Tuesday, February 9, 2010

MENU ARINI..


salam..hari ni hari last bercuti..esok dh mula bertugas kembali sampai raya cina minggu depan..huhuuu!! owg bercuti kita kene keje..nk wat camno!! pepun ni nk tayang menu arini..
udang goreng berempah & sambal telur jek! udang berempah tu ikut resipi kt dapur dayangjack (tp dayang guna sotong)..mmg sempoi tp sedaap banget! jom layan resipinye.kita cnp kt dapur dayang ye! thnx dayang for sharing this marvelous recipe..!!

UDANG BEREMPAH

Bahan-bahan :
  • 300 g sotong basah (digaulkan dgn sedikit serbuk kunyit dan garam. Kemudian direbus 1/2 masak dan dituskan)-akak guna udang
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 sb serbuk kari
  • 1 sb serbuk cili / cili kisar
  • 1 sk serbuk ketumbar
  • 1/2 sk serbuk lada hitam
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 2 biji bawang merah (dihiris)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 cm halia (dicincang)
  • 4 sb santan pekat / susu cair
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 sb sos tomato
  • 1 biji hirisan cili merah
  1. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bawang merah, bawang besar, bawang putih , halia serta daun kari sehingga wangi.
  2. Satukan rempah kari, serbuk cili, serbuk ketumbar dan lada hitam di dalam satu bekas. Bancuh dengan sedikit air.
  3. Masukkan pes tadi ke dalam bahan tumis tadi dan kacau hingga pecah minyak.
  4. Masukkan sos tomato, cili merah dan santan. Kacau hingga mendidih.
  5. Setelah kuah hampir pekat, barulah dimasukkan sotong, garam dan gula. Kacau hingga masak. (tak perlu masak terlalu lama)

15 comments:

QueenJah said...

yeay! akak no one!

tgh tunggu kek dlm oven, heheee..klik dulu

kakchik said...

salam tuan rumah.
sedapnya lauk-pauk tu... dah la kakchik sdg bertugas di kaunter ni, tak makan tgh lagi.
laparnyaaaa.

Sue @ Nenie said...

Salam kak....
Bestnya lauk udang tu....
Takpelah kan kak, berkorban siket untuk kerja yang mulia tuuuu.....

Eiba said...

Kecur air liur tawwww...Kak Ina ..udang tu mengiurkan tawww...kita chop arrr...

Alimaz-Kembara Terasing said...

salam kak ina...nak udang tu sepinggan....

ain said...

sedapnya telur sambal tuuuuu!!!! nak dua bijikkk!!

♥LOVE2COOK♥ said...

Terliur tengok both dishes tuh! OMG...nak ratah je...Love tapau ye kak! hihihi ;)

xiiinam said...

Salam....
Tumpang menjamu selera mata di sini...

Nida said...

Sedapnya nampak udang tu.. kat sini asyik makan udang frozen je ler...:(

LiNda said...

wow !

telor sambal tuh kannn.... lauk saya ketika kecik2 dulu ... sedap beb !

Owhh... busylah kak ina cny kann..

muahhhh !!!

cikmanggis said...

sedapnya telur tu!!!!laparnya!!!!

hasni said...

telur telur
dah lama xmakan telur masak smbal
owh sedapnya kak ina!

openid said...

Salam Kak Inahar,
Udang itew sudah lama tidak ku makan. entah bila nak bersua lagi.hehehe.tetiba lak jiwang masuk sini... :D

Akak sihat? tak cuti ke raya cina ni? :D

Ijan

sonata anak kancil said...

sedap masakan yang mudah lagi sedap!

Watierman, rmanbkr said...

udang tu menggoda...iman ku...!