Tuesday, August 25, 2020

AYAM VARUVAL


Assalamualaikum.. kemain lama tak bersiaran kan? Ada jer ni haa..hihi. okayla ni kali pertama kita masak ayam varuval ni. Memang sedap dan mudah resepinye. Resepi kita ambil di blog @surianti_kitchen . Macehh sue berkongsi resepi yg marbeles ni. Resepi asal oleh Kalaivani Vj. Jom kita semak resepinye yok!

Ayam Varuval
Resepi asal : Kalaivani Vj
Sumber 1 : blog @surianti_kitchen
Sumber 2 : inahar's cooking time

Bahan-bahan :
1 ekor ayam (potong kecil & dibersihkan)
1 sb kunyit serbuk
1 sb rempah kari Babas
1 sk garam
1 inci halia (ditumbuk halus)
5 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
-gaul rata semua bahan di atas, perap 1 jam dan kemudian digoreng garing. Ketepikan.

Bahan A (goreng sekejap)
4 sb jintan manis (sy guna 3 sb jer)
10 tangkai cili kering (di potong 3)
5 tangkai daun kari
1 labu bawang putih dihiris
Minyak secukupnya
-panaskan minyak, goreng jintan manis sekejap, angkat.
-dengan minyak yang sama, goreng pula cili kering, bawang putih hiris dan daun kari hingga wangi. Angkat dan ketepikan.

Bahan B (untuk tumis)
2 - 3 biji bawang besar dihiris
2 biji tomato dipotong 8 (kalau besar guna 1 biji)
1/2 inci halia ditumbuk halus
2 ulas bawang putih ditumbuk halus
2 sb serbuk cili Babas (sy ganti 2 sb cili giling)
Garam dan gula secukup rasa


Cara penyediaan :
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar, halia dan bawang putih yang tumbuk halus dan buah tomato hingga layu.
2. Masukkan cili serbuk (pesan dari tuan punya resepi asal supaya jangan letak air kerana ada air dari bawang). Tambahkan garam serta gula secukup rasa. Masak hingga garing dan pecah minyak.
3. Masukkan bahan A iaitu bahan yang kita goreng sekejap tadi. Masukkan ayam dan kacau rata hingga sebati. Boleh ditabur daun pudina atau daun ketumbar.
Ayam varuval rasanya seimbang pedas, manis dan masam.

2 comments:

A m m i said...

lauk india antara faveret dish ammi..yelah dah namapun anak separa india kan. manalah tumpahnya kuah kalau tak ke nasi

inahar ali said...

Ammi..iyekan menu india ni mmg ramai peminat sebenarnya.. bukan darah india pun suker. Hihii