Thursday, June 1, 2017

AYAM MASAK KICAP BEREMPAH


Assalamualaikum dan Salam Ramadhan buat semua pengunjung dapur inahar ye. Alhamdulillah dah masuk hari ke 6 berpuasa ye. Baru arini Pn Doc dpt updet resipi2 yg tertunggak. Jadi hari ni kita nak berkongsi resipi ayam masak kicap berempah yg sangat marbeles! Resipi asal oleh Tuan Mamak Haji..kita cnp dari Fb Tn Haji. Mekaseh sgt berkongsi resipi yg sgt sedap ni. Memang sesuai sgt menu ni disediakan utk lauk berbuka nanti. So apalagi..jom kita zaass resipi yok!

RESIPI AYAM KICAP BEREMPAH

resipi asal - FB Mamak Haji
sumber - inahar's cooking time

Bahan A (Gaul dan perap 1/2 jam)
1 ekor ayam. Berat sekitar 1.6 - 1.7 kg (dipotong 16)
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam


Bahan B
1 batang serai (di ketuk di perdunya)
3 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
3 biji buah pelaga


Bahan C
1 sudu besar Pes Bawang Putih dan Halia

 
Bahan D (dikisar halus)
3 Biji bawang besar (dikisar halus)
Sedikit air (Jangan terlalu cair. Kisaran 1:1 dengan air)
Tujuan bawang merah adalah untuk mendapatkan kuah. Sekiranya anda tidak mahu kuah yang lebih anda boleh kurangkan jumlah bawang.


Bahan E
2 sudu besar rempah Kari Daging
1/2 sudu kecil garam masala
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu kecil serbuk Jintan manis
1 sudu kecil serbuk Jintan Putih
1/2 sudu kecil serbuk kas-kas (tidak kemestian)
1 sudu besar serbuk cili @cili kering kisar.Mengikut kepedasan yang anda inginkan.
1 sudu kecil serbuk lada hitam.
3 sudu besar kicap pekat 'Mee Yakin'. Kehitaman masakan terpulang pada cita rasa anda. * Saya gunakan Kicap Lemak Manis kipas udang.
Garam
Gula secukup rasa. 


Bahan F
1 sudu kecil jus limau nipis

 
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam sehingga 75% masak dan angkat.

2. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan serai yang telah diketuk. Sederhanakan api dan tumiskan bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga (bahan B).
3. Apabila naik baunya, masukkan pes bawang putih halia (bahan C) sehingga baunya naik kembali.
4. Segera masukkan kisaran bawang (bahan D) dan tunggu sehingga bawang benar-benar masak hampir kekuningan dan naik bau.
5. Masukan semua bahan-bahan rempah (bahan E) dan biarkan kuahnya didih dan menjadi pekat
6. Masukan ayam yang telah goreng separuh masak. Kecilkan api dan biarkan selama 10 - 15 minit.
7. Rasa masin manisnye. Akhir sekali perahkn jus limau dan kacau rata. Siap!

 

No comments: