Thursday, October 10, 2024

NASI DAGING UTARA


 Assalamualaikum.. Hari ni kita baru sempat nak updet menu istimewa sempena besday Anakanda Sri & Adam yg dimasak baru-baru ni. Pestaim kita masak Nasi Daging Utagha Ayaq Asam ni..menu ni memang sedap ngatt aiihh! Diganding dgn kari ayam dan sambal telur sebagai tambahan lauk..Alhamdulillah puas hati masak sendiri ni kan 😍. Ok jom kita zaass resepinya yok..

Resepi Nasi Daging Utara
sumber- inahar's cooking time

Bahan-bahan:
4 cawan  beras basmathi, rendam selama 30 minit dan tos
500-650 gram daging, potong kecil
5 cawan air rebusan daging
1 cawan susu cair
1 helai daun pandan
3 sudu besar rempah kurma
1 sudu besar jintan manis
3 sudu besar minyak sapi (boleh ganti butter)
3 sudu besar minyak sayuran
2 biji tomato cincang kasar
2 helai akar ketumbar
1 kiub ayam
Sedikit kismis hitam

Bahan untuk rebusan daging:
1 sudu besar rempah kurma
2 inci halia - hiris nipis
Air secukupnya

Bahan untuk ditumis:
1 biji bawang besar, hiris nipis
4 ulas bawang putih, hiris nipis
2 kuntum bunga lawang
2 batang kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga


Bahan untuk air asam kerisik:
2 biji bawang besar, hiris nipis
2 biji tomato - potong kecil
6 biji cili merah*
6-8 biji cili api merah & hijau*
Sedikit belacan* - dibakar di atas api sehingga wangi
1 sudu besar pes asam jawa campur 1 cawan air*
1-2 sudubesar sos ikan Thai
Sedikit perahan jus limau nipis
1 sudubesar kerisik
Garam dan gula secukupnya


Cara Penyediaan:
Cara untuk memasak:
Rebus daging bersama air, halia dan rempah kurma sehingga empuk. Angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak sapi dan minyak sayuran di dalam periuk. Tumis bahan tumis dan daun pandan sehingga wangi. Masukkan akar ketumbar dan rempah kurma serta sedikit air. Kacau sehingga naik bau dan pecah minyak. Kemudian masukkan beras dan kacau lagi beras selama 1-2 minit.
Masukkan air rebusan daging bersama susu cair, daging yang direbus tadi dan juga garam secukup rasa. Juga masukkan tomato cincang tadi. Kacau sedikit supaya sebati dan tutup. Pindahkan ke dalam rice cooker dan masak seperti biasa. Boleh tambah kismis masa nasi hampir kering. Setelah masak baru kacau dan gemburkan nasi rata rata.
Cara untuk air asam:
Kisarkan bahan bertanda *. Kemudian gaulkan kesemua bahan air asam. Sesuaikan rasa.

No comments: