Wednesday, February 19, 2014

BLUEBERRY CHEESE TART

Assalamualaikum semua..hollaaaa..rindu uollss..lama banget kita tak bersiaran kan..hehe! ni pun Pn Doc curi masa sikit di klinik utk menghupdet entry cheesetart yang ku buat 2 hari lepas. Memang dah habiss pun..foto pun amik tengahmalam memang malap la kejadiannye..huhu! jadinya korang layan mato jerlah ek...jom zaass resipi yg mabeless nih!

RESIPI BLUEBERRY CHEESE TART
resipi asal - azita zain
sumber - inahar's cooking time

Tart Crust / Shell

Bahan-bahan :
170gm marjerin/butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.
Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

Cream Cheese Filling 

Bahan-bahan :
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon


Cara-cara :
  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

***utk filling ni kita guna resipi yg berbeza sikit spt dibawah ini:
125 gm cream cheese 
30 gm gula kastor 
1/2 biji telur
 
1/2 biji lemon-ambil parutan kulitnya
 
20 ml whipped cream

bluberi filling/jem

Cara-caranya:

Krimkan cheese sampai licin dan gebu,masukkan gula dan butter ,pukul sampai sebati.Kemudian masukkan telur & whip cream,pukul lagi hingga kembang .

Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.

Cara-cara ( rujuk gambar di dapur azita ye) :
  1. Tart crust yang sedia untuk dibakar.
  2. Tart crust yang telah siap dibakar dan disusun ke dalam loyang untuk proses seterusnya.
  3. Isikan filling ke dasar crust. Lebih banyak filling..lebih sedap!
  4. Picitkan adunan cream cheese filling ke atas filling tadi.
  5. Untuk melorek, ambil sedikit adunan cream cheese dan titikkan dengan beberapa titik pewarna.
  6. Kacau rata2 hingga mendapat warna yang diinginkan.
  7. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
  8. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri (lebih banyak lebih cantik...)
  9. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah untuk mendapatkan bentuk tersebut.
  10. Bakar selama 5 minit. Siap!!!

Tips untuk dapatkan cistat yang gebu dan montok(mengikut pengalaman azita...) :
  1. Jangan simpan cream cheese di tempat sejukbeku (frozen).
  2. Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan.JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
  3. Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust.
  4. Picitkan adunan hingga penuh...hingga sampai ke bahagian sisi crust.


12 