Sunday, May 30, 2010

LEMON YOGURT-POPPY SEED MUFFIN


Salam semua..arini ahad teringin lak nk mamam muffin yg easy to bake! kebetulan ada lemon dan yogurt kt lam peties tuh..so kita pn try resipi dari chef terkenal Betty Crocker..mmg just nice rasanye..x berapa manis.sedang2 elok bila di toppingkan dgn lemon icing glaze tu..so kpd yg ingin mencuba..jom tgk resipinye!

LEMON YOGURT-POPPY SEED MUFFINS RECIPE


1/3cup fat-free (skim) milk
1/4cup unsweetened applesauce - kita ganti ngan lemon juice
2tablespoons vegetable oil
1container (6 oz) Original 99% Fat Free lemon burst yogurt- about 180ml
1
egg
1 3/4cups all-purpose flour
1/4cup granulated sugar
2tablespoons poppy seed
1tablespoon grated lemon peel
2 1/2teaspoons baking powder
1/2teaspoon baking soda
1/2teaspoon salt

Glaze
1/2cup powdered sugar
2to 3 teaspoons lemon juice








Print these coupons...
















About Concordance™





Heat oven to 400ºF. Grease bottoms only of 12 regular-size muffin cups, or line with paper baking cups. In large bowl, beat milk, applesauce, oil, yogurt and egg product until well blended. Stir in remaining muffin ingredients just until flour is moistened. Divide batter evenly among muffin cups.

Bake 16 to 18 minutes or until golden brown. Immediately remove from pan. In small bowl, mix glaze ingredients until smooth and desired drizzling consistency. Drizzle over warm muffins.



Share/Bookmark

Thursday, May 27, 2010

PROJEK MEROTI KEMBALI!!

Salam bersiaran kembali..alahai lamanye tuan rumah berhibernasi kan!! ish..mana ada hibernasi!! ekceli kita sibuk banget!! cam2 yg happening sepjg minggu nih..sabor jelaa kan! masalah manusia mana ada akan berakhir..iye x?? pas satu ..satu..pas satu..satu yg mai!! pepun kita sbg manusia biasa hanya mampu bersabar, berusaha & bertawakkal..aik ceramah panjang lebar lak! hehe..
okayler..berbalik kpd topik roti kita nih haa..rasanye dh berkurun BM ku asik titun jek..kali ni kita gasak dier betui2!! hahaa..mmg puashati laa..sebenarnye nk wat custard raisin bun tp dohnye kita gandakan ..dapat la wat sekali cinnamon walnut roll & read bean swirl! foto2 tu panas2 baru kuar oven kul 10 malam td!! resipi amik kt dapur hana jopun..resipi asal oleh noreen uk..tenkiu to both!! cedaap wehh! jom kita zass resipinye..kita cnp kt dapur hana ye!! thanx hana cayaang!!

Custard raisin bun

RESIPI CUSTARD RAISIN BUN

Bahan-bahan
  • 75 gm tepung roti
  • 75 gm tepung kek - hana gune tpg gandum je
  • 1 camca teh yis
  • 60 gm susu segar
  • 1/2 biji telor
  • 30 gm gula pasir
  • 25 gm mentega
Bahan Kastad:
  • 1 cam. besar tepung kastad
  • 1/2 cam. besar gula pasir
  • 85 gm susu segar
  • 10 gm mentega
  • 1 cam. teh esen vanila
20 gm raisins/mixed fruits - hana lebihkan
1/2 biji telor untuk sapuan


Cara-Cara

Untuk Kastad: (Boleh tuka filling red bean atau sebagainya)
Masukkan kesemua bahan kastad ke dalam mangkuk tahan panas dan kacau dengan api perlahan sehingga pekat sedikit. Tutup api dan biarkan sejuk. Cover dengan cling film.

Untuk Bun:-
Masukkan kesemua bahan-bahan roti di dalam mixing bowl dan kacau sebati. Uli sehingga menjadi doh, elastik dan tidak melekat di tangan. (Atau kaedah lain, masukkan ke dalam bread machine, tekan setting doh, biarkan doh siap.) Setelah siap diuli, biarkan doh naik sehingga 2 kali ganda dalam masa 45 minit - 1 jam. Kemudian tumbuk2 kan doh untuk keluarkan angin dan rehatkan doh 15 minit lagi. Kemudian canaikan doh menjadi bentuk "oblong" dan sapukan kastad, taburkan raisins. Gulungkan seperti swiss roll dan potong ikut suka ketebalannya.. Susun atas pan yang telah digris dan biarkan doh naik sekali lagi. Sapukan bun dengan telor dan bakar pada suhu 180 deg. celcius selama 15 minit/hingga masak. Setelah masak, sapukan mentega agar bun kelihatan berkilat.


red bean bun


cinnamon walnut roll

Share/Bookmark

Tuesday, May 18, 2010

AYAM KUZI..

