Monday, December 8, 2014

BEEHIVES BUN WITH BUTTERSCOTCH SAUCE

Assalamualaikum..taraaaaaa!! Finally..Pn Doc berjaya juga operasi meroti setelah berkurun tak meroti kerana BM ku yang telah lama jem..huhuu! Demam saranglebah akhirnya tak dapat ku tangkis lagi setelah melihat ramai geng2 blogger yang telah menerai resipi roti sarang lebah ni. Resipi asalnya oleh Lydia Honey telah begitu mendapat sambutan yang hebat hingga akhirnye daku terjebak sama utk menerai resipi roti ni. Disebabkan tak sempat mencari stok yogurt kita telah menggunakan resipi roti dari dapur Kak Wattie. Resipi asal oleh Liza Othman yang dikongsikan di grup FB Kelab Roti. Resipi sos butterscotch masih menggunakan resipi oleh Lydia. Kita telah menguli menggunakan handmixer kemudian sambung menguli tangan...mmg berpeluh la gak jawabnya..hehe! Apa2pun hasil roti mmg sgt lembut & gebuss..bila dimamam bersama sos butterscotch tu pepanas..mmg wallaaa!! Anak2 berebut makan sekali hadap jek seloyang tu..hehe! Mekaceh Kak Wattie juga Liza Othman & Lydia berkongsi resipi yg best nih..So jom kita zaaass resipi!!

Resepi Roti 
Sumber : Kelab Roti 
Resipi roti boleh dipelbagaikan 
By Liza Othman 
sumber 1 - Kak Wattie

500gm tepung roti atau gandingan 400gm tepung roti dan 100gm tepung gandum
100gm gula kastor 
40gm susu tepung 
1 st bread improver 
11gm yis atau sepeket yis 
sebiji telur campurkan dgn air sejuk 265gm 
80gm butter 
1 st bread softener 
 

Cara caranya  :-
Campurkan  bahan bahan kering dan masukkan bahan bahan cecair.   Uli sebatikan dan masukkan butter. Ulli hingga doh menjadi licin dan elastik.   Perap selama 30minit, tumbuk tumbukan untuk membuang angin, Bentukkan dan perap hingga naik 2 kali ganda.  Bakar pada suhu 180c.  Suhu bakar mengikut jenis oven anda 

Resepi Sos Butterscotch 
Sumber : Kelab Roti 

1/2 cup brown sugar (bukan gula merah ok)

1/2 cup whipping cream (kalau tak gantikan dgn susu cair) 

A pinch of salt

1/2 tsp vanila essence 

25g butter 

 1.Cairkan butter dakam periuk kecil.   Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih. (saya sengaja masak gula tu hingga caremelised utk dapatkan rasa karemel tu sebab tu kaler sos tu lebih gelap)
2. Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya. 
3. Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping. 

NOTE:- Make sure semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan..  Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat.. Berhati2, baik guna senduk jangan guna sudu takut malang tak berbau .



7 comments:

fazianbatrisyia said...

sedapnya...menyelerakan.

inahar ali said...

fazian..dah try ke belom resipi beehives ni..org lain dah lama demam. akak baru nak demam..hehe!

sweetie said...

len kali buat dua tiga loyang... seloyang mana cukup... kan dah berebut-rebut. saya sorang pun makan seloyang! hehehhe...

adda syuhada said...

nampak sedap... mestilah sedapkan dah nama pun dah kemain vavavomm.. bilalah boleh rasa nih.. hehehe

inahar ali said...

ksweetie..resipi kat atas tu dapat 2 loyang tp 1 loyang abih sekali hadap.Seloyang lagi tu dapatla wat mkn bekfes esoknye..hehe!

inahar ali said...

adda..memang rasanye kevavavomm mcm namanye tau..hehe!

HEDER TILE AND PLUMBER said...

Ubahsuai rumah. Plumbing, pasang tile, tabletop, mengecat dll call 0182233854 khaidir