Monday, October 30, 2017

KARIPAP DAGING SEDAP

Assalamualaikum semua..moga para pengunjung blog inahar sentiasa sihat dan ceria selalu ye. Dah lama kita tak menguli2 tepung..jadi arini Pn Doc nak kongsi resipi karipap yg sangat sedap, rangup, rapuh tapi tak berderai so takla muak sangat bila makan. Memang sangat puashati dengan kejadian karipap ni. Mekaseh buat Surianti kitchen dan Roha Hassan berkongsi resipi kuih yang marbeles ni. Jom kita zaass resipi yok!

Karipap Rapuh (tidak berderai)
Resipi asal : @rohahssan
Sumber 1 : @surianti_kitchen
Sumber 2 : inahar's cooking time

Bahan
( lebih kurang 20 biji )
250g tepung gandum
85 ml minyak jagung
125 ml air sejuk dari peti ais
1/2 tsp garam
1 biji limau kasturi ( ambil jusnya )

Cara
1. Dalam bekas tahan panas masukkan tpg gandum dan garam
2. Panaskan minyak jagung , biar benar2 panas dan tuangkan dalam tepung tadi , gaul rata mengunakan senduk kayu sehingga menjadi serbuk roti.
3. Kemudian tuang air sejuk sedikit demi sedikit sambil di uli ( stop tuang air jika dough dah lembut dan tidak melekit pada tangan )
4 .masukkan perahan jus limau dan uli bagi rata . Kemudian masukkan dough dalam plastik / bekas kedap udara dan rehat selama 15 minit hingga ia berbeluh / berwap
5. Keluar kan dough dan bulat2 kan sebesar guli atau 25g setiap satu biji . Buat hingga dough habis dan masukkan semula dough dalam plastik , ikat kemas dan rehat kan semula selama 15 minit
6.Setelah 15 minit canai dough mengunakan roll pin . Jangan tebal sangat dan jgn nipis sangat . kemudian terap dgn acuan bulat .letak inti dan klim bagi kemas kemudian susun dalam tray or loyang . Bila dah siap taburkan sedikit tepung .
Goreng dgn api sederhana.

Inti karipap

Bahan2 :
3 biji ubi kentang dicuci bersih dan potong dadu
1 mangkuk kecil daging cincang
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 biji lada merah
2 sb rempah kari
1/2 cawan air (anggaran saja, jika tak cukup boleh tambahkan)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Daun sup/daun bawang

-panaskan minyak, tumis bawang dan lada merah hingga harum. Masukkan rempah kari bersama air dan isi ayam. Bila ayam mulai empuk, masukkan garam dan ubi kentang. Kacau sebati hingga kentang empuk. Tabur daun sup/daun bawang dan gaul rata. Matikan api. Sejukkan sebelum digunakan.

Inti karipap (kentang & ayam) Oleh : Surianti Ramli Bahan2 : 3 biji ubi kentang dicuci bersih dan potong dadu 1 mangkuk kecil isi ayam 2 ulas bawang putih 1 labu bawang besar 1 biji lada merah 2 sb rempah kari 1/2 cawan air (anggaran saja, jika tak cukup boleh tambahkan) Garam secukup rasa Minyak untuk menumis Daun sup/daun bawang -panaskan minyak, tumis bawang dan lada merah hingga harum. Masukkan rempah kari bersama air dan isi ayam. Bila ayam mulai empuk, masukkan garam dan ubi kentang. Kacau sebati hingga kentang empuk. Tabur daun sup/daun bawang dan gaul rata. Matikan api. Sejukkan sebelum digunakan. Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap

Thursday, October 5, 2017

SUP AYAM HADYAI POWER!

Assalamualaikum..ok ni another keeper recipe yang wajib korang cuba ye! Sup ayam hadnyai ni memang sedap sangat, power meletup podehnye..hihii! Dah selalu buat sebelum ni, boleh lihat entry lama di sini dan sini ye. Apa2 pun kita kongsi lagi sekali resipinye kt sini..jom semak! 

RESEPI SUP AYAM HADYAI
sumber 1 - Ummi Kuantan
sumber 2- CMG
sumber 3 - inahar's cooking time
 
BAHAN - BAHANNYA :-)
800 g ayam, dipotong sederhana besar
5 batang serai, dititik
7 cm lengkuas, diketuk
2 batang saleri, dikerat2
2 biji tomato, belah 4 setiap satu (resipi asal tak letak)
5 - 6 cawan air (atau secukupnya)
Garam dan gula secukup rasa
2 kuntum bunga lawang#
5 biji buah pelaga#
3 kuntum bunga cengkih#
1 batang kayu manis#(#rempah tumis)
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
5-10 biji cili padi* (ikut kepedasan yang di sukai)
4 cm halia*
1 camca teh lada hitam(resipi asal tak letak)*
2 camca besar ketumbar*
1 camca teh jintan kasar*
1 camca teh jintan halus*(*dikisar halus)
Hirisan daun sup/daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis rempah tumis, serai, lengkuas dan bahan kisar halus hingga harum. Masukkan ayam tadi dan gaul rata. Masak hingga ayam kecut kurang lebih 5 minit.
  2. Tuang air dan masukkan saleri. Gaul rata dan renih hingga ayam masak. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula sebagai pemangkin. Akhir sekali masukkan tomato dan masak 1 - 2 minit lagi.
  3. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Sedap juga dihirup begitu saja.....

