Monday, October 26, 2020

NASI AYAM THAI SUPER SEDAP


Assalamualaikum akhirnya terjebak juga kita dgn virus nasi ayam thai super delicious oleh Mas @mashitah80 ni.adehh haha! Virus ni terkena pun tak nyesal punyer..hihi. So korang memang wajib try ler sebab resepi ni memang tersangat mudah dan rasanya teramatlah sedapnya. Betul2 superb terutama sos cili dia tu perghh memang power baq hang! Mache Mas berkongsi resepi viral yang lazat ni. Jomm kita zass resepinye yok! 

Nasi Ayam Thai super delicious

Resepi asal - IG @mashitah80
Sumber - inahar's cooking time

1 ekor ayam- potong ikut suker, cuci bersih, kulit ayam simpan sedikit (ketepikan)
3 inci halia- cincang halus
4-5 biji bawang putih- cincang halus
2 akar ketumbar- bersihkan
2 kiub ayam

Cara.
- Rebus ayam bersama halia, akar ketumbar, bawang putih yang dicincang dan kiub ayam... Ketepikan

Bahan nasi ayam
3 cawan basmathi- rendam 20 minit
kulit ayam+ lemak ayam
sedikit minyak
1 inci halia
2 biji bawang putih
air rebusan ayam secukupnya (saya guna 4.5 cawan)
garam secukupnya
daun ketumbar
bawang goreng utk hiasan

-Panaskan periuk.. Masukkan kulit ayam yg sudah dibersihkan....
Masak hingga kulit ayam keluarkan minyak.
- Kemudian masukkan halia yg dihiris2 dan bawang putih yang dicincang... Kacau sebentar, baru masukkan beras yg sudah dicuci bersih dan ditos.... 
- Kacau beras dlm 5 minit baru masukkan air rebusan ayam tadi, sukatan air bergantung pada beras yerk.... Cuma lebihkan sikit air rebusan tu.
Masukkan ayam yg sudah direbus tadi, garam sedikit jika kurang masin dan daun ketumbar utk hiasan dan mewangikan lagi nasi ayam tu.
- Tutup dan masak sehingga nasi masak elok. Api perlahan

Bahan sos cili
Cili api- hiris halus
Daun ketumbar- hiris halus
bawang putih- cincang halus
Sos cili thai
Kicap lemak manis
Jus lemon
Sos ikan
Garam gula secukup rasa

Cincang halus ciliapi, bawang putih. Masukkan juga daun ketumbar yg dihiris2...
Masukkan sos cili thai, sedikit kicap manis, sedikit jus lemon, sedikit gula, sos ikan, kacau sebati, masukkan sedikit sup tadi. 
Kacau sebati.. Siappppp.

(Nota- kita rebus seekor ayam..jadinya hanya separuh bahagian yang di tanak bersama nasi. Lebihan separuh lagi ayam rebus tadi kita gorengkan sekejap utk jadikan lauk tambahan)

Monday, September 28, 2020

EGG CHEESE GARLIC BREAD

Assalamualaikum! Tadaaaa...ini lah kejadiannya inspired by korean cheese garlic bread yang tengah viral la ni maka terhasillah Egg Cheese Garlic Bread versi savoury tanpa ada rasa manis juga versi express menggunakan burger bun jer.. mudah keje kita kan takyah nak uli2 roti tu bagai yg belum tentu gebu lembut helok kalau kita yang bukan pakar ni membuatnya.. kaann! Hihii..Ok disebabkan tiada stok cream cheese jadi kita guna sliced cheese jer bersama tambahan filling scramble egg. Memang mudah banget buatnya.. Anak2 kata sedap sgt banding korean cheese garlic bread tu yg sgt creamy dan agak manis rasanya cepat muak kalu makan terlebih kan. So jom kita zaass resepinya yok!

Egg Cheese Garlic Bread
Sumber - inahar's cooking time

Bahan utk roti
4 biji burger bun

Bahan cheese
4 keping sliced cheese

Bahan Scrambled Egg
3-4 biji telur
2 sudu besar susu segar
2 sudu besar mentega/marjerin
Sedikit serbuk ladaputih/hitam
Garam secukup rasa

Panaskan mentega hingga cair dan tambahkan semua bahan lain. Kacau bancuhan telur tu sehingga masak soft2 gitew. Tutup api dan ketepikan.

