Thursday, March 10, 2011

MOGA ADINDAKU CEPAT SEMBUH....



As salam wat semua..arini tiada menu masak2 sbb puan doc bertugas sepjg minggu nih..hanya ingin memberitahu berita yg menyedihkan mengenai adindaku Nabil yg telah di masukkan ke wad ICU hospital selayang sejak 7/3/2011 yg lalu disebabkan demam teruk yg berpanjangan..belum dapat dipastikan lagi jenis kuman yg menyerang tp arini keadaan kesihatan nabil menampakkan perubahan yg positif cumanye telah dipindahkan pulak ke wad isolasi kerana suspected H1N1..moga adikku tabah dan kuat semangat utk melawan penyakit yg dihadapi...kepada semua rakan2 samada di FB dan juga blog yg telah mendoakan kesejahteraan adinda nabil..kami ucapkan jutaan terimakasih wat semua ye....jasa baik serta doa kalian amat kami hargai! moga nabil cepat sembuh..amin!!

Sunday, March 6, 2011

MARBLE CHEESE BROWNIES






Yuhuuu..dh lama berangan nk wat marble cheese brownies..mmg resipi dr rinnchan ni plg ngetop sbb tersgtla sedaapnye..marveles banget!! brownies ni kita wat semalam sempena majlis besday satu tahun usia anak sedaraku fawwaz ..majlis berlangsung di umah my parents..semua pun memuji kesedapan bronis nih..resipi ni dh dicuba oleh ramai blogger masak2..sape yg lum try mmg rugi woo!! thnx rinn 4 sharing this marvelous recipe.. jom kita zaas resipi!!

MARBLE CHEESE BROWNIES


Bahan-bahan Brownies :

250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:

1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.

4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.

5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.

6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.

7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.

Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.

3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.


*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk
sebelum dipotong.

Saturday, March 5, 2011

MEEHOON GORENG PUTIH


As salam..di petang sabtu yg nyaman nih..arini kita melayan menu yg jarang kita masak ie mihun goreng putih @ goreng lada hitam! sesekali bertukor selera mmg sedap!! kali ni import resipi dari dapur wana..mmg sebelum ni pn guna resipi sendiri yg lbh kurang sama jek ngan wana punyer..so disebabkan maleh nk menaip baru..kita cnp jer dr dapur wana..(walaupun ada sedikit penambahan bahan tp main ingredients tu mmg x lari laa..hehe!) tenkiu ye..jom kita zaas resipi!

Resepi Meehoon Goreng Putih


1 bungkus bihun ( di rendam )

100 g taugeh
1 pokok daun bawang atau daun kucai ( di potong2)
6 – 10 biji cili padi ( dimasukkan ke dalam bihun sebiji2 ) – jika suka
10 – 12 ekor udang sederhana - kita ganti ayam sbb x de udang lam esbok
sepotong kobis ( potong kecil-kecil)
1 biji karot saiz kecil ( potong nipis )
1 labu bawang besar ( ditumbuk )
3 ulas bawang putih ( ditumbuk )
1/2 inci halia ( ditumbuk )
1 sudu makan lada hitam (ditumbuk)

segenggam ikan bilis(ditumbuk) - ni kita tambah sendiri
3 – 4 sudu besar sos tiram
garam secukup rasa
sedikit perasa ( jika suka)

Cara penyediaan

1. Tumis bahan tumbuk hingga wangi kemudian masukan sedikit air dan sos tiram.
2. Bila mendidih masukkan bihun, karot, kobis, udang, cilipadi dan garam. Kacau hingga sebati dan bihun lembut.
3. Last tambahkan daun kucai dan taugeh, sesuaikan rasa garamnya bolehlah di angkat.

Thursday, March 3, 2011

BUBUR PUTIH BUBUR MERAH


As salam..dessert yg dibuat petang tadi adalah masakan yg sgt nostalgia buat kita..rasanye dh lebih 30 tahun x merasa bubur putih bubur merah nih..bila nmpak kt dapur cikgu dzana terus teringat memori masa kecik2 dulu..bubur ni adalah bubur tradisi owg johor (asalnye dr owg jawa)..kalu ada majlis kenduri kesyukuran atau sambutan harijadi selalunye bubur ni adalah salah satu menu wajib masa kenduri..kita dulu masa kecik duduk kt kawasan Kg.Jawa kt JB.. memang dikelilingi oleh jiran2 keturunan jawa (tp pn.doc sendiri bukan jawa tp banjar..hehe!iklan jap..)..selalu sgt dpt dijamu bubur putih bubur merah nih yg diberi jiran..selalu gak mak masak sendiri..mmg sedaap! Resipi ekceli main campak2 jek tp xper..kt sini kita cnp resipi kt dapur cikgu dzana..thnx ye cikgu!!

RESIPI BUBUR PUTIH BUBUR MERAH

Bahan2:
1 cwn beras pulut.
air secukupnya utk memasak pulut..
1 cwn santan
garam
gula pasir ikut manis
gula merah/melaka ikut manis juga..
daun pandan

Cara@
1. Basuh pulut n masak hingga pulut kembang.. klau kering letak air lagi..
2. Bila pulut dah kembang, masukkan garam dan santan.. gunakan api perlahan.
3. Bila dah mendidih keluarkan/asingkan sesenduk bubur putih/saya suka mkn yg putih .. sy asingkan 2 senduk
4. Masukan gula pasir dan gula merah dalam baki bubur tadi.. kacau hingga gula hancur.. rasa manisnya.. tutup api .. siap...

Wednesday, March 2, 2011

NASI GORENG CINA ALA MAT GEBU

Menu tengahari kami yg sempoi tapi sodap...nasi goreng cina style Mat Gebu..toceh2 mat!! spt bese akak minta izin cnp resipi ek..jom kita tengok!!

RESIPI NASI GORENG ALA MAT GEBU


BAHAN-BAHANNYA :-)

3 cawan nasi semalam, dileraikan
3-4 titik minyak bijan

1/2 batang saleri, didadu kecil

1/2 batang lobak merah, didadu kecil

1 biji bawang besar, hiris

3 ulas bawang putih, cincang halus

1 cawan bunga kobis yang telah dipotong kecil
-akak ganti ngan mix-vege
1 biji telur + sedikit serbuk lada hitam, kacau rata

1 cawan isi ayam, potong kecil*

1/2 camca teh serbuk lada hitam*

Sedikit garam*

1/4 camca teh minyak bijan*(
*disatukan, gaul rata)
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali (atau nak guna marjerin pun boleh, dalam 2 camca besar). Tumis bawang besar, bawang putih, saleri dan lobak merah hingga harum, masukkan daging ayam dan kacau rata.
  2. Tolak ke tepi kuali, kecilkan api, dan masukkan telur, kacau rata. Tambah sedikit garam dan juga minyak bijan. Masukkan nasi dan gaul hingga rata, masa ni besar kan api. Masak sekejap lagi hingga nasi kelihatan sedikit garing.
  3. Rasa dan jika ok boleh matikan api, tabur dengan hirisan daun bawang dan bawang goreng. Hidangkan segera.