Thursday, November 16, 2017

KUIH SERIMUKA PANDAN

Assalamualaikum..taraaaa!! Inilah dia kuih kesukaan kita..serimuka pandan yang sangat evergreen! Resepi dari dapur Surianti ni memang tak mengecewakan..tersangatla sedap! Just nice kemanisannye! My mom bagi 2 thumbs up utk kuih ni tau..hihii!  Memang wajib cuba ye kawan2! Mekaseh Sue berkongsi resipi yang ohsem ni..izinkan akak cnp resepinye ye! Sebelum ni pernah beberapa kali entry kuih serimuka dengan resipi yang berbeza..boleh lihat di sini dan sini ye!


Seri Muka Pandan (loyang 8in x 8in)
Resipi asal : Surianti Ramli
Sumber : inahar's cooking time

Lapisan bawah
2 cawan beras pulut dicuci bersih dan rendam 30 minit, toskan
1 cawan santan
1 cawan air
Secubit garam -panaskan periuk kukusan dan kukus pulut bersama bahan di atas selama 30 minit. Kacau sebati dan tekan-tekan supaya padat di dalam loyang.

Lapisan atas
3 biji telur
3/4 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula pasir
1 cawan jus pandan (kisar 5 helai daun pandan(sy guna 10 helai) bersama air, tapiskan)
1 1/4 cawan santan
Beberapa titis pewarna hijau -satukan semua bahan, kacau sebati dan tapiskan. -masak atas api perlahan sambil mengacau selama 2 - 3 minit (naik wap). Jangan kacau terlalu lama, nanti jadi keras bergentel dan permukaan seri muka akan jadi tidak licin. (Saya tak masak tp terus tuang adunan atas pulut dan kukus )

Cara :
Tuangkan lapisan atas ke dalam loyang berisi pulut tadi. Balut tudung periuk kukusan dengan kain/tuala untuk mengelakkan air menitis. Kukus selama 40 minit. Matikan api. *penting : tunggu serimuka betul-betul sejuk, anggaran 4 - 5 jam baru dipotong. Kalau potong semasa panas, akan jadi lembek bahagian atasnya.