Wednesday, September 24, 2014

BERIYANI KAMBING

     
 
Assalamualaikum..taraaa..jangan tak percaya setelah sekian lama kurang berani nak masak kambing akhirnya berjaya juga Pn.doc mengoperasi daging kambing masak beriyani malam tadi ye. Beberapa tahun dahulu pernah sekali masak kambing kuzi..boleh tgk entry di sini. Ini kira kali kedua la kita masak kambing pas dipujuk oleh mrhubby yg memang peminat tegar kambing (selalunye makan masakan kambing di kedai jek..hehe). Resipi kita ikut sama seperti masak beriyani ayam/daging biasa tu. Jom zaass resipi ek...

RESIPI KAMBING MASAK BERIYANI

Bahan-bahan:

500 gm daging kambing (potong dadu 2")-diperap tepung & limau nipis selama 20 minit kemudian cuci bersih dan toskan.

1 biji tomato } dicincang/racik
3 biji kentang-potong 4
2 batang lada hijau/merah-belah 2
3 sudu besar rempah beriani 
1/2 cawan susu cair (boleh juga guna yogurt)
1 tangkai daun ketumbar
3-4 sudu besar sos tomato @ puri
air secukupnya 
1 sudu besar minyak sapi
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Tumis:
1 labu bawang besar } dihiris
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang

Bahan kisar:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia
2 sudu besar bawang goreng
1 tangkai cili merah
2 tangkai cili hijau
1 sudu besar badam
setangkai daun ketumbar
sedikit kismis-jika suka

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak masak + minyak sapi, masukkan bahan tumis, goreng hingga wangi dan bawang kekuningan
2. Masukkan bahan-bahan yang dikisar dan rempah beriani. Tumis lagi hingga terbit minyak kemudian masukkan kambing. Rebus hingga kambing agak empuk.
3. Masukkan kentang, lada hijau, daun ketumbar, sos tomato, tomato cincang dan air, kacau rata dan masak hingga mendidih
4. Kemudian masukkan susu cair , garam & gula. Kacau rata dan didihkan sebentar. Siap boleh dihidangkan bersama nasi panas @ dimasak kembali semasa penyediaan nasi beriyani.


6 comments:

mayangbakingmadness said...

mak aiiihh sedapnya... saya mmg suka makan kambing.....

sweetie said...

....sedap kalau dapat cicah lempeng tepung ni..

Rohah said...

Dah ngences tgk kat fb tadi..nk cuba gak la len kali...

inahar ali said...

Mayang..akak sefamily pon kaki kambing..hehe!

inahar ali said...

Ksweetie..iyela kak..mmg berkeping2 lempeng ler jawabnye..huhu!

inahar ali said...

Rohah..cuba jangan tak cuba..nnti kempunan..hehe!