Salam bersiaran kembali setelah lama menyepi..terlebih dahulu ingin mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah pd hari ini..syukur kepada Yg Maha Esa atas segala nikmat dan rahmat yg telah diberi oleh Nya..alhamdulillah kita masih diberi kesihatan yg baik utk meneruskan aktiviti blog yg tertunda lama disebabkan kesibukan tuanrumah..hehe! biasa la kan kena keje sampai malam setiap hari sepjg minggu lepas..mmg x sempat mentenet pun. pepun arini cuti leh masak istimewa sikit iaitu nasi serai dipadan ngan ayam goreng berempah,sambal telur dan acar timun..dh lama simpan resipi nih..kengkawan mmg dh ramai mencuba. kita amik resipi kt dapur Nor ganu..timokaceh ya Nor for sharing..mmg wangi & sedap nasi nih..pas nih leh wat lagi!hehe.. jom layan resipinye!RESIPI NASI SERAI K.Nor Style2 cawan beras ~ k.nor guna beras siam
1/2 labu bawang holland ~ didadu kecil
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
2 helai daun pandan
1 btg kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
5 btg serai ~ dititik/ketuk
1/2 kiub pati ayam
garam air secukupnya
2 sudu besar minyak sapi ~ k.nor guna windmill (kita guna butter)
Panaskan minyak sapi dan masukkan bawang besar dan daun pandan.
Goreng hingga bawang layu dan wangi, masukkan bawang putih, kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga dan bunga lawang.
Masukkan serai.
Goreng lg hingga wangi dan masukkan beras.
Kacau2 sekejap dan masukkan air secukupnya.
Masukkan kiub pati ayam dan garam.
Kacau sedikit hingga semua sebati dan masak lah sehingga nasi masak.
* utk dptkan nasi yg lembut dan gebu, rendam kejap beras yg dah dibasuh bersih lebih kurang 10 - 15 min dan toskan.