Friday, September 7, 2018

KAMBING MASAK BERIYANI ISTIMEWA

Assalamualaikum..alhamdulillah Pn Doc kembali bersiaran setelah sekian lama berhibernasi..hihi! Pekabo semua? Harap para pengunjung dapur inahar ini sentiasa dalam keadaan sihat ceria selalu ye..insyaallah. Ok kali ni kita nak hupdet menu raya aidil adha yang lalu iaitu kambing masak beriyani istimewa. Memang sedap tak terkata uu! Haa wajib try ye resipinye..jom kita zaasss..

RESIPI KAMBING MASAK BERIYANI
sumber - inahar's cooking time


Bahan2

500 gm daging kambing dipotong dadu 2"- diperap tepung dan limau nipis selama 20 minit kemudian dicuci dan toskan
1 biji tomato- dicincang kasar
3 biji kentang- potong 4
2 batang lada merah/hijau- belah dua
3-4 sudubesar rempah beriyani
1/2 cawan susu cair atau yogurt
1 tangkai daun ketumbar
3-4 sudu besar tomato sos/puri
air secukupnya
1 sudubesar minyak sapi
minyak masak secukupnya
garam dan gula secukup rasa


Bahan tumis:

1 labu bawang besar
2 biji bawang putih
1/2 inci halia
2 biji buah pelaga
1 batang kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang


Bahan kisar

1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
2 cm halia
1 tangkai cili merah
2 tangkai cili hijau
1 sudubesar serbuk badam
setangkai daun ketumbar
sedikit kismis- jika suka


Cara

1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak, tumiskan bahan tumis, goreng hingga wangi dan bawang kekuningan.
2. Masukkan bahan yang dikisar dan rempah beriani.Tumis hingga terbit minyak kemudian masukkan kambing. Rebus hingga kambing empuk.
3. Masukkan kentang, lada hijau, daun ketumbar, sos tomato, tomato cincang dan air. Kacau rata dan masak hingga mendidih.
4. Kemudian masukkan susu cair, garam dan gula. Kacau rata dan didihkan sebentar. Siap baoleh dihidangkan bersama nasi panas @ dimasak kembali semasa penyediaan nasi beriyani. 


No comments: