Friday, July 9, 2010

TALAM KACANG HIJAU


salam..taraaa...owg sakit nk enterprem jap..hikhik!! sowi aar..ekcelinye kuih talam kacang hijau ni kita wat 2 hari lepas..alaa guna belen kacang hijau rebus aritu ms wat kuih kasturi tuh! tp x sempat N3 sbb dh x larat demam! timokacih wat teman2 yg sempat bertanya khabar berita doc yg sakit nih..not to worry kay..demam dh kurang..cuma selsema & batuk je yg msh berlarutan..anyway malam nih ,tetap kugagahi jua utk menghupdet kuih ni sebelum basi..huhuu!! kita guna resipi kak hanieliza lagi yg mmg terrer memasak kuih muih tradisional ni..thanx kak liza..!

RESIPI TALAM KACANG HIJAU

Lapisan bawah - [kacang hijau ]
1 cawan kacang hijau[rebus lembut dan mesin halus sikit]
2 cawan tepung beras

1/2 cawan tepung ubi

1 cawan gula

3 cawan santan cair + sikit garam

pewarna hijau


Cara
1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang.
2. Masukkan semua bahan kecuali kacang hijau dan kacau rata. Tapiskan
3. Masukkan kacang hijau yg dimesin dan kacau rata.
4. Masukkan adunan kedalam loyang dan kukuskan sehingga masak dalam 30 minit.

Lapisan Atas - [santan ]
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat

1 s/k garam


Cara.

1. Gaulkan semua bahan dan tapiskan. Masakkan sikit adunan ni diatas api yg perlahan. Sentiasa kacau supaya adunan ni tidak berketul2.
2. Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dgn garfu dan tuangkan adunan santan atas permukaan kacang hijau tadi.
3. Kukus lagi selama 25 minit.
4. Sejukkan betui2 sebelum potong dan hidangkan.

Share/Bookmark


7 comments:

kak Erna said...

terima kasih doktor..memang suka sangat kuih ni..nanti nak cuba buat ni..alhamdulillah..dr..dah sehat kembali dan dah...olih memasak,..kembali...

MAS ( DUNIAKU ) said...

sedapnya talam kacang hijau...lain kali nak try buat la...

ain said...

amboi akakkkkkk!!! tak sihat pun, masih rajin lagi kat dapur!

cikmanggis said...

dah kebah demam doc?tu dah ada talam kacanh hijau...respek wooo sakit sakit bleh buat kuih:)

Deliah's Deli said...

salam kak inahar...dtg ni nk tnya kabar akak dh sihat lum-klu dh sihat nk order kuih talam ngan rengas tu :D

maz said...

salam kak...alahai ciannya..kak xchat ye..kita nk jdi doc pun kang lgi melarat demam kak tu...hahaha..take care kak..muahhh..

Mohd Fahmi bin Hussain said...

waa..kuih nie pn ade..aku x pnh tgk la..haha..