Tuesday, December 7, 2010

NASI SERAI

Salam bersiaran kembali setelah lama menyepi..terlebih dahulu ingin mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah pd hari ini..syukur kepada Yg Maha Esa atas segala nikmat dan rahmat yg telah diberi oleh Nya..alhamdulillah kita masih diberi kesihatan yg baik utk meneruskan aktiviti blog yg tertunda lama disebabkan kesibukan tuanrumah..hehe! biasa la kan kena keje sampai malam setiap hari sepjg minggu lepas..mmg x sempat mentenet pun. pepun arini cuti leh masak istimewa sikit iaitu nasi serai dipadan ngan ayam goreng berempah,sambal telur dan acar timun..dh lama simpan resipi nih..kengkawan mmg dh ramai mencuba. kita amik resipi kt dapur Nor ganu..timokaceh ya Nor for sharing..mmg wangi & sedap nasi nih..pas nih leh wat lagi!hehe.. jom layan resipinye!

RESIPI NASI SERAI
K.Nor Style

2 cawan beras ~ k.nor guna beras siam
1/2 labu bawang holland ~ didadu kecil

3 ulas bawang putih ~ ditumbuk

2 helai daun pandan

1 btg kayu manis

5 kuntum bunga cengkih

3 bj buah pelaga

1 kuntum bunga lawang

5 btg serai ~ dititik/ketuk

1/2 kiub pati ayam

garam

air secukupnya
2 sudu besar minyak sapi ~
k.nor guna windmill (kita guna butter)

Panaskan minyak sapi dan masukkan bawang besar dan daun pandan.
Goreng hingga bawang layu dan wangi, masukkan bawang putih, kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga dan bunga lawang.
Masukkan serai.
Goreng lg hingga wangi dan masukkan beras.
Kacau2 sekejap dan masukkan air secukupnya.
Masukkan kiub pati ayam dan garam.
Kacau sedikit hingga semua sebati dan masak lah sehingga nasi masak.


* utk dptkan nasi yg lembut dan gebu, rendam kejap beras yg dah dibasuh bersih lebih kurang 10 - 15 min dan toskan.

6 comments:

Ayu said...

salam dr,
salam maal hijrah buat dr & family ya..nasi serai yang pun mesti sedap , yg kita punya nasi serai bersantan..

aidah said...

Salam maal hijrah Inahar,
kalau ada salah silap ketika berblogging akak mintak maaf ye. sedap tengok nasi serai tu nanti nak cuba lah. By the way hari tu gi 1 blog tu ada blogger ingatkan tentang penggunaan perkataan tenet tu, maknanya dating dikalangan anak muda. akak pun baru tau, just to share the info, hehehe

Sizuka said...

salam K.Ina,

Selamat menyambut maal hijrah. lama betul tak singgah kat sini. sedap yek nasik serai tu? nak try la.. dah nampak few bloggers post nasi serai ni.

abiummi_khalish said...

sedap nasi serai tu,terliur dibuatnyer...hehe....salam maal hijrah kak...:-)

fara dean said...

salam maal hijrah..
dtg singgah mkn kat sini ye kak..
den lapar ni..huhu

inahar ali said...

ayu..wah nnati leh la akak try resipi ayu lak..ada taruh santan ye..mesti lbh lemak!

aidah..ohhoo makna tenet tu dating ek?? dating ngan internet xpa la kan..hahaha!!

shidah..nnti tryla resipi nih..senang & sodap!!

ummi khalish..mmg sedap nasi serai nih..mesti cuba tau!

fara..jom masuk dapur makan reramai..hehee!