Saturday, April 10, 2010

MORE AWARDS!!


Ni award dari nenek glem & ucu ana aka kaksu72(mak sedara kita nih w/pun umurnye jauh muda dr kita hehe..hubbynye adalah pak usu kita..adik bongsu my dad!)..lihat la betapa cantiknye tiara ni kan..hrp2 x senget kepala kita bila pakai nnti..hehe! tenkiu utk keduanye ye!

kat bawah ni lak terima dari
yatie nun jauh di usa sana(tabik spring kt yatie nih yg cukup rajin memasak kuih2 traditional cam kuih talam tuh..mcm2 variasi ade! mmg rajin tul owgnye)..thnx ye yatie..& really love uolss!! kepada seme pengunjung jugak..sudiler kiranye korang amik award2 ni & gantung kt umah memasing ye..ikhlas from me!! jgn malu jgn segan ye..mesti amik tau!



BEAUTIFUL BLOGGER AWARD



Ni lak award dari vee,merahbaldu,suri sarawak & mars-noni yg dh lama akak peram..hehe!..thanx utk seme ye! really appreciate ur thoughts! love uolss!!

Here are the rules to accept the award :

1. Thank & link the person that gave you the award
2. Pass this award onto 15 bloggers you’ve recently discovered and think are fantastic

rasanye dh ramai blogger yg dapat this award so xyahla kita sebut nama ye..this award kita nk hadiahkan kpd seme pengunjung blog ini yg disayangi..sudilah amik ye!moga persahabatan dialam maya ini berkekalan hendaknye..insyaallah!

3. Contact said Blogs and let them know they’ve won the award..

4. State 7 things about yourself.

1. peramah.easygoing,simple
2. mudah bertolakansur & sgt flexible
3. mudah mengalirkan airmata bila tgk citer sedih..huhu!
4. suka memasak & deco umah
5. suka berangan..bnyk lg impian yg lum tercapai..so berangan jela..hehe!
6. suka surf tenet
7. peminat setia ct & now layan faizal tahir gak!

okay..kpd seme yg berminat..sudi2kanla gantung award ni kt umah memasing yek tp jgn lupa wat tag sekali..daa!

TAG SEPULUH DARI CIKMIN

salam bersiaran kembali..hahaa..arini br sempat nk wat tag2 terkumpul nihaa!! first of all,ni tag dr cikmin..berkurun dh dibagi ..sori cikmin ek! tag mengenai 10 soalan yg semenye mesti dijawab lam bahasa melayu..wokehh!




* Cara-cara: Copy Tajuk entry “sepuluh” dan paste di post anda..

Sudah.

* Anda dikehendaki untuk menjawab sepuluh soalan di bawah dengan menggunakan bahasa melayu sepenuhnya.

Boleh, tiada masalah. ihikhik

* Sila jawab dengan jujur..

Memang jujur dah ni.

[#1] Siapakah diri anda di rumah?

seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak. seorang surirumah,driver,tukang leter, tukang masak,tukang cuci dsbnye(eh tak lupa..kaki tenet gak..hehe!)

[#2] Siapakah diri anda disamping rakan?

seorang yg happy go lucky dan sentiasa ceria w/pun hati didlm pedih..huhuu!

[#3] 5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai

nak pergi mekah

nak beli keta idaman..BMW X5...xtau bila agaknye tercapai??berangan jek dulu..

nak wat bisnes juta-juta..kahkahkah! boleh ker??

nak melancong berdua jek ngan cikabe..kt mana?? rahsia..hehe! (ni jujurla nih!)

nak sgt jumpa arwah sudir sebelum kematianya dulu tp x sempat..apa boleh buat..moga rohnye sentiasa dicucuri rahmat..

[#4] Siapakah nama pasangan anda?

~> cik li (nama penuh x yah ler)

[#5] Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda

flexible & mudah bertolak ansur

tersangat penyabar

matang (banding ngan kita yg berlagak cam owg muda w/pun usia dh tua bangka..hehe)

pelawak orangnye w/pun wajah nmpak serius..kalu kita tgh bersedih pandai dier hilangkan rasa sedih tu bertukar gembira

seorang familyman..sentiasa ada dirumah kalu time x keje tuh!

