Monday, September 2, 2024

RENDANG DAGING SEDAP

 


Assalamualaikum.. Alhamdulillah ... Arini nak kongsi menu rendang daging yang dimasak beberapa minggu lepas sempena menyambut besday Kak Ayin juga meraikan beberapa berita gembira dari anak2. Rendang ni digandingkan dgn pulut kuning juga tambahan menu lain seperti nasi mentega, ayam masak merah juga acar nenas. Alhamdulillah..jom kita zaas resepi rendang daging ni ye..

Rendang Daging Sedap
Sumber - inahar's cooking time
IG @Drinahar

Bahan bahan: 
2 kg daging
4 paket serbuk santan - bancuh dgn air
8 sudu besar cili kisar
3 keping asam keping
2 helai daun kunyit
1 sudu besar jintan manis, 1 sudu besar jintan putih dan 1 sudu besar ketumbar - sangai dan tumbuk
4-5 sudu besar kerisik
Garam dan gula secukupnya - manis ikut suka (boleh tambah gula melaka juga)
Minyak masak utk menumis

Bahan kisar:
5 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
3 inci halia
10-15 biji cili padi
20 batang serai
3 inci kunyit hidup


Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis cili kering kisar sehingga garing.
Masukkan bahan kisar dan rempah yang ditumbuk. Tumis sehingga naik bau dan terbit minyak, masukkan daging. Kacau sehingga daging empuk.
Masukkan asam keping. Jika daging belum empuk, masukkan air sedikit demi sedikit. 
Selepas masukkan santan, dan terbit minyak, masukkan kerisik, garam, gula, gula Melaka dan akhir sekali daun kunyit yang dihiris halus.
Masak sehingga kuah agak pekat/kering. Bolehlah dihidangkan dengan nasi atau lemang atau pulut atau apa apa sahaja.

Saturday, August 31, 2024

AYAM GORENG MAMAK



Alhamdulillah lagi menu lauk yang sempoi, kita masak ayam goreng style mamak la pulak. Memang sedap dan rangup. Jom kita semak resepi nye yok..

Ayam Goreng Mamak
Sumber - inahar's cooking time
Ig @drinahar

Bahan bahan:
1 ekor ayam
2 sudu besar serbuk kari ayam
1 sudu besar serbuk kunyit
5 sudu besar tepung jagung
5 sudu besar tepung beras
1 sudu besar serbuk cili
3-4 pelepah daun kari
1 biji telur
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
Garam

Bahan kisar:
6 ulas bawang putih
2 inci halia
1 sudu besar cili kisar


Cara cara:

Perap ayam dengan semua bahan di atas sehingga berpalut selama 1 jam. Lagi lama lagi sedap. Nota: jika guna ayam besar, boleh cucuk bahagian isi tebal dengan menggunakan garfu supaya ayam masak sekata. 
Panaskan minyak dan goreng atas api sederhana sehingga masak.


Friday, August 30, 2024

Sambal Bilis Petai Cili Padi



 Assalamualaikum semua! Ni menu sambal bilis petai yang dimasak baru-baru ini ye. Jangan ditanya sebab sekejapan jer habis dimakan anak beranak bersama nasi pepanas. Tak pandang lauk lain dah..hihii. Resepi sempoi amat..jom kita zaas resepinya yok..


RESIPI SAMBAL BILIS PETAI CILI PADI
Sumber - inahar's cooking time
Ig @drinahar

Bahan-Bahan:-
1 mangkuk Ikan bilis
2 biji Kentang - hiris nipis
1 mangkuk kecil isi petai
3 biji Bawang Kecil *
4 ulas Bawang Putih *
1 biji Bawang Besar *
10-15 biji Cili Padi * (ikut suka masing-masing)
2 biji Lada merah *
Sedikit belacan *
Sejemput ikan bilis *
Pes asam jawa
Gula & Garam secukup rasa
Minyak utk menumis


Cara-Cara :-
Tumbuk or blender kasar bahan2 bertanda *
Goreng ikan bilis hingga garing dan toskan minyaknya dan asingkan tepi.
Goreng kentang dan toskan minyak serta asingkan letak di tepi dahulu.
Tumis bahan kisar hingga masak dan naik bau.
Campurkan dengan pes/air asam jawa tadi. Biarkan ia mendidih.
Masukkan garam dan gula secukupnya.
Masukkan kentang, petai dan ikan bilis tadi dan gaul sekejap bagi rata. Bolehlah ditutup api.
Hidangan siap dihidang.

Thursday, August 29, 2024

CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES

 


Assalamualaikum..dah lama kita tak membrownieskan diri kan. So minggu lepas kita rajinkan diri membaking Chewy Gooey Yummy Brownies yg marbeless sgt nih. Sangat mudah disediakan..cuma godek2 guna senduk jer dan bakar. Definitely a keeper recipe. Uolss patut cuba ye. Jom kita zaas resepinya yok..

RESIPI CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES
resipi asal : wani
sumber : inahar's cooking time 
(ni resipi utk setengah adunan, cnp di blog Alongroz)

(Makes 8" square)
INGREDIENTS:
125g Butter*
200g Chocolate* (* melted & mix together)
3 Eggs
145g Brown Sugar
1 tsp VE
45g Flour**
25g Coco Powder (sifted together)
50g chopped Nuts/choc coin


METHOD:
1. Beat eggs, sugar VE until sugar is dissolved.
Add in melted chocolate & butter.
Add in flour & cocoa mixture.
Add in nuts.

2. Line tin with non-stick baking paper extended over the 2 sides.
Bake at 160C for 30-35 min.

Wednesday, August 28, 2024

KURMA KAMBING ISTIMEWA

 

Assalamualaikum.. Menu istimewa kita masak iaitu kambing masak kurma digandingkan dengan ayam masak merah, acar timun nenas dan nasi mentega kismis. Alhamdulillah..jom kita semak resepi kurma kambing sedap nih yok..

RESIPI KURMA KAMBING
sumber - inahar's cooking time 
ig @Drinahar

Bahan-bahan:
500 gm daging kambing (potong dadu 2")-diperap tepung & limau nipis selama 20 minit kemudian cuci bersih dan toskan.
3 biji kentang-potong 4
2 batang lada hijau/merah-belah 2
4 sudu besar rempah kurma (babas)
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis
1/2 cawan santan @ susu cair (boleh juga guna yogurt)
1 tangkai daun ketumbar
1 keping asam keping
Air secukupnya 
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
1 kiub ayam


Bahan Tumis:
1 labu bawang besar } dihiris
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang


Bahan kisar:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia
2 sudu besar bawang goreng
1 tangkai cili merah
2 tangkai cili hijau
setangkai daun ketumbar
sedikit kismis-jika suka

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak masak, masukkan bahan tumis, goreng hingga wangi dan bawang kekuningan
2. Masukkan bahan-bahan yang dikisar dan rempah kurma serta serbuk ketumbar sekali jintan manis. Tumis lagi hingga terbit minyak kemudian masukkan kambing. Tambah air dan rebus hingga kambing agak empuk.
3. Masukkan kentang, lada hijau, daun ketumbar, kacau rata dan masak hingga mendidih
4. Kemudian masukkan santan @ susu cair , asam keping, kiub ayam, garam & gula. Kacau rata dan didihkan sebentar. Siap boleh dihidangkan bersama nasi.