Tuesday, April 21, 2015

ROASTED CHICKEN KABSA RICE

Assalamualaikum semua! Alhamdulillah masih tak jemu dgn menu nasi arab ni kan..kali ini sekali lagi kita guna resipi dari hafidz fcu . Entry lama beserta resipi boleh di lihat di sini dan sini. Mekaseh buat penyumbang resipi! So apalagi kenkawan..Jom kita zaaass resipi yang sedap nih!!

RESIPI ROASTED CHICKENKHABSA RICE 
resipi asal - hafidz fcu 
sumber - inahar's cooking time 

BAHAN UNTUK REMPAH KABSA (kita guna rempah kabsa readymade) 
4 sudu besar ketumbar 
2 sudu besar jintan manis 
2 sudu besar jintan putih 
2 sudu  besar cengkih 
2 sudu  besar buah pelaga 
2 sudu  besar lada hitam 
2  bi ji buah keras 

Kesemua rempah di atas disangai hingga berbau wangi dengan api yang sederhana lebih kurang 10 minit. Cara yang mudah untuk memastikan rempah yang disangai sudah sempurna ialah dengan memicit biji ketumbar. Apabila kita dapat menghancurkan dengan senang, bermakna rempah itu sudah boleh dikisar. Simpan rempah yang telah dikisar halus ke dalam bekas  kedap udara. 

BAHAN UNTUK MEMERAP AYAM KABSAH 
1 ekor ayam potong 6 atau ikut suka 
2 biji bawang besar
 6 ulas bawang putih 
3 inci halia di mesin 
2 sudu besar rempah kabsah 
1 sudu serbuk kunyit 
1 sudu serbuk cili 
3 helai bay leaf  
1 kiub ayam knor 
garam dan gula secukup rasa 

CARA MEMBUAT AYAM KABSAH 
1. Panaskan Air 1 liter di dalam periuk.
2. Mesin 1 bawang besar, 3 bawang putih dan 1 1/2 inci halia hingga hancur. 
3. Bila air dalam periuk dah mendidih, masukkan bahan mesin di atas, bay leaf, kiub ayam dan 2 sudu rempah     kabsah. 
4. Masukkan ayam dan biarkan reneh 15 minit. 
5. Selepas itu tapiskan stok ayam untuk digunakan memasak nasi Arab.  
6. Lumurkan ayam dengan 2 sudu rempah kabsah, bahan kisaran kedua (1 bawang besar,  3     ulas bawang putih, 11/2 inci halia- bahan kisar ni kita tak letak) ,kunyit, garam, gula dan 2 sudu sos tiram. Perapkan sebentar dan bakar           selama 30 - 40 minit pada suhu 180 C. Lebihan bahan perap boleh di ulang sapu pada             ayam yang tengah dimasak di dalam oven. Pastikan garam dan gula secukup rasa. Pastikan ayam tidak terlalu masak kerana ayam itu akan keras selepas di masukkan ke dalam oven. 

BAHAN UNTUK NASI ARAB 
3 cawan beras Basmathi 
41/2 cawan air stok ayam (yg direbus tadi) 
2 sudu minyak sapi + 1 sudu minyak zaitun 
7 biji buah pelaga,  
5 kuntum cengkih  
3 kuntum bunga lawang 
5 biji lada hitam 
3 inci kulit kayu manis 
1 labu bawang besar- hiris dadu 
2 ulas bawang putih - hiris nipis 
1 inci halia - hiris nipis 
2-3 biji lada hijau/merah- potong separuh 
1 biji tomato di dadu 
1 batang lobak merah didadu segenggam kismis hitam sedikit saffron(atau pewarna kuning) 

1. Beras direndam bersama  garam selama 30 minit kemudian toskan. 
2. Tumiskan buah pelaga,kayu manis,bunga lawang, lada hitam dan cengkih. 
3. Masukkan bawang, halia, lada  dan tumiskan hingga wangi. 
4. 41/2 cawan stok biarkan mendidih dan masukkan beras yg direndam tadi. Masak seperti    biasa. 
5. Untuk mengkais nasi, gunakan batang chopstick untuk mengelakkan beras patah2. 
6. Tutup api apabila nasi  masak.Taburkan safron(kita hnya guna sedikit pewarna kuning) dan kacau hingga warna sekata.  Akhir sekali bolehla dihidang bersama ayam panggang, sos salata hara juga acar timun tomato. 

Acar timun tomato
timun - potong dadu nipis 
tomato - potong dadu kecil 
bawang besar- potong nipis 
cili merah/hijau - potong halus 
cuka 
garam 
gula. 

Campurkan semua bahan di atas hingga sebati dan sejukkan dalam petiais. Keluarkan sebentar sebelum dihidangkan bersama nasi. 

SOS SALATA HARA 
sumber- wana  ( resipi asal : Arabic Bites ) 

3 biji tomato cincang. 
1/2 cawan daun ketumbar – saya letak 1/4 cawan je 
1/2 biji lemon ambil jusnya 
1 -2 biji cili hijau – 
saya tambah garam. sedikit gula 

Cara Penyediaan Sos Salata Hara: 
* Masukkan semua bahan dalam blender, kemudian kisar kesemua bahan2 tadi hingga hancur. ** sedia utk di hidangkan bersama nasi kabsa. 



4 comments:

Mama Arif said...

wahh lepas ni boleh la cuba resepi ni..tq resepinya :)

inahar ali said...

mama arif..sila kan cuba resipi ni. Nanti komen ye..hehe!

aji nugraha said...

nikmatnya...















Obat Penyakit Ginjal Kronis

inahar ali said...

Aji..mmg betul..sgt nikmatnye!