Wednesday, December 7, 2016

KEK LAPIS ASAM MANIS (HAW FLAKES)

Assalamualaikum! Pn Doc masih lagi dalam mood menghupdet resipi kek lapis istimewa yang dibuat musim aidilfitri yang lalu. Kali ni kek lapis asam manis yang di kongsi resipinye oleh Bro Rozzan. Memang terlajak sedap uolss! Sebelum ni pernah post resipi kek lapis asam manis dari resipi yang berbeza di sini ye.Mekaseh wat Bro Rozzan berkongsi resipi yang marbeles ni. Jom kita zaass resipi yok!

RESIPI KEK LAPIS ASAM MANIS (HAW FLAKES)
resipi asal - Bro Rozzan
sumber - inahar's cooking time

 Bahan-Bahan

10 biji telur
130 gm gula halus
450 gm mentega
1 sudu teh ovalette
1 tin susu pekat manis
50 gm jem raspberry
250 tepung Hong Kong
100 gm Horlicks
secukup haw flakes (saya gunakan 125 keping saiz duit 50 sen)

Cara:
1. Pukul mentega, gula dan ovalette hingga kembang. Masukkan telur sebiji sebiji, pukul lagi hingga kembang dan pekat.

2. Kemudian, masukkan susu manis dan jem lalu terus pukul dgn kelajuan yg paling rendah- saja untuk ratakan bahannya. Ataupun anda boleh juga kacau hingga sebati.

3. Sesudah itu, masukkan tepung HK dan horlicks lalu pukul lagi (dgn kelajuan yg rendah) atau dikacau rata-rata hingga sebati. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan dgn warna merah, hijau dan kuning atau warna pilihan anda.

4. Alaskan loyang 8" x 8" dgn kertas tracing dan griskan pada dasar dan keliling loyang. Ambil 2 senduk penuh adunan dan bakarlah berselang-seli warna dgn api grill kira-kira 200 - 210 darjah Celsius. Setiap lapisan dibakar kira2 selama 5-7 minit atau hingga masak. Aturkan haw flakes pada setiap lapisan ketiga (25 keping). Untuk loyang saiz ini, kita boleh mendapat sekitar 15 lapisan kesemuanya. So, jumlah hawflakes nya adalah 125 keping.

5 comments:

PAk JUSTAN DI BATANG said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Amie said...

Rajinnya melapis! Entah bila nak datang balik semangat melapis kat saya!

inahar ali said...

Amie..suami sy yg tolong melapis dan bakar kek tu. Klu harap kita sorang mmg tak siap ler kek tu..kihkihh!

Ayu said...

Assalam puan doc,
dah berapa tahun kita tak buat kek lapis..sebab memikirkan panas duduk depan oven..hehehe...cantik kek lapis ni..kemas aje..siapa tahu orang lelaki yang tolong buat tukan..hehe

inahar ali said...

Ayu..wassalam..tu ler pasal mmg dh berkurun tak melapis tetiba raya tahun ni cikhubby kata nk tolong kita bakar kek..apa lagi mmg terus kena melapis sama laa..kihkihh!