Thursday, August 24, 2017

ROASTED CHICKEN KABSA RICE

Assalamualaikum kepada semua pengunjung dapur inahar ye! Bersiaran kembali Pn Doc dgn menu arab pulak iaitu nasi khabsa ayam panggang yang marbeless sgt! Dah banyak kali kita kongsi resipinye sebelum ini ye. Boleh lihat di sini dan sini juga. Menu ini dimasak minggu lepas atas request MrHubby. Alhamdulillah sedap dan digemari seisi keluarga. Apa2 pun jom kita semak resipi kembali ye!

RESIPI ROASTED CHICKENKHABSA RICE 
resipi asal - hafidz fcu 
sumber - inahar's cooking time 

 
BAHAN UNTUK REMPAH KABSAH
4 sudu besar ketumbar
2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih
2 sudu  besar cengkih
2 sudu  besar buah pelaga
2 sudu  besar lada hitam
2  bi ji buah keras

Kesemua rempah di atas disangai hingga berbau wangi dengan api yang sederhana lebih kurang 10 minit. Cara yang mudah untuk memastikan rempah yang disangai sudah sempurna ialah dengan memicit biji ketumbar. Apabila kita dapat menghancurkan dengan senang, bermakna rempah itu sudah boleh dikisar. Simpan rempah yang telah dikisar halus ke dalam bekas  kedap udara.



BAHAN UNTUK MEMERAP AYAM KABSAH 
1 ekor ayam potong 6 atau ikut suka 
2 biji bawang besar
 6 ulas bawang putih 
3 inci halia di mesin 
2 sudu besar rempah kabsah 
1 sudu serbuk kunyit 
1 sudu serbuk cili 
3 helai bay leaf  
1 kiub ayam knor 
garam dan gula secukup rasa 

CARA MEMBUAT AYAM KABSAH 
1. Panaskan Air 1 liter di dalam periuk.
2. Mesin 1 bawang besar, 3 bawang putih dan 1 1/2 inci halia hingga hancur. 
3. Bila air dalam periuk dah mendidih, masukkan bahan mesin di atas, bay leaf, kiub ayam dan 2 sudu rempah     kabsah. 
4. Masukkan ayam dan biarkan reneh 15 minit. 
5. Selepas itu tapiskan stok ayam untuk digunakan memasak nasi Arab.  
6. Lumurkan ayam dengan 2 sudu rempah kabsah, bahan kisaran kedua (1 bawang besar,  3     ulas bawang putih, 11/2 inci halia- bahan kisar ni kita tak letak) ,kunyit, garam, gula dan 2 sudu sos tiram. Perapkan sebentar dan bakar           selama 30 - 40 minit pada suhu 180 C. Lebihan bahan perap boleh di ulang sapu pada             ayam yang tengah dimasak di dalam oven. Pastikan garam dan gula secukup rasa. Pastikan ayam tidak terlalu masak kerana ayam itu akan keras selepas di masukkan ke dalam oven. 

BAHAN UNTUK NASI ARAB
3 cawan beras Basmathi
2 sudu minyak sapi + 1 sudu minyak zaitun
7 biji buah pelaga, 
5 kuntum cengkih 
3 kuntum bunga lawang
5 biji lada hitam
3 inci kulit kayu manis
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji tomato di dadu
1 batang lobak merah didadu
segenggam kismis hitam
sedikit saffron(atau pewarna kuning)


1. Beras direndam bersama  garam selama 30 minit kemudian toskan. 
2. Tumiskan buah pelaga,kayu manis,bunga lawang, lada hitam dan cengkih. 
3. Masukkan bawang, halia, lada  dan tumiskan hingga wangi. 
4. 41/2 cawan stok biarkan mendidih dan masukkan beras yg direndam tadi. Masak seperti    biasa. 
5. Untuk mengkais nasi, gunakan batang chopstick untuk mengelakkan beras patah2. 
6. Tutup api apabila nasi  masak.Taburkan safron(kita hnya guna sedikit pewarna kuning) dan kacau hingga warna sekata.  Akhir sekali bolehla dihidang bersama ayam panggang, sos salata hara juga acar timun tomato. 

