KEK LAPIS SARAWAK MASAM MANIS TIGA RASA
resipi asal - intai-intai dapur FHA
sumber - inahar's cooking time
(untuk loyang 8 x 8) - Pn Doc hanya buat separuh adunan sahaja jadi rendah sikit kejadian kek lapis ni
BAHAN A
100g Gula Halus
200g Jem Nenas450g Butter
30g Ovalete
300g Susu Pekat Manis
BAHAN B
10 biji Telur Gred A
BAHAN C
270g Tepung Hong Kong
BAHAN D
Pewarna Hijau + Perasa Pandan
Pewarna Kuning + Perasa Vanila
Pewarna Merah + Perasa Strawberry
BAHAN C
Asam manis secukupnya
Cara mengadun:-
1. Pukul kesemua Bahan A sehingga kembang dengan kelajuan yang maxima.
2. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul, juga dengan kelajuan sama.
3. Masukkan tepung dan adun dengan kelajuan yang perlahan hanya untuk sebatikan aja.
4. Bahagikan kan kpd 3 bahagian di diwarnakan merah, kuning dan hijau dengan perasa.
Cara melapis:-
1. Sapukan sedikit margerin pada permukaan loyang.
2. Alaskan dengan kertas minyak.
3. Sendukkan adunan warna hijau ke dalam loyang dan ratakan dengan sudu supaya ia serata tebal nya.
4. Bakar dalam oven menggunakan api atas sahaja dengan api yang sederhana besar.
5. Pastikan lapisan telah masak/bertukar warna sedikit anggaran masa 7-10 minit setiap lapisan baru dikeluarkan dari oven.
6. Tekan lapisan kek dengan alat penekan atau gelas yang rata untuk mengeluarkan angin jika ada.
7. Sapu sedikit butter di atas nya.
8. Ulang step 3-7 diatas untuk hijau lagi sehingga habis adunan. Kemudian buat pula untuk adunan kuning sehingga habis dan seterusnya untuk adunan merah.
a. Masam-manis hanya dimasukkan bermula dari lapisan 3 dan akan berselang 2 lapisan. Contoh: Lapisan 3,6,9,12,15,18.
b. Cara nak meletakkan masam manis, Lapiskan dan ratakan adunan tepung dalam loyang, kemudian susun masam-manis. Kemudian tekan sedikit masam- manis supaya tenggelam sedikit dalam lapisan tepung yang baru diratakan itu. (Tujuan nya supaya semasa memasak masam-manis tidak terlalu garing).
TIPS: Pastikan kek benar-benar sejuk sebelum dikeluarkan dari tin.
* Selamat menjamu selera .....
4 comments:
Ehem2...Assalam....akakkkk! :} missed u so much! Ape khbar? msh ingat ngn dayang lg x ni... heheh.... nampak sedap sgt kek tu kak....
Dj..wasalammmm..alolo rindu mehh! Mana menghilang lama beb?? Alaa mesti la ingat kt dia yg cun jelita lg teringat kt krk lapis Dj..huhuu!!
hihihi...ade niii...x hilang mane2.. bz ler kak sjk ank2 membesar ni...mmg xde peluang nk jengok blog n update blog sendiri..2 tahun dah kan...huhu... InshaAllah, jika btl2 free nanti dj wat comeback yer...hehe... mmuahhh2...
DJ..muuaaahhhsss!!
Post a Comment