Wednesday, July 12, 2017

KEK LUMUT VERSI BAKAR


Assalamualaikum..arini Pn Doc nak berkongsi kejadian kek lumut versi bakar ilham kita sendiri disebabkan faktor kemalasan nak mengukus sampai 4 jam..huhuu! Cer tengok..cer tengok!! Alahai..hihii! Okayla kek versi bakar ni masih lagi sedap dan moist kejadiannye walaupun tak selembap kek kukus kejadiannye. Kalau ada diantara pengunjung yang juga ala2 malas dan kurang penyabar ataupun berminat nak cuba versi bakar ni..silakan ye! Kalau nak lihat kek lumut versi kukus boleh lihat di sini . Jom zaass resipinye ye!

 
Kek Lumut II
resipi asal - DayangJack@Dapurku Sayang
sumber - inahar's cooking time


bahan-bahan : loyang 8" x 8"



  • 10 biji telur gred A
  • 450g mentega berkualiti tinggi (Golden Churn, Anchor, SCS)
  • 3/4 cawan gula kastor 
  • 2 cawan nestum (dikisar halus)
  • 1 cawan serbuk almond
  • 1 cawan serbuk horlicks
  • 1 cawan tepung hongkong/gandum (diayak)
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • 1 botol besar (60 ml) pes pandan cap Kopoe-Kopoe ( pewarna dan perisa pandan yang lain pun boleh)
  • 1 cawan susu pekat manis
Cara-cara :
  • Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan loyang dengan mentega dan taburkan dengan sedikit  tepung (alaskan loyang dengan kertas minyak jika suka) 
  • Pukul mentega bersama gula halus dan esen vanilla hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima. 
  • Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed perlahan). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis. 
  • Masukkan susu pekat dan pes pandan. Putar sebati. 
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dengan horlicks, serbuk almond dan nestum . Kacau sebati. 
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang dan tutupkan dengan kertas foil yang sudah disapukan sedikit butter (supaya permukaan kek tak melekat pada kertas foil). 
  • Kukuskan selama 4 jam. (tambah air panas jika hampir kering)(Pn Doc bakar kek ni pada suhu 180c selama 45-50 minit ikut oven memasing ye)
  • Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong. 

8 comments:

Norlaili A Wahab said...

bagus nya boleh bakar. akak pun tahap kemalasan dah tinggi dah ni hehehe

inahar ali said...

K.laili..tu la mudah sikit membakor klu nk banding ngukus kan. Hihii

Norlaili A Wahab said...

betul betul hihihi

inahar ali said...

Norlaili..kaann hihii!

Sweetie said...

Kerak dia tu pun nampak sedap!

inahar ali said...

ksweetie..selalunye sy berebut ngan anak pompuan no2..dia pun minat part kerak juga..hihii!

Artanti Tanti said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Artanti Tanti said...
This comment has been removed by a blog administrator.