Salam seme...arini cuti sehari sbb bawa sri ke hospital utk regular f/up..petang td sempat masak ayam kuzi utk dinner..resipi dh letak dulu kt sini..tp xpe..kita copy balik ye!

RESIPI AYAM MASAK KUZI

Bahan

1 ekor ayam [potong kecil]
1 cawan susu cair

2 s/b rempah kuzi

5 biji cili merah

2 biji tomato buah [belah 4]
1 labu bawang besar [belah 4]
2 s/b kismis

1 cawan sos tomato

garam

kunyit

minyak


Bahan Mesin
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

5 cm halia

1 cawan bawang goreng

5 biji cili merah

Cara
1. Ayam dibersihkan dan gaulkan garam dan kunyit. Goreng 3/4 masak. Ketepikan.

2. Gunakan 3 s/b minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak.
3. Masukkan rempah kuzi dan sos tomato. Kacau rata.
4. Masukkan ayam, susu cair, kismis, tomato buah, bawang besar dan cili merah. Kacau rata dan biarkan sehingga naik minyak.

5. Hidangkan dengan nasi minyak/nasi putih atau roti.


Sunday, May 16, 2010

KARIPAP @ EPOK-EPOK DAGING



Ni lak karipap daging..goreng pagi tadi! resipi sendirik je..

RESIPI KARIPAP DAGING

Kulitnya
2 cawan tepung gandum
marjerin cair + minyak (lbhkurang 1/4 cawan jumlahnya)

air suam + garam secukupnye


Cara:
Masukkan tepung ke dalam mangkuk besar (besen). Tuang minyak/marjerin tadi ke dalam tepung dan gaul rata. Setelah itu, masukkan air sedikit sedikit dan terus uli menjadi doh yg lembut tapi jgn lembik. Biarkan doh rehat kira-kira setengah jam. Setelah itu buatkan bola-bola kecil drpd adunan tadi sebelum dicanai dan dibubuh inti. goreng dgn api kecil sahaja hingga keemasan warnanya.

Inti Kentang daging
4 biji kentang (kupas kulit, didadu kecil)
1 biji bawang besar (dipotong dadu)

2 sudu besar rempah kari daging Babas (bancuh dgn sedikit air)

250 gm minced meat
secukup
minyak untuk menumis
garam

gula

perisa

sedikit daun sup/bawang atau daun ketumbar


Cara:
Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang dadu dan tumis hingga bawang layu. Kemudian masukkan rempah kari tadi dan biarkan sebentar hingga rempah garing. Masukkan pula daging dan kacau sebentar. Setelah itu, masukkan kentang, garam dan gula. Biarkan sebentar dan kacau sekali sekala. Kalau perlu, bubuh sedikit air untuk daging dan kentang empuk. Bila daging dan kentang dah empuk sepenuhnya, masukkan daun sup/bawang dan gaul rata. Sejukkan sebelum digunakan.

MENU ARINI

Salam..arini masak ayam lemak cili api..perghh!! tp kita wat x pedas sgt sbb anak2 x tahan pedas. daging lak menu ulangan aka feveret anak2 ie daging kicap blackpepper..sonang jek masak lauk ni! jom zass resipi ayam nih..

RESIPI AYAM MASAK LEMAK CILI PADI

Bahan-bahannya
1 ekor ayam, dipotong ikut suka
1 liter santan

3 batang serai, dititik

garam secukup rasa

serbuk perasa jika suka

minyak secukupnya

1 asam keping


Bahan untuk dikisar
5-7 batang cili padi merah (boleh tambah kalu nk pedas lagi)
5-7 batang cili padi hijau

3 biji bawang besar

1 inci halia

1 inci kunyit hidup


Cara-caranya
Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai, bahan yang telah dikisar dan daun kunyit. Tumis sehingga ia naik bau dan keluar minyak.
Masukkan ayam serta santan dan api dikecilkan sedikit dan gaul rata. Biarkan sehingga kuahnya meresap kedalam ayam dan mendidih. Masukkan garam ,perisa serta asam keping.Selalu dikacau jadi tidak pecah minyak kuahnya. Bila dah mendidih dan ayam telah pun masak dan kuahnya meresap, matikan api dan tutup periuk. Bolehl diangkat dan hidang.