

memandangkan demam bun kentang belum berakhir lagi..sbb tgk seme geng pun wat bun kentang si
ros tokyo nih....w/pun baru wat aritu tp anak2 makan x puas kata mereka so akak pun apalagi terus mulakan projek..klu aritu guna resipi ros gak tp kali ni guna resipi baru yg ros dh adjust sikit..mmg gebu & lembut giler! tenkiu ros..akak cnp je ye!!
RESIPI BUN KENTANG ROS ONIGIRI
bahan2:250 gram tepung roti
70 gram kentang yang direbus dan dilenyek baru ditimbang ye
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur ( dipukul sedikit)
120ml susu segar
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula (akak tambah kepada 5 sudu besar sbb anak2 suka bun manis sikit!)
4 gram yis ( 1 sudu kecil)
sedikit kastard untuk di jalurkan atas bun ni nanti.bahan untuk kastard2 sudu besar tepung bird custard
1 cawan susu segar
2 sudu besar gulacaranya: ( sos kastard)
1. campurkan semua dlm periuk dan kacau hingga pekat, guna api perlahan ye, kacau selalu
klu jadi terlalu pekat leh tambah lagi sedikit susu, sejukkan dan baru di paip atas bun nanti.
Caranya. ( roti)
1. Kalau ade BM tu leh lah masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan On je, kalau takde masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut ye.
2. Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 12 bahagian kecil dah susun atas dulang pembakar.Biarkan naik sekali lagi, kemudian paipkan sos kastard di atas permukaan bun . Bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit. bila masak akak sapukan marjerin panas2 kt atas roti tu. Ok dah siap Selamat Mencuba...
