Monday, November 28, 2016

KAMBING MASAK BERIYANI

Assalamualaikum. Lagi satu resipi yang tertunggak..kambing masak beriyani. Dah banyak kali entry sebelum ni ye. Jom kita zaaas lagi sekali resipinye! Cekidaut!

RESIPI KAMBING MASAK BERIYANI
sumber - inahar's cooking time

Bahan2
500 gm daging kambing dipotong dadu 2"- diperap tepung dan limau nipis selama 20 minit kemudian dicuci dan toskan
1 biji tomato- dicincang kasar
3 biji kentang- potong 4
2 batang lada merah/hijau- belah dua
3-4 sudubesar rempah beriyani
1/2 cawan susu cair atau yogurt
1 tangkai daun ketumbar
3-4 sudu besar tomato sos/puri
air secukupnya
1 sudubesar minyak sapi
minyak masak secukupnya
garam dan gula secukup rasa

Bahan tumis:
1 labu bawang besar
2 biji bawang putih
1/2 inci halia
2 biji buah pelaga
1 batang kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang

Bahan kisar
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
2 cm halia
1 tangkai cili merah
2 tangkai cili hijau
1 sudubesar serbuk badam
setangkai daun ketumbar
sedikit kismis- jika suka

Cara
1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak, tumiskan bahan tumis, goreng hingga wangi dan bawang kekuningan.
2. Masukkan bahan yang dikisar dan rempah beriani.Tumis hingga terbit minyak kemudian masukkan kambing. Rebus hingga kambing empuk.
3. Masukkan kentang, lada hijau, daun ketumbar, sos tomato, tomato cincang dan air. Kacau rata dan masak hingga mendidih.
4. Kemudian masukkan susu cair, garam dan gula. Kacau rata dan didihkan sebentar. Siap baoleh dihidangkan bersama nasi panas @ dimasak kembali semasa penyediaan nasi beriyani.

500 gm daging kambing (potong dadu 2")-diperap tepung & limau nipis selama 20 minit kemudian cuci bersih dan toskan. 1 biji tomato - dicincang/racik 3 biji kentang- potong 4 2 batang lada hijau/merah- belah 2 3 sudu besar rempah beriani 1/2 cawan susu cair (boleh juga guna yogurt) 1 tangkai daun ketumbar 3-4 sudu besar sos tomato @ puri air secukupnya 1 sudu besar minyak sapi Minyak masak secukupnya Garam dan gula secukup rasa Bahan Tumis: 1 labu bawang besar } dihiris 2 ulas bawang putih 1/2 inci halia 2 biji buah pelaga 3 kuntum bunga cengkih 1 batang kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang Bahan kisar: 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 2 cm halia 2 sudu besar bawang goreng 1 tangkai cili merah 2 tangkai cili hijau 1 sudu besar badam setangkai daun ketumbar sedikit kismis-jika suka Cara menyediakan: 1. Panaskan minyak masak + minyak sapi, masukkan bahan tumis, goreng hingga wangi dan bawang kekuningan 2. Masukkan bahan-bahan yang dikisar dan rempah beriani. Tumis lagi hingga terbit minyak kemudian masukkan kambing. Rebus hingga kambing agak empuk. 3. Masukkan kentang, lada hijau, daun ketumbar, sos tomato, tomato cincang dan air, kacau rata dan masak hingga mendidih 4. Kemudian masukkan susu cair , garam & gula. Kacau rata dan didihkan sebentar. Siap boleh dihidangkan bersama nasi panas @ dimasak kembali semasa penyediaan nasi beriyani. Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef

Friday, November 25, 2016

APPLE PIE


Assalamualaikum..hollaaa!! Pekabo semua? Semoga para pembaca blog Pn Doc sentiasa sihat ceria hendaknye. Rindu banget kt uollsss..lama giler dapur Pn Doc ni tak berasap..huhuu! Sori la ye..sgt sibuk memang tak dan nak menghupdet entry blog ni sejak berbulan nih ditambah dengan vitamin M yang berleluasa kt tubuh dan minda ni..ayoyo! Memang berhabukler dapurku tak berkemas..hihii! Okay buat permulaan ni Pn Doc nak updet resipi Apple Pie yang dah lama kubuat beberapa minggu lepas, so jangan minta ek memang udah jadi baja youu..hihi! Ini adalah feveret resipi kita yang selalu digunakan. Jom kia zaaass resipi ye!

