Thursday, January 19, 2017

HAWAIIAN CHICKEN SUPREME PIZZA

 
Assalamualaikum semua! Jom mempizza kan diri pulak ye! Homemade pizza ternyata lebih sedap dan jauh ekonomi dibanding jika kita membelinye di restoran2 fastfood diluar sana kan..Memang puashati kalau dapat menikmati pizza yang dibuat sendiri.. Dulu pernah post resipi pizza di sini ye. Jom kita semak resipi ye kengkawan!

Resipi hawaiian chicken pizza
resipi asal - MAT Gebu
sumber 1- mamadee's kitchen 

BAHAN-BAHAN DOH PIZZA :-)


300 g tepung gandum
6 g instat yeast
20 g mentega
10 g gula halus
1 camca teh bread improver (optional)
1/4 camca teh garam

1 1/2 camca besar madu
170 ml air
Sedikit tepung untuk ditabur




Bahan-bahan sos

 5 sudu besar sos tomato

1 sudu teh oregano 

1/2 labu bawang besar dipotong dadu



Bahan-bahan aksesori

200g ayam kisar

Nenas kiub dalam tin

Sosej

Cendawan butang dihiris nipis

Keju parmesan+mozarella+cheddar yang diparut (saya beli je campuran keju yang dah siap2 dipaket untuk ditabur atas pizza)

1/2 labu bawang besar kuning dipotong bulat

Capsicum dipotong dadu







CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK DOH PIZZA :- Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk dok kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap.
  2. UNTUK PIZZA GEBU :- Panaskan oven pada suhu 190C, sediakan 2 dulang pizza berukuran 9 inci, sapu dengan sedikit mentega. Ketepikan. Keluarkan doh, bahagikan doh tadi kepada 2 bahagian sama besar. Ambil satu, tabur sedikit tepung dan canai bulat.
  3. Alihkan ke dalam dulang pizza, tekan2 dengan hujung jari hingga memenuhi dulang tadi dan biarkan kelilingnya sedikit tebal.
  4.  Ratakan sebahagian sos pizza tadi dan susun bahan untuk pizza atasnya (buat 2 bahagian) dan diakhiri dengan keju. Bakar 20 - 25 minit hingga keju mencair dan roti kelihatan kuning keemasan. Keluarkan dari oven dan hidangkan segera bersama sos kegemaran. Buat kaedah sama juga untuk yang selebihnya.

Cara membuat sos.

1.  Tumis bawang besar, masukkan sos  tomato dan daging ayam kisar dan oregano. 

2. Jika kurang masin, tambahkan garam.

3. Biarkan sehingga ayam masak.
 

6 comments:

adda syuhada said...

sedapnyer...

inahar ali said...

Adda..nanti bolehla try resipi pizza ni. Insyaallah sedap.

Acik Erna said...

Terima kasih dr ina..lamanya acik tak main tepung buat pizza buat roti ni

inahar ali said...

kakerna..mekaseh kak..jangan lupa cuba resipi ni ye!

Ainniah Zulkefli said...

kalau dapat buat sendiri piza yang sedap macam ni kat rumah memang puas hati. boleh letak banyak mana ayam kita nak, nak letak cheese banyak2 dan lain2'. lama dah tak buat sendiri piza rasanya last buat pun lebih 5 tahun lepas

inahar ali said...

ainniah..iye mmg puashati kan buat sendiri nih. Boleh taruh filling bnyk2 ikut suka.