Thursday, October 29, 2015

STRAWBERRY ALMOND YOGURT CAKE


Assalamualaikum..another cake yg ku buat lastweek! Strawberry almond yogurt cake..mmg marbeles, sgt soft & moist ditambah dgn rasa buah strawberry segar juga kemewahan rasa serbuk almond..mmg perghhhh!! Resipi sebenarnya kita upgrade dari resipi strawberry bakewell cake di sini dgn tambahan yogurt yg menambahkan lagi kelembapan kek ini. Jom kita zaas resipi..

Strawberry Almond Yogurt Cake
sumber - inahar's cooking time

Bahan
150 gm mentega
150 gm brown sugar
2 biji telur
2 sudubesar susu pekat manis
1 botol yogurt perisa asli (140ml)
150 gm tepung berserbuk penaik (self raising flour)
150 gm serbuk almond
150 gm buah strawberry segar
sedikit chocolate chips
sedikit almond flakes 
Orange zest (1 biji ) - optional
gula aising (for dusting-optional)

Cara
1. Panaskan oven ke 180c. Lengserkan loyang kek dgn mntega dan alas loyang dgn kertas baking.
2. Pukul mentega bersama gula kastor menggunakan mixer hingga kembang dan gebu. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga gebu sekata.
3. Kemudian masukkan susu pekat juga yogurt dan kacau lagi bg sekata. Akhir sekali masukkan tepung yg telah diayak bersama serbuk almond dan gaul secara kaupbalik bagi rata sahaja. Masukkan orange zest(kulit oren yg disagat), buah strawberry segar yg telah dipotong kecil juga chocolate chips. Kacau rata.
4. Masukkan adunan ke dalam loyang dan taburkan potongan strawberry segar atasnye. Akhir sekali hiaskan dgn almond flake dan bakar dlm oven selama 50-55 minit bergantung pada oven memasing.
5. Sejukkan kek bila masak dan hias ikut suka (dusting dgn gula aising) sebelum duhidangkan.




5 comments:

sweetie said...

Hai tak berenti-renti buat kek dan membaking... cer bagi sini sepotong!

inahar ali said...

kaksweetie..jangan ler jeles kak..hahaha!! tgh rajin kita operasi..klu tgh vit M melanda..mmg tak berasap la dapur tu..hihii!

NEKCIK said...

nak cuba ye puan doc sayang

inahar ali said...

Nekchik..sila kan cuba jangan tak cuba ye!

inahar ali said...

Nekchik..sila kan cuba jangan tak cuba ye!