RESIPI APPLE PIE
sumber - inahar's cooking time


bahan pastri
1 3/4 cawan tepung gandum
125 gm cold butter (boleh campur 80gm butter+45gm shortening)
50 gm gula castor
secubit garam
2-3 sudubesar air sejuk/ais

bahan filling
4 biji epal hijau- dikupas kulit dan dipotong dadu
100 gm gula perang
2 sudubesar butter
1 suduteh cinnamon powder
1/2 suduteh serbuk pala
1 biji lemon - ambil jus dan parutan kulitnye sekali
3-4 sudubesar almond kisar
secubit garam

Cara2-
pastri - ayak tepuk dan garam kemudian tambah butter dan digaul menggunakan hujung jari atau pastry cutter sehingga jadi seperti serbuk roti. Tambah air sedikit demi sedikit dan gaul sebati sehingga membentuk doh, wrap dengan plastik dan sejukkan dalam petiais selama 20 minit. Kemudian bahagi dua doh, satu bahagian di bentukkan dalam acuan tart. Cucuk2 kan dasar pastri menggunakan garpu dan kemudian di isi filling sbelum ditutup atasnya dengan sebahagian lagi doh. Cucukkan permukaan doh dgn garpu dan hias ikut suka. Sapukan kuning telur ke atasnya dan bakar dalam oven yg telah dipanaskan @ 180c selama 30-40 minit bergantung oven memasing ye.
filling - panaskan butter dan masukkan epal juga gula perang dan masak hingga epal jadi agak lembut. Kemudian masukkan bahan2 lain dan masak lagi hingga pekat. Bolehlah ditutup api.


bahan2 utk pastri 13/4 caw tepung gandum 125 gm cold butter ( u can mix 80mg butter+45mg shortening) 50 gm castor sugar secubit garam 2-3 sudubesar air sejuk/ais bahan2 untuk filling 4 biji epal hijau-dikupas kulit & potong dadu kecil 100 gm gula perang 2 sudubesar butter 1 suduteh cinnamon powder 1/2 suduteh serbuk pala 1 biji lemon-ambil jus & parutan kulitnye sekali 3-4 sudubesar almond kisar (can also use hazelnut) secubit garam cara: pastri- ayak tepung,garam then tambah butter serta garam dan gaulkan menggunakan hujung jari(atau pastry cutter) sehingga jadi spt serbuk roti. masukkan air sedikit demi sedikit dan gaul sebati hingga membentuk doh. wrap dgn plastic dan sejukkan dlm petiais selama 20 minit. kemudian bahagi dua doh dan satu bahagian bolehla dibentukkan kedalam acuan tart. cucuk2 kan dasar pastri dan isikan filling keatasnye sebelum ditutup atasnya dgn sebahagian doh lagi.cucuk2kan juga permukaan doh dgn garpu dan hias ikut suka. sapukan kuning telur keatas nya dan bakar dalam oven yg telah dipanaskan @ 180c selama 30-40 minit. filling-panaskan butter then masukkan apple, gula perang dan masak hingga epal agak lembut. kemudian masukkan jus beserta parutan kulit lemon, cinnamon & nutmeg powder,garam dan almond kisar..masak lagi hingga pekat. Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef

Thursday, May 12, 2016

SPAGHETI SARDIN GORENG PEDAS



SPAGHETI GORENG TUNA PEDAS sumber - inahar's cooking time Bahan2: 500mg spagheti- direbus 2 tin tuna (perisa pedas cap ayam) cendawan butang segar secukupnya (boleh guna cendawan dlm tin juga)- potong nipis 2 biji bawang besar- potong dadu 5 biji bawang putih - cincang halus 2 biji tomato- cincang kasar 1/2 suduteh herba itali (mixed herbs) 5-10 biji cili padi (ikut suka) - cincang halus 1 sudubesar serbuk ladahitam daun ketumbar secukupnya minyak/butter utk menumis sedikit parutan keju parmesan garam & perisa secukupnya Cara: Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga naik bau. Masuk bawang putih, tumis hinga keperangan. Masukkan cendawan bersama cili padi dan tumis lagi sebentar. Tambah tuna beserta tomato cincang dan masak seketika. Masukkan garam, perisa, serbuk ladahitam juga herba itali dan gaul rata. Setelah itu masukkan pasta, daun ketumbar dan gaul rata. Biarkan sebati dan boleh angkat bila masak secukupnya. Tabur keju parmesan di atasnya dan hidangkan. Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ
Assalamualaikum semua! Jom kita berpasta pulak..kali ni Pn Doc goreng spagheti bersama ikan sardin tin cap ayam tu. Menu yang sangat ringkas tapi amat sedap dan digemari semua ahli keluarga. Cer try..cer try ye uollss! Memang tidak menghampakan dan berbaloi-baloi kesedapannye..hehe! Jom zaas resipi yokk!

