Thursday, July 16, 2020

AYAM GORENG PEDAS ALA KOREA


Assalamualaikum..taraa! Ni ayam goreng pedas ala korea oleh mrhubby untuk family tercinta. Tenkiu sayang! Actually ni ayam goreng pedas perisa yang dah dimelayukan sebab mrhubby tak gemar nak tambah sos gochujang tu..patu bijan pulak digantikan dengan kacang gajus ditumbuk kasar sbg garnishing. So jom kita zaas resepinye yok!

Ayam goreng pedas ala korea
Sumber - inahar's cooking time

BAHAN-BAHAN:

Bahan-bahan Perapan Ayam:

10 ketul chicken wing
Sedikit halia ditumbuk
Lada Hitam
Lada Sulah
Garam secukup rasa
Tepung jagung


CARA-CARA MENYEDIAKAN  


Ayam dicuci bersih dan ditos supaya tidak berair. Perapkan seketika ayam dengan halia, lada hitam, lada sulah dan garam. Salutkan ayam dengan tepung jagung sebelum digoreng (lumur tepung di semua bahagian ayam untuk dapat kerangupan sekata). Goreng dalam minyak yang banyak agar masak sekata. Lakukan gorengan ayam ni sebanyak 2 x supaya lagi rangup. 

Bahan-bahan sos :


Sedikit bawang putih dan halia - ditumbuk halus
2-3sudubesar cili giling (ikut kepedasan digemari)
1 sudubesar sos tiram
Madu
Gula dan garam secukup rasa
Sedikit cuka atau jus lemon
Kacang gajus disangai dulu dan di tumbuk kasar. (Untuk gantikan bijan- mrhubby tak suka bijan)
Minyak utk menumis


CARA-CARA MENYEDIAKAN

Tumiskan bawang putih dan halia dulu kemudian masukkan cili giling dan tumis hingga wangi. Selepas itu masukkan sos tiram, madu, cuka, gula dan garam. Masak sampai pekat sedikit (likat). Akhir sekali masukkan ayam dan gaul hingga sekata salutan sira pd ayam. Tutup api dan masukkan biji gajus tadi dan kacau rata pada ayam. Taraaa siap!


Tuesday, July 14, 2020

NASI LEMAK HALBA


Assalamualaikum..masih dgn entry tertunggak ye kengkawan..hihi! Jangan marah ek. Menu nasi lemak halba berlaukkan sambal udang dan ayam goreng ala kfc bestari. Alhamdulillah. Jom kita semak resepi yok!

RESIPI NASI LEMAK HALBA
sumber: inahar's cooking time


Bahan2:


4 Cawan beras-leh guna basmathi gak tp kita guna beras siam wangi
5 cawan santan

1 inci halia
-hiris nipis
1 biji bawang besar di mayang

2 helai daun pandan

1 sudu besar halba

garam secukupnya

perisa-optional


cara2:

1. basuh beras dan toskan
2. campurkan semua bahan2 di atas dan masak dlm ricecooker mcm biasa
3. setelah kering , gemburkan nasi dgn garpu @ copstik. biarkan sebentar dlm rice cooker.
4.hidang nasi dgn lauk sampingan ikut suka.

Monday, July 13, 2020

KURMA AYAM & TELUR

Assalamualaikum.. lagi sekali kita kongsikan resipi kurma ayam yg enak ni. Resepi dari blog Amie's little kitchen ni mmg sedap dan agak mudah juga penyediaannye. Sebenarnya ni adalah entry tertunggak yang dimasak beberapa minggu yg lalu..hihi! lauk kurma ayam ni kita masak minggu sebelumnya dan kita freezerkan lebihan lauk tu. Jadinye kita tinggal perangatkan ia balik dan tambah telur rebus sekali ke dalam kurma tu. Alhamdulillah sedap banget! Kita cnp lagi resepi dari blog Amie ye..macehh Amie for the recipe. Jom kita zaass resepinye yok!

Resepi Kurma Ayam 

resipi asal - Che Jah 
sumber 1 - Amie's little kitchen 
sumber 2 - inahar's cooking time

Bahan-bahan: 
800 gram daging ayam - potong 8 
3 biji kentang - belah 2 
3 sudu makan rempah kurma 
200ml santan 
segenggam daun pudina 
3 biji cili hijau - belah 2 
1 biji limau nipis - ambil jusnya 
sedikit minyak dicampur dengan  minyak sapi / mentega / marjerin
garam / gula / perasa pilihan
Bahan tumbuk halus / kisar : 
5 biji bawang merah 
3 ulas bawang putih 
2cm halia 
sejemput  jintan manis - 1/2 sudu makan
sejemput jintan putih - 1/2 sudu makan 
sejemput buah pelaga - 3-4 biji 
1 batang kulit kayu manis - 3cm 
bunga cengkih - 3-4 biji 
2 kuntum bunga lawang

Cara: 
1. Panaskan sedikit minyak dan campurkan dengan sedikit minyak sapi / mentega / marjerin. 
2. Tumis bahan kisar hingga wangi. 
3. Masukkan rempah kurma, dan gaul sebati menggunakan api perlahan. 
4. Masukkan daging ayam bersama kentang. masak hingga empuk. 
5. Tambahkan santan, dan biarkan sehingga kuah agak pekat. 
6. Masukkan garam / gula / perasa pilihan, cili hijau dan daun pudina. Perlahankan api supaya terbit minyak. 
7. Sebelum kurma ayam diangkat, perahkan jus limau nipis ke atasnya.

Sunday, July 12, 2020

UDANG MASAK BEREMPAH


Assalamualaikum..kembali ketemu semua! Alhamdulillah..arini nak share resepi udang masak berempah ni jer..mudah dan sodap! jom zaass resepinye yok!

RESIPI UDANG BEREMPAH
Sumber - inahar's cooking time

Bahan-bahan :

  • 300 g udang
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 sb serbuk kari
  • 1 sb serbuk cili / cili kisar
  • 1 sk serbuk ketumbar
  • 1/2 sk serbuk lada hitam
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 2 biji bawang merah (dihiris)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 cm halia (dicincang)
  • 4 sb santan pekat / susu cair
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 sb sos tomato
  • 1 biji hirisan cili merah
  1. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bawang merah, bawang besar, bawang putih , halia serta daun kari sehingga wangi.
  2. Satukan rempah kari, serbuk cili, serbuk ketumbar dan lada hitam di dalam satu bekas. Bancuh dengan sedikit air.
  3. Masukkan pes tadi ke dalam bahan tumis tadi dan kacau hingga pecah minyak.
  4. Masukkan sos tomato, cili merah dan santan. Kacau hingga mendidih.
  5. Setelah kuah hampir pekat, barulah dimasukkan udang, garam dan gula. Kacau hingga masak. (tak perlu masak terlalu lama)

Sunday, June 28, 2020

AYAM MASAK BALI

Asslamualaikum..jom kita semak resepi ayam masak bali yang sedap ni yok!

Resepi ayam masak bali

resipi asal - iresipi
Sumber - inahar's cooking time

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam
serbuk kunyit
garam secukup rasa
8 batang serai, dititik
6 tangkai daun kari
1 senduk cili kisar
3 sudu besar kicap manis
minyak masak
gula melaka atau gula pasir
sedikit air
Bahan-bahan untuk kisar halus:
5 biji bawang besar
10 biji bawang merah
10-12 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci belacan

 

Cara Penyediaan:

Gaulkan ayam bersama serbuk kunyit dan garam. Goreng di dalam minyak panas sehingga separuh masak.
Dalam minyak yang sama (kurangkan jika terlalu banyak) anggaran 1 cawan, tumis serai dan daun kari sehingga naik bau.
Masukkan cili kisar dan bahan kisar halus. Masak sehingga pecah minyak.
Masukkan ayam, kicap, gula dan garam secukup rasa. Tuang sedikit air dan kacau perlahan sehingga kuah menjadi pekat. Jika kuah agak kering tambahkan lagi sedikit air.
Apabila kuah sudah pekat dan pecah minyak, angkat dan hidangkan
.