Friday, February 8, 2019

CUCUR JAGUNG

Assalamualaikum..arini Pn Doc nak updet menu minuman petang kami yang menjadi kegemaran kami sekeluarga. Memang selalu sangat buat cucur jagung nih iaitu hampir setiap minggu mesti ada menu ni..hihi!. Sempoi dan sedap rasanye..Alhamdulillah..Jom kita zaas resepinye!!

RESEPI CUCUR JAGUNG

Bahan-bahan
Tepung gandum
1 -2 biji telur
Isi jagung secukupnye (saya guna jagung tin whole kernel)
Bawang besar - potong dadu
Cili merah- potong halus
udang kertas kering secukupnya (boleh juga guna ikan bilis)
garam dan perisa
sedikit serbuk kunyit (optional)
air secukupnya

Cara

Campurkan semua bahan di atas dan kacau sebati. Panaskan minyak yang banyak dan sudukan bancuhan tadi ke dalam kuali. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan tos. Boleh dihidang bersama sos cili atau kuah kari/kurma. Wallaaa..


11 comments:

Amie said...

Assalam,
beginilah resepi cucur yang saya selalu buat, anak-anak suka sangat, saya suka gunakan telur supaya cucur lebih lembut heheeee.

inahar ali said...

Amie..iye betui tu amie..makan cucur cenggini ngap2 tak sedor dah berbelas biji mkn..hihii

Norlaili A Wahab said...

akak ada ni ha jagung dalam tin kat dapur.
boleh buat cucur udang esok nampaknya hehehe

inahar ali said...
This comment has been removed by the author.
inahar ali said...

K.laili..cepat operasi jgn tak operasi..hihi

Norlaili A Wahab said...

Alhamdulillah dah berjaya operasi semalam. Habis se tin hahaha

Zihan Amelia said...
This comment has been removed by a blog administrator.
inahar ali said...

K.laili..Alhamdulillah

hungryworm__ said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Jisoo Blackpink said...
This comment has been removed by a blog administrator.
http://gamat.over-blog.com/obat-tradisional-jantung-bocor-pada-anak said...
This comment has been removed by a blog administrator.