RESIPI SPAGHETI SARDIN GORENG PEDAS
sumber - inahar's cooking time

Bahan-bahan
500 gm pasta - direbus
1 tin sardin cap ayam size sederhana (isi ikan di cincang)
1 tin cendawan butang- di potong nipis (boleh juga guna cendawan segar)
2 biji bawang besar - potong dadu
5 biji bawang putih - cincang halus
2 biji tomata segar - cincang (boleh juga guna tomato ceri)
1/2 suduteh herba itali (mixed herbs)
1 helai daun bay kering
5-10 biji cili padi (ikut kepedasan disukai) - cincang/tumbuk kasar
1 sudu besar serbuk lada hitam
daun ketumbar
minyak/minyak zaitun atau mentega utk menumis
garam/perisa secukupnya
sedikit parutan keju parmesan utk ditabur masa menghidang

Cara
Panaskan minyak kemudian tumis bawang besar hingga naik bau. Masukkan bawang putih goreng lagi hingga keperangan.
Masukkan cendawan dan cili padi dan tumis lagi.
Tambah ikan sardin serta tomato cincang dan masak seketika.
Masukkan garam, perisa, serbuk lada hitam, juga herba itali dan gaul rata.
Setelah itu masukkan pasta dan daun ketumbar, dan gaul rata.
Biarkan sebati dan boleh angkat bila masak sepenuhnya.
Taburkan parutan keju parmesan di atas pasta semasa menghidang. Siap!


Monday, May 9, 2016

KEK LOBAK MERAH WALNUT



Assalamualaikum semua..arini nak updet lagi satu entry tertunggak ye! Kek lobak merah berwalnut..mmg wallaaa!! Carrotcake is one of my favourite cake..mmg tak boleh tahan kalu nampak kek lobak nih! Drooling dah ni beb..hehe! Resipi carrotcake dah macam2 try kt dapur Pn Doc ni..boleh klik sini , sini dan sini. Okay jom kita zaas resipi ye!

RESIPI KEK LOBAK MERAH
sumber- inahar's cooking time

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum (allpurpose)
4 biji telur
1/1/4 cawan minyak jagung
11/2 cawan gula perang
21/2 cawan lobak parut
1/2 cawan nenas cincang halus (drained)
100 gm walnut cincang toasted 5 minit
kismis ikut suka
1 suduteh esen vanilla
2 suduteh baking powder
11/4 suduteh soda bicarbonate
1/2 suduteh garam

Cara
Pukul telur dan gula hingga hancur.
Tambah minyak, pukul lagi.
Kemudianmasukkan bahan2 yg di ayak tadi. Gaul bagi rata. Akhirnya masukkan bahan2 lain dan gaul ngan spatula sebentar sahaja utk bagi rata dan mesra. Tuang adunan dalam loyang yg telah dilengserkan.
Bakar dlm oven yg telah dipanaskan @180c selama 50-55 minit ikut oven memasing ye.
Sejukkan kek dan hias dengan cheesecream icing.

RESIPI CHEESECREAM TOPPING
250ml fresh/whipping cream
200gm creamcheese (guna jenama philadelphia)
1/2 cawan gula halus

Pukul freshcream hingga kental dan ketepikan.
Pukul pula creamcheese dan gula hingga gebu.
Kemudian campurkan cheesecream bersama fresh cream yg telah dipukul kental tadi. Kacau sebati dan boleh terus digunakan utk menghias kek.

Saturday, May 7, 2016

KEK BAHULU GEBUS GEBAS!



Assalamualaikum...Hollaaaaaaa! Waduh rindu banget sama uollss! Dah berhabuk dapur maya Pn Doc ni kena tinggal hampir 4 bulan jugak..huhuu! Arini baru sempat nk menjenguk ke blog ni. Alahai sunyi sepi ye dah lama tak berhupdet resipi..hihii! As usual kita sgt sibuk last few months bercampur ngan mood malehh yg mencengkam-cengkam ni haaa..hehe!! Okay ler entry arini adalah entry tertunggak hok lama dulu tersimpan elok kt dlm komputer ni haa. So jangan tanya ye..kek bahulu ni dah lama jd baja..hihi! Resipi from my good fren Dr Siti Farida..memang sgt gebus gebas & soft banget! Dulu pernah buat bahulu gulung guna resipi yang lain..boleh klik sini ye! Cer korang try nanti ye! Memang marvelous i tell uu! Jom zaass resipi yok!

RESIPI KEK BAHULU
resipi asal - Siti Farida
sumber - inahar's cooking time

Bahan-bahan
3 biji telur gred b
1 cawan tepung gandum (or superfine flour)
1/2 cawan gula castor
3/4 suduteh baking powder
1 suduteh esen vanilla

Cara
Ayak tepung dan baking powder.
Pukul telur + gula higga kembang pd high speed (10 minit @ naik 3x ganda)
Masukkan esen vanilla, pukul lagi sebati.
Masukkan tepung yg telah diayak, kacau sebati guna spatula sahaja
Panaskan dlm oven acuan yg telah dilengser dgn minyak selama 10 minit.
Keluarkan dari oven dan terus masukkan adunan.
Bakar pd 200c selama 20-25 minit. Jika guna acuan bahulu bunga kecil bakar hanya 10-15 minit sahaja.