Wednesday, July 26, 2017

KEK BUAH-BUAHAN BAKAR

 Assalamualaikum..Waduh..masih lagi dalam mood berayakan walaupun bulan syawal dah pun berakhir 2 hari yang lalu..hihi! Okayla arini nak berkongsi resipi kek buah yang mudah lagi sedap ni. Pn Doc mmg mencari2 resipi kek buah versi bakar yg senang camni sebab malas nak mengukus lama berjam-jam..hihi! Kejadian kek ni sangat la moist juga soft banget! Mekaseh kak azie berkongsi resipi yg best ni! Jom kita zaass resipi yok!

Kek Buah Buahan Campuran 
Resipi asal - Azie Kitchen
Sumber - inahar's cooking time

Bahan bahan

250 gram butter
500 gram mix fruit
1 cawan gula perang (boleh kurangkan)
1 cawan air sejuk
2 cawan tepung gandum
3 biji telur
1 sk baking powder
1 sk esen vanilla


Cara cara:

Rebus buah buahan campuran bersama air dan gula sehingga buah kembang. Tutup api dan masukkan butter. Kacau rata dan biarkan seketika sehingga bahan bahan tadi sejuk.

Pukul telur dan masukkan ke dalam adunan buah rebus tadi dan dikacau dengan senduk.

Masukkan tepung yang diayak bersama baking powder sedikit demi sedikit dan kacau rata. Tuang ke dalam loyang bulat saiz 8 inci yang telah disapu dengan butter.

Bakar pada suhu 170C selama 45 minit atau sehingga masak. Angkat dan disejukkan seketika di dalam loyang sebelum disejukkan sepenuhnya atas wire rack.


2 comments:

Sweetie said...

Menarik ni Ina... tak perlu mengukus berjam-jam. Saya simpan resipi tu..

inahar ali said...

KSWEETIE..iye kek ni mudah dan sedap. Takyah ngukus sampai 4 jam... hihi!