Bahan Garlic Butter Sauce
3 sudubesar mentega
5 ulas bawang putih- racik atau parut halus
1 biji telur
1 sudubesar susu segar
1/2 suduteh dried parsley
Garam secukupnya


Panaskan mentega hingga cair. Campur garlic dan dried parsley. Kacau rata sekejap dan tutup api. Bila agak sejuk baru tambah telur juga susu segar dan garam. Kacau sebati.

Cara penyediaan
Panaskan dulu oven 180c selama 10 minit
Roti bun dipotong 6 atau lapan bahagian (pastikan jangan sampai putus)
Masukan scramble egg di celah belahan roti tadi secukupnya. Koyak2kan slice cheese dan selit di belahan roti tadi. Akhir sekali tuang garlic sauce tadi di atas roti hingga menyaluti keseluruhan roti tadi (boleh juga celupkan roti ke dalam bancuhan garlic butter sauce tu). Kemudian bakar dalam oven yg telah dipanaskan tadi selama 10-15 minit ikut oven memasing ye. Bakar agak2 garing dan naik bau garlic td ye. Siap utk di makan.


 

Tuesday, August 25, 2020

AYAM VARUVAL


Assalamualaikum.. kemain lama tak bersiaran kan? Ada jer ni haa..hihi. okayla ni kali pertama kita masak ayam varuval ni. Memang sedap dan mudah resepinye. Resepi kita ambil di blog @surianti_kitchen . Macehh sue berkongsi resepi yg marbeles ni. Resepi asal oleh Kalaivani Vj. Jom kita semak resepinye yok!

Ayam Varuval
Resepi asal : Kalaivani Vj
Sumber 1 : blog @surianti_kitchen
Sumber 2 : inahar's cooking time

Bahan-bahan :
1 ekor ayam (potong kecil & dibersihkan)
1 sb kunyit serbuk
1 sb rempah kari Babas
1 sk garam
1 inci halia (ditumbuk halus)
5 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
-gaul rata semua bahan di atas, perap 1 jam dan kemudian digoreng garing. Ketepikan.

Bahan A (goreng sekejap)
4 sb jintan manis (sy guna 3 sb jer)
10 tangkai cili kering (di potong 3)
5 tangkai daun kari
1 labu bawang putih dihiris
Minyak secukupnya
-panaskan minyak, goreng jintan manis sekejap, angkat.
-dengan minyak yang sama, goreng pula cili kering, bawang putih hiris dan daun kari hingga wangi. Angkat dan ketepikan.

Bahan B (untuk tumis)
2 - 3 biji bawang besar dihiris
2 biji tomato dipotong 8 (kalau besar guna 1 biji)
1/2 inci halia ditumbuk halus
2 ulas bawang putih ditumbuk halus
2 sb serbuk cili Babas (sy ganti 2 sb cili giling)
Garam dan gula secukup rasa


Cara penyediaan :
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar, halia dan bawang putih yang tumbuk halus dan buah tomato hingga layu.
2. Masukkan cili serbuk (pesan dari tuan punya resepi asal supaya jangan letak air kerana ada air dari bawang). Tambahkan garam serta gula secukup rasa. Masak hingga garing dan pecah minyak.
3. Masukkan bahan A iaitu bahan yang kita goreng sekejap tadi. Masukkan ayam dan kacau rata hingga sebati. Boleh ditabur daun pudina atau daun ketumbar.
Ayam varuval rasanya seimbang pedas, manis dan masam.

Monday, August 3, 2020

SUP AYAM HADNYAI



Assalamualaikum..lagi menu tertunda yang kita share arini iaitu sup ayam hadnyai yang sedap banget nih.. Dah selalu kita share resepinye sebelum nih tp takper jom kita semak resepinye lagi sekali yok!

