ni. Moga tahun baru ini kita semua akan lebih berjaya dan bahagia juga hari2 yang mendatang akan menjadi lebih baik dari sebelumnya..insyaallah..Amiinn! Okayla arini saje nak tunjuk menu ayam masak kicap yang sempoi..resipi rasanya semua orang tahukan tapi saje jer kita nak juga letak resipinye di sini sebagai panduan untuk mereka yang baru berjinak2 di alam masak-memasak ni kan..hehe! Jom zaass  resipi yang mudah ni.. 

RESIPI AYAM MASAK KICAP LADA HITAM
resipi - inahar's cooking time

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam, potong sederhana kecil ikut suka- cuci bersih dan toskan
2 biji bawang besar - hiris bulat
2 biji cili hijau/cili merah - potong serong (cili padi jika suka)

3 ulas bawang putih, dititik
1/2 inci halia - hiris nipis
1/3 cawan kicap manis

2 sudu besar sos tiram
1 camca besar serbuk lada hitam@tumbuk kasar 
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang

sedikit cuka
air secukupnya
Hirisan daun bawang/ketumbar untuk hiasan


CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Ayam digaul dengan serbuk kunyit dan garam, perap sebentar dan goreng secukup masak sahaja(jangan terlalu garing).
  2. Gunakan 2-3 sudu besar minyak menggoreng ayam tadi untuk menumis bawang, bawang putih, halia, kayu manis dan bunga lawang hingga harum, masukkan sos tiram, lada hitam dan ayam. Gaul rata.Tambah kicap juga air secukupnya dan gaul rata. Masak hingga pekat.
  3. Tambah cuka,bawang besar dan cili potong , gaul rata. Masak hingga pekat atau berkuah ikut kegemaran memasing ye. Matikan api dan alihke  dalam bekas sesuai. Tabur hirisan daun bawang/ketumbar sebelum dihidangkan...Siap.