Acar timun tomato
timun - potong dadu nipis 
tomato - potong dadu kecil 
bawang besar- potong nipis 
cili merah/hijau - potong halus 
cuka 
garam 
gula. 

Campurkan semua bahan di atas hingga sebati dan sejukkan dalam petiais. Keluarkan sebentar sebelum dihidangkan bersama nasi. 

SOS SALATA HARA 
sumber- wana  ( resipi asal : Arabic Bites ) 

3 biji tomato cincang. 
1/2 cawan daun ketumbar – saya letak 1/4 cawan je 
1/2 biji lemon ambil jusnya 
1 -2 biji cili hijau – 
saya tambah garam. sedikit gula 

Cara Penyediaan Sos Salata Hara: 
* Masukkan semua bahan dalam blender, kemudian kisar kesemua bahan2 tadi hingga hancur. ** sedia utk di hidangkan bersama nasi kabsa.

Monday, July 31, 2017

CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES


Assalamualaikum semua! Dah lama Pn Doc tak membrownies kan diri ek! Ok arini nak share brownies yang kita buat utk dibawa sebagai buah tangan menghadiri majlis rumah terbuka raya rakan2 minggu lepas. Ini juga adalah salah satu keeper recipe dan wajib buat tau!. Kejadian yg sangat chewy, gooey dan moist banget! So Yummyy!! Entry lama boleh lihat di sini dan sini ye. Jom zaass resipi yok!

RESIPI CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES
resipi : wani
sumber 1: alongroz
sumber 2: inahar's cooking time 

(ni resipi utk setengah adunan) 

(Makes 8" square) 
 INGREDIENTS:
125g Butter*
200g Chocolate* (* melted & mix together)
3 Eggs
145g Brown Sugar
1 tsp VE
45g Flour**
50g Coco Powder** (** sifted together)- i used only 25gm
50g chopped Nuts 

 
METHOD:
1. Beat eggs, sugar VE until sugar is dissolved.
Add in melted chocolate & butter.
Add in flour & cocoa mixture.
Add in nuts.

2. Line tin with non-stick baking paper extended over the 2 sides.

Bake at 160C for 45 min.(separuh adunan hanya 25-30 minit je)

Friday, July 28, 2017

BLUEBERRY CHEESE TART

Assalamualaikum..dah lama kita tak bercistat kan! So minggu lepas kita membaking cistat pulok atas permintaan anak-anak. Kali ni Pn Doc cuma menggunakan readymade shell yang siap dibeli di bakeri mentari taman melati tak lama dulu. Memang kije senangla kan tak yah nguli2 tepung dah. Tinggal pukul cheesecream dan sediakan filling jer haa. Korang pun kalu malas nguli boleh la beli readymade shell ni di mana2 kedai menjual bahan bakeri ye. Walaubagaimanapun di sini kita masih juga ingin berkongsi resipi penuh membuat cheese tart ini ye. Jom zaass resipi!

RESIPI CHEESE TART
Tart Crust / Shell
resipi - Azita Zain
sumber - inahar's cooking time

Bahan-bahan :
170gm marjerin/mentega
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :

1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.

Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

Cream Cheese Filling

Bahan-bahan :
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara-cara :

1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi. (Pn doc bakar 7-8 min)

Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.  Cara-cara
1. Tart crust yang sedia untuk dibakar.
2. Tart crust yang telah siap dibakar dan disusun ke dalam loyang untuk proses seterusnya.
3. Isikan filling ke dasar crust. Lebih banyak filling..lebih sedap!
4. Picitkan adunan cream cheese filling ke atas filling tadi.
5. Untuk melorek, ambil sedikit adunan cream cheese dan titikkan dengan beberapa titik pewarna.
6. Kacau rata2 hingga mendapat warna yang diinginkan.
7. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
8. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri (lebih banyak lebih cantik...)
9. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah untuk mendapatkan bentuk tersebut.
10. Bakar selama 5 minit. Siap!!!