[#6] Bila tarikh anda couple?

x ingat dah..hehe! masa tu kita tgh belajar lg kt usm kubangkerian

[#7] Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?

kenangan pahit malas nk dikenang..ingat yg manis2 jek!

[#8] Lagu tema cinta anda?

ada ker lagu nye?? munkin lagu 'it must have been love' kot..ost filem pretty woman (alaa..hero richard gere tuh) hehe!

[#9] Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?

~> kita menerima dier seadanye.. i love him the way he is!

[#10] Tag 10 rakan ada yang lain

~> takyah tag kot sbb dh ramai yg buat!

okay harap cikmin puas hati yer!! ..lepas ni kalu sempat nk wat tag2 seterusnye..alahai!! sebaik patient tgh xder kt klinik nih..leh tenet lama cikit..hehe..daa!

Thursday, April 8, 2010

AYAM HITAM MANIS BEREMPAH


Salam..arini kita dapat cuti 2 hari..lehla memasak..hehe! ni lauk ayam masak hitam manis berempah..resipi asal guna daging tp kita guna ayam jek sbb tu je ada lam peties kita yg hampir kosong tu..huhuu! resipi skodeng kt dapur nor ganu..sedap uu! thnx nor..kita cnp resipi dr dapur nor ye! thnx again..

RESIPI AYAM HITAM MANIS BEREMPAH

300gm daging batang pinang ~dihiris nipis dan toskan (ganti ayam goreng garam kunyit)

bahan A

1 sudu teh serbuk ketumbar

1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk jintan putih

1 sudu besar kicap cair

1/2 sudu teh serbuk lada hitam ~ lebihkan jika nk lebih pedas

~~~~~~~~~

2 ulas bawang putih ~ ditumbuk

1/2 in halia ~ ditumbuk

1 labu bawang besar ~ dipotong bucu/wedges

1 bj cili merah ~ dihiris
1 bj tomato ~ dipotong 6 atau 8

minyak

~~~~~~~~~

bahan B

1 sudu besar kicap pekat

3 sudu besar kicap manis

1 sudu besar sos tiram

1 sudu teh cuka atau perahan limau nipis


Gaul daging dgn bahan A dan perap lebih kurang 1/2 jam. Panaskan minyak dan masukkan bawang putih dan halia. Tumis hingga wangi dan masukkan 1/2 dr bawang besar dan cili merah. Goreng seketika hingga wangi dan masukkan daging yg dah diperap tadi. Kacau2 daging dan goreng lebih kurang 10 min hingga air daging keluar. (Jika guna daging batang pinang tak perlu ditambah air tp kalau guna daging biasa bolehlah
dimasukkan 1/2 cawan air utk mengempukkan daging) Masukkan bahan B dan biarkan masak hingga kuah hampir kering. (bolehlah dimasukkan garam dan gula secukup rasa jika perlu) Masukkan lebihan bawang besar dan cili merah serta tomato. Kacau sekejap dan boleh lah dihidangkan panas2.

Thursday, April 1, 2010

ROTI CANAI

Yesss..arini telah berjaya membuat roti canai homemade..hehe!! makan ngan kuah kari ayam semalam..mmg best! resipi amik kt umah ummi..resipi asal dr maklang! thnx maklang & ummi..kita cnp kt dapur ummi ye!

Bahan:-
3 cawan tepung gandum
1 cawan air sejuk
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil garam (paras rata)
1 biji telor
1 sudu besar marjerin (*ummi guna butter je)
sedikit marjerin untuk sapuan

Cara Membuat:-
Campurkan air, susu, garam, marjerin dan telor. Masukkan ke dalam tepung dan uli selama 25 minit sehingga licin. (*ummi uli jadi lembik sikit, xtau mana silap then tambah sedikit tepung lagi lebihkurang 1/4 cawan lagi, baru ok!). Buat bulat2 kecil (+-100 gm setiap satu) sehingga habis kemudian sapukan sekeliling doh dengan marjerin supaya tidak melekat antara satu sama lain (*ummi letak minyak je). Simpan dalam bekas tertutup dalam fridge sekurang-kurangnya 8 jam. Tebar, letak telor dan lipat. (*ummi tarik2 je..x reti nak menebar)..Goreng..