Saturday, April 25, 2020

THE BEST BROWNIES IN THE WORLD


Alhamdulillah berkesempatan membaking brownies istimewa sempena ulangtahun anakanda furqan yg ke 25 tahun hari isnin yang lalu. Buat Abg Bani..Thanx for being a good son & a good example to ur siblings. Ibu & ayah sentiasa mendoakan kebahagiaan buat anakanda, dilimpahi rahmat olehNya juga menjadi anak yang berjaya dan cemerlang dunia akhirat..Insyaallah. Aamiinn YRA. We love u so much sayang!

THE BEST CHOCOLATE BROWNIES IN THE WORLD
resipi asal - The Frugal Chef
sumber - Inahar's cooking time

Bahan A

4 biji telur
2 caw gula castor - sy tukar kepada 1 caw gula castor + 11/2 caw gula perang
1 caw mentega cair
2 sudu teh esen vanilla


Bahan B

11/4 caw serbuk koko
1/2 caw tepung gandum
1 sudu teh garam halus
almond nibs/walnut
chocolate chips - sy tambah


Cara:

Gris loyang 10"x10" dgn minyak atau mentega kemudian tabur sedikit tepung.
Didalam mangkuk, pukul telur hingga kembang kemudian tambah gula dan pukul lagi hingga gula hancur.
Tambah esen vanilla dan mentega cair dan pukul sebentar saja.
Kemudian tambah tepung , serbuk koko dan garam halus dan putar lagi sekadar bercampur bahan.
Akhir sekali bolehla tambah almond/walnut juga chocolate chips secara kaup balik sahaja bagi rata.
Tuang ke dlm loyang dan bakar pd oven yg telah dipanaskan pada 180c selama 35-40 minit bergantung kepada oven memasing ye.

Tips - Jangan putar adunan brownies ni terlalu lama ye, sekadar bahan bercampur jer.

2 comments:

Norlaili A Wahab said...

Selamat berpuasa 😘😘
Brownies tak perlu mix beriya2 mcm adunan kek ye? Kak laili pernah try tak jadi pulak kedut kat atas brownies kihkihkih

inahar ali said...

k.laili..salam ramadhan juga buat kak ye. Memang brownies kacay bg rata jer..klu terlebih pukul jd cakey pulak