Wednesday, July 26, 2017

KEK BUAH-BUAHAN BAKAR

 Assalamualaikum..Waduh..masih lagi dalam mood berayakan walaupun bulan syawal dah pun berakhir 2 hari yang lalu..hihi! Okayla arini nak berkongsi resipi kek buah yang mudah lagi sedap ni. Pn Doc mmg mencari2 resipi kek buah versi bakar yg senang camni sebab malas nak mengukus lama berjam-jam..hihi! Kejadian kek ni sangat la moist juga soft banget! Mekaseh kak azie berkongsi resipi yg best ni! Jom kita zaass resipi yok!

Kek Buah Buahan Campuran 
Resipi asal - Azie Kitchen
Sumber - inahar's cooking time

Bahan bahan

250 gram butter
500 gram mix fruit
1 cawan gula perang (boleh kurangkan)
1 cawan air sejuk
2 cawan tepung gandum
3 biji telur
1 sk baking powder
1 sk esen vanilla


Cara cara:

Rebus buah buahan campuran bersama air dan gula sehingga buah kembang. Tutup api dan masukkan butter. Kacau rata dan biarkan seketika sehingga bahan bahan tadi sejuk.

Pukul telur dan masukkan ke dalam adunan buah rebus tadi dan dikacau dengan senduk.

Masukkan tepung yang diayak bersama baking powder sedikit demi sedikit dan kacau rata. Tuang ke dalam loyang bulat saiz 8 inci yang telah disapu dengan butter.

Bakar pada suhu 170C selama 45 minit atau sehingga masak. Angkat dan disejukkan seketika di dalam loyang sebelum disejukkan sepenuhnya atas wire rack.


Monday, July 24, 2017

KEK MARBLE TRIO TERBAIK


 
Assalamualaikum..kek marble trio ni adalah kek wajib yang dibuat setiap kali musim raya. Raya baru2 ni pun tidak ketinggalan kita membaking this cake! Kalau korang tak pernah try lagi resipi ni..memang rugi wehh! Resipi yang sangat marbeless! Dah banyak kali Pn Doc kongsikan resipi kek Cik Mat Gebu ni di blog ini. Ok jom kita semak lagi dan lagi resipinye ye!
 
RESIPI KEK MARBLE TRIO
resipi asal - Che Mat Gebu
sumber - inahar's cooking time
Bahan-Bahannya:- 

300 g mentega 
280 g tepung halus (tempung gandum pun ok)* 

1 camca teh baking powder* 
1 camca besar susu tepung*(*disatukan, gaul dan ayak) 
5 biji telur gred A (berat kurang lebih 60g sebiji) 
250 g gula halus 
1 camca besar Ovallate 
30 g gliserin (boleh ganti ngan susu sejat) 
20 g air 
1/2 camca teh esen vanilla 
1/2 camca teh strawberry emulco 
1 camca teh chocolate emulco


Cara membuatnya:-
Pukul mentega hingga kembang dan putih, masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata. Ketepikan.Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan telur, gula dan ovallate. Pukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat seperti adunan baulu. Perlahankan speed dan masukkan adunan no.1 sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul hingga semua sebati.Kemudian masukkan air dan gliserin dan gaul hingga semua sebati. Bahagi adunan kepada 3 bahagian yang sama banyak. Satu bahagian dimasukkan esen vanilla, satu lagi dengan strawberry emulco dan satu lagi dengan coklat emulco. Gaul hingga sebati.Dalam bekas berukuran ( 8 x 8 x 3 ) inci, (tapi dalam gambar mat guna acuan bulat berlubang tengah, acuan yang orang guna untuk buat kuih bingka). Lenser acuan dengan mentega dan alas dasar dengan kertas. Masukkan setiap adunan berselang-seli hingga habis dan buat beberapa pusingan menggunakan chop stick.
Hentak tin 2 - 3 kali dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 35 - 40 minit. Sejukkan kek 5 minit sebelum dikeluarkan dari tin. Sejukkan kek atas jaringan hingga betul2 sejuk.


CATATAN MAT GEBU :- Kalau tak de gliserin, abaikan gliserin dan air, ganti dengan 50 ml susu cair atau whipping cream. Pasal perisa dan pewarna untuk marble tu boleh ikut citarasa masing2. Oven perlu dipanaskan 10 minit sebelum membakar kek. Jika menggunakan tin atau acuan kek warna hitam, turun kan suhu tadi kepada 160C semasa membakar kek