Tuesday, October 3, 2017

NASI SERAI & AYAM GORENG BEREMPAH

Assalamualaikum..arini nak kongsi menu minggu lepas iaitu nasi serai digandingkan dengan ayam goreng berempah! Alhamdulillah memang sedap sangat nasi serai ni..harum jer baunye masa menanak tu. Anak2 dan mrhubby semua pun suke makan bertambah-tambah pinggan nasi..hehe! Entry lama boleh lihat di sini ye manakala resipi ayam berempah pula boleh lihat kt sini. Jom kita zaas resipi yok!

Nasi Serai
Resepi: Dari Buku Chef Hanieliza
- 50 Hidangan Penambat Selera
Sumber 1 : Ummi @ Home Sweet Home 
Sumber 2 : inahar's cooking time

Bahan A:- 
4 cawan beras basmathi
4 cawan air (ummi lebihkan jadi 4 1/2 cawan sebab rendam beras sekejap jer)
1 kiub pati ayam
1 helai daun pandan - disimpul
4 batang serai - diketuk3
sudu makan minyak sapi (kita guna butter)
1 pokok daun sup - dihiris
bawang goreng
Garam secukup rasa

Bahan B (Dihiris):-  
1 labu bawang besar
1 inci halia
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih 
 Cara Memasak:- Basuh beras dan rendamkan selama 1 jam. Toskan (akak rendam setengah jam jer dan lebihkan air untuk nasi lagi 1/2 cawan)Panaskan minyak sapi dalam periuk dan tumiskan bahan B sehingga wangi.Masukkan serai, daun pandan, air, kiub pati ayam dan garam.Bila nampak air hampir-hampir mendidih, masukkan beras dan masaklah nasi seperti biasa. (*akak tumis dalam periuk nasi elektrik atas api biasa dan setelah masukkan beras akak pindahkan periuk ke dalam bekas periuk elektrik, On dan biarkan nasi masak seperti biasa. Bila nasi kering dan suis periuk nasi naik ke atas, akak balik-balikkan nasi perlahan-lahan dan biarkan nasi masak sepenuhnya.)Hidangkan dan tabur dengan daun bawang dan bawang goreng.
 
Nasi Serai Resepi: Dari Buku Chef Hanieliza (terbaru) - 50 Hidangan Penambat Selera Sumber : Ummi @ Home Sweet Home Bahan A:- 4 cawan beras basmathi 4 cawan air (akak lebihkan jadi 4 1/2 cawan sebab rendam beras sekejap jer) 1 kiub pati ayam 1 helai daun pandan - disimpul 4 batang serai - diketuk 3 sudu makan minyak sapi 1 pokok daun sup - dihiris 50 gm bawang goreng - akak x buat, x sempat loorrr... Garam secukup rasa Bahan B (Dihiris):- 1 labu bawang besar 1 inci halia 1 inci kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang 3 biji buah pelaga 5 kuntum bunga cengkih Cara Memasak:- Basuh beras dan rendamkan selama 1 jam. Toskan (akak rendam setengah jam jer dan lebihkan air untuk nasi lagi 1/2 cawan) Panaskan minyak sapi dalam periuk dan tumiskan bahan B sehingga wangi. Masukkan serai, daun pandan, air, kiub pati ayam dan garam. Bila nampak air hampir-hampir mendidih, masukkan beras dan masaklah nasi seperti biasa. (*akak tumis dalam periuk nasi elektrik atas api biasa dan setelah masukkan beras akak pindahkan periuk ke dalam bekas periuk elektrik, On dan biarkan nasi masak seperti biasa. Bila nasi kering dan suis periuk nasi naik ke atas, akak balik-balikkan nasi perlahan-lahan dan biarkan nasi masak sepenuhnya.) Hidangkan dan tabur dengan daun bawang dan bawang goreng.

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap
egitulah ki

Thursday, September 21, 2017

SOFT MARBLE CAKE

Assalamualaikum..arini kita nak share resipi kek marble lembut yang tengah fofular di kalangan food blogger masa kini! Ada macam2 variasi resipi yang kita boleh cari di google. Dalam bnyak resipi tu..resipi oleh Surianti kitchen yang paling menawan hati sebab nampak mudah jer cara pembuatan juga bahan2 yang digunakan. Resipi kita cnp di blog Syapex. Mekaseh buat Surianti juga Syapex yang telah berkongsi resipi yang sedap ni. Kejadian yang sangat soft dan gebuss! Jom zaass resipi yok..

Kek Marble Lembut ( loyang 8x8 )
Resipi asal : Surianti Kitchen
Sumber 1 - syapex kitchen
Sumber 2 - inahar's cooking time

Bahan A
150gm butter dicairkan ( timbang dulu baru cairkan )

Bahan B
5 biji telur gred A
230 gm tepung gandum
170 gm gula caster
1 sudu besar ovalet ( sudu metrik )
50 ml susu cair
1 sudu teh esen vanila

Bahan lain
Pewarna / perisa kesukaan
Butter secukupnya untuk di sapu pada loyang
Kertas minyak

Cara penyediaan
Panaskan oven terlebih dahulu, sapu loyang dengan butter dan alas dengan kertas minyak. Kemudian sapukan butter sekali lagi diatasnya.Satukan bahan B, pukul menggunakan mixer hingga kembang dan gebu ( anggaran 7 minit )Masukkan bahan A iaitu butter yang telah dicairkan. Kaup balik sehingga sebati.Bahagikan kepada perisa atau pewarna kesukaan. Ambil adunan dan lapiskan berselang seli pada loyang kek hingga selesai. Hentakkan loyang kek sedkit supaya adunan kek sekata dalam loyang.Bakar hingga masak pad suhu 160'C selama 45-50 minit ( bergantung pada suhu oven masing-masing ).Sejukkan diredai.

Tuesday, September 19, 2017

PULUT KUNING SEDAP & MUDAH

Assalamualaikum semua! Diharapkan semua kawan2 berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Walaupun masih bersedih yg amat sangat dgn tragedi kebakaran Maahad Tahfiz Darul Ittifaqiyah pada 14 september yang lalu..but life must go on. Moga semua roh mereka di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Aamiinn YRA! So hari ni Pn Doc nak share menu pulut kuning yang dimasak minggu lepas atas permintaan hero bongsu sempena harijadinye yg ke 16 tahun. Selalunye kita tanak jer pulut sebab malas nak kuarkan pengukus tapi kali ni pestaim kita masak pulut kuning secara mengukus. Alhamdulillah elok kejadiannye. Adam makan bertambah2 pulut kuning tu di gandingkan dengan rendang ayam. Resepi di ambil dari dapur hero kesayangan ramai CMG..sangat mudah caranya sebab pulut tu di kukus sekali harung jer..sonang kojo den! hihi.. Jom zaass resipi yok!
 
Resipi pulut kuning versi mudah
Resepi asal - CMG
Sumber -inahar's cooking time

BAHAN - BAHANNYA :-)
1 kg pulut (che mat guna pulut susu)
1 1/4 camca teh serbuk kunyit
1 keping asam gelugor
900 - 1000 ml santan kelapa (dari sebiji kelapa)
1 camca teh penuh garam
1 camca teh minyak masak (che mat guna minyak kelapa)
1 helai daun pandan, disimpul

CARA MEMBUATNYA :-)
Cuci pulut, kemudian masukkan dalam bekas besar. Tuang air hingg pulut terendam. Tambah serbuk kunyit dan kacau hingga rata. Masukkan asam gelugor dan rendam pulut selama 4 - 5 jam, sekali2 anda gaulkan pulut yang berendam tadi, agar warna kuningnya sekata (che mat rendam kurang lebih 4 jam).Panaskan kukus, sediakan loyang sesuai (che mat guna loyang bulat berukuran 11 inci x  2 inci). Toskan pulut. kemudian masukkan ke dalam loyang. Letakkan daun pandan dan tekan sedikit biar daun pandan tenggelam.Sementara itu, masukkan garam dan minyak ke dalam santan dan kacau rata. Tuang dalam loyang berisi pulut tadi sehingga santan menutupi permukaan pulut (kurang lebih 800 ml). Kukus pulut selama 25 minit dengan api besar.Buka tudung kukus, dengan menggunakan chop stick, balik2kan pulut tadi agar masak sekata. Baki santan tadi, anda sudukan atas pulut (che mat guna kurang lebih 100 ml). Gaul hingga rata.Sambung mengukus untuk 10 - 12 minit lagi atau hingga pulut kuning masak elok, dan tak keras. Rasa dan jika ok anda boleh matikan api. Angat dari kukus dan boleh hidangkan bersama rendang, sambal tumis atau serunding....Selamat mencuba!!..