Wednesday, July 30, 2025
Ayam Goreng Cili Kering Sempoi
Assalamualaikum..ketemu lagi kita dgn satu lagi resepi yg sempoi dan sedap iaitu ayam goreng cili kering. Resepi asal dari youtube Rozek TV..memang marbeles! Nanti korang try ye. Jom kita zaas resepinya yok..
RESEPI AYAM GORENG CILI KERING
Resepi Asal - Rozek TV
Sumber - inahar's cooking time
IG @drinahar
Bahan-bahan:
Ayam
Serbuk kunyit
Serbuk kari daging
Garam
Bawang besar - hiris nipis
Bawang putih - hiris nipis
Cili kering - potong 2 or 3 bahagian
Sos tiram
Sos cili
Garam gula secukupnya
Daun kari
Minyak masak (untuk menggoreng)
Cara memasak:
1. Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit, serbuk kari dan garam secukup rasa. Perap seketika sebelum menggoreng.
2. Panaskan minyak masak dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas sebelum memasukkan ayam.
3. Goreng ayam hingga masak dan berwarna kuning keemasan. Angkat dan toskan minyak.
4.Ambil sedikit minyak lebihan gorengan ayam tadi dan tumiskan bawang, bawang putih, daun kari dan cili kering.
5. Goreng hingga layu kemudian masukkan ayam goreng tadi. Tambahkan sos tiram, sos cili, sedikit garam dan gula. Goreng lagi hingga sos jadi agak kering dan boleh tutupkan api. Siap dihidang
Labels:
ayam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment