RESIPI BLACKPEPPER LAMB CHOP
resipi - inahar's cooking time
Bahan :
6 kpg daging kambing
4-5 ulas bawang putih ~ ditumbuk halus
1 sudu besar serbuk lada hitam ~ lagi sedap yang baru tumbuk/kisar
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula perang(boleh juga taruh madu)
sesudu kecil mixherbs kering - rosemary, thyme, oregano
2 sudu besar minyak
butter secukupnya - utk memanggang
Cara:
Gaul kesemua bahan dan lumurkan dgn rata pada daging kambing.
Perap dlm peti ais lebih kurang 1 - 2 jam. (lagi lama lagi baik)
Panaskan grill pan atau nonstick pan dgn api sederhana kecil.
Panggang daging dgn sedikit butter lebihkurang 8-10 minit sebelum dibalikkan dan panggang hingga masak.
Angkat dan hidangkan bersama sos digemari, mashed potato, salad potato, daun salad segar beserta tomato ceri , baked bean juga roti (ikut side dishes yg digemari)
RESIPI BLACKPEPPER SAUCE
resipi asal - Mimi
sumber - inahar's cooking time
2 biji bawang holland
5-6 biji bawang putih
100 gm lada hitam- dikisar kasar
3 helai bay leaves- dikisar bersama lada hitam
300 gm brown sauce powder (demi glaze) - jenama knorr (kita beli di pasar besar NSK)
1 senduk krim (kita guna susu segar)
air secukupnya
sedikit gula (kita tambah)
minyak zaitun/butter utk menumis
Tumis bawang holland & bawang putih hingga layu. Masukkan lada hitam dan serbuk brown sauce juga air sedikit-sedikit. Kemudian masukkan krim/susu. Masak hingga pekat. Boleh tambah air mengikut kepekatan yang dikehendaki. Masak hingga mendidih. *resipi ni menghasilkan sos yg banyak. Boleh adjust sendiri utk seberapa amaun sos yg dikehendaki. Boleh disimpan ke dalam peti ais. Bila sejuk ia akan memekat jadi tambahkan air secukupnye bila hendak dimasak semula.
RESIPI MASHED POTATO
6 biji ubi kentang-kupas kulit & di potong dadu kemudian rebus hingga empuk.Toskan
2 sudu besar butter
sedikit susu segar
sedikit serbuk lada sulah/lada hitam
sedikit mayonaise
garam secukup rasa
Lecekkan semua bahan diatas semasa kentang panas2 lagi. Lecek hingga rata & smooth. Siap mashed potato. Boleh dihidang bersama sos lada hitam.
RESIPI SALAD POTATO
bahan-bahan:
ubi kentang- potong kiub kemudian rebus hingga empuk (jangan terlalu empuk). tos kering mayonaise
jus perahan lemon/limau nipis
sedikit serbuk lada hitam
daun bawang-potong halus
garam secukup rasa
serbuk perisa ayam knorr (optional)
cara:
Campurkan segala bahan diatas kecuali kentang sbg dressing. Kemudian masukkan kentang yang telah ditos tadi. Gaul rata. Siap dan bolehlah dimakan terus atau dimasukkan ke dlm petiais sebelum dinikmati. Selamat mencuba ya!
13 comments:
Salam Kenalan,
Wahh sedap nyer lamb.. terima kasih perkongsian resipi. Will try insya allah..
LatifahFazri
Latifah..cuba jgn tak cuba ye..insyaallah sedap!
Terliur den nengoknyo! Teringin nak mencuba, tapi tak tahu kat mana nak dapat daging kambing. Pernah beli di AEON.. bau hamis... tak lalu makan.
Ksweetie..sy beli kt jaya grocer..lembut sgt. Daging kambing kena perap ngan tepung n asam limau dlm 20 minit then cuci bersih..insyaallah bau hamis hilang.
wahh happy bday..bestnya abg roni dapat masakan lamb..hihi
Mama arif..tenkiu atas ucaoanye. Lamb mmg feveret abg bani..hihi!
Sedapnya. Dh lama x mkn lamb chop. Boleh la cuba nti. Tq share recipe
Cik Puan Rann..cuba la resipi ni nanti ye! insyaallah sedap!
sedapnya kak.. memang lama dah nak buat tapi tak cukup yakin... insyallah wiken ni nak jamu anak2 mkn lamb chop. nak beli mahal maklumlah anak ramai....
Thank you very much for posting that has been presented. hopefully many benefits and good luck always.
Kami sangat terbantu dengan hadirnya artikel yang satu ini. Semoga banyak manfaatnya juga bagi yang lain. terima kasih banyak.
Terima kasih banyak gan informasinya. Kami tunggu informasi selanjutnya yang lebih menarik lagi. Semoga banyak manfaatnya.
Pengobatan Alami Penyakit Gula Darah Tinggi
Post a Comment