RESIPI SUP AYAM HADNYAI
Resepi asal - pyhonda @myresepi
Sumber - inahar's cooking time

BAHAN - BAHANNYA :-)

800 g ayam, dipotong sederhana besar
5 batang serai, dititik
7 cm lengkuas, diketuk
2 batang saleri, dikerat2
2 biji tomato, belah 4 setiap satu (resipi asal tak letak)
5 - 6 cawan air (atau secukupnya)
Garam dan gula secukup rasa
2 kuntum bunga lawang#
5 biji buah pelaga#
3 kuntum bunga cengkih#
1 batang kayu manis#(#rempah tumis)
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
3-4 biji cili padi* (kita taruh 8 biji)
4 cm halia*
1 camca teh lada hitam(resipi asal tak letak)*
2 camca besar ketumbar*
1 camca teh jintan kasar*
1 camca teh jintan halus*(*dikisar halus)
5-7 biji cili padi- ketuk sikit (kita tambah)
Hirisan daun sup/daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan
Perahan limau nipis


CARA MEMBUATNYA :-)

Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis rempah tumis, serai, lengkuas dan bahan kisar halus hingga harum. Masukkan ayam tadi dan gaul rata. Masak hingga ayam kecut kurang lebih 5 minit.
Tuang air dan masukkan saleri. Gaul rata dan renih hingga ayam masak. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula sebagai pemangkin. Akhir sekali masukkan cili padi yg diketuk, tomato , tambah perahan limau dan masak beberapa minit lagi.
Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Sedap juga dihirup begitu saja..

Saturday, August 1, 2020

CHOCOLATE BROWNIES KEDUT



Assalamualaikum semua..Salam Aidil Adha diucapkan buat semua pengunjung blog inahar, selamat bercuti dan hati-hati di jalanraya juga jangan lupa SOP sepanjang musim covid19 ni ye. Okay ni kita share choc brownies yang dibuat 2 minggu yang lepas. Resepi kita cnp dari blog Juicy Cafe ni mmg sgt popular suatu masa dulu dikalangan food blogger hinggalah sekarang ni dan laa ni ramai gakla yang adjust sikit resepi ni sana sini dan terus mengaku resepi ni resepi diorang. Alahai macam2 kann.. Apa2 pun resepi ni mmg super sedap, sangat chocolatey dan moist banget! Jom kita semak resepinye yok!

CHOCOLATE BROWNIES 'KEDUT'
Resipi dari blog juicy cafe
Sumber - inahar's cooking time

400 gm coklat kompound - potong kasar (guna choc coin beryl's)
150 gm mentega
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
4 biji telur
1 sdk perasa vanila
100 gm tepung naik sendiri*
30 gm serbuk koko* - *satukan dan ayak

Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk stainless steel, satukan coklat kompound dan mentega. Cairkan adunan dengan kaedah 'double boiler'. Tutup api dan angkat.
2. Dalam mangkuk lain, satukan pula gula perang, gula kastor, telur dan perasa vanila, gaul sebati.
3. Tuang dalam mangkuk adunan coklat dan gaul sehingga kesemua adunan rata dan sebati.
4. Masuk sedikit demi sedikit adunan tepung dan gaul rata.
5. Sediakan loyang bersaiz 10 x 10 inci, lapik kertas minyak dengan melebihkan sehingga paras ketinggian loyang. Ini supaya senang untuk ditarik keluar dari loyang dan oles sedikit mentega.
6. Tuang dalam loyang dan ratakan.
7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 160C selama 30 minit atau mengikut kesesuaian oven masing-masing (sy bakar 40 min guna loyang 9x9 inci).
8. Tutup suis oven, biarkan brownies dalam oven dengan pintu terbuka selama lebih kurang 15 minit.
9. Keluarkan dan potong mengikut pilihan anda.

Nota :-
- Jika mahu buat separuh adunan gunakan loyang bersaiz 8 x 8 inci.
- Boleh juga guna tepung gandum cuma tambahkan 1/2 sdk serbuk penaik.
- Gunakan mentega dan coklat kompound yang bermutu tinggi untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap.
- Boleh juga ditambah kekacang 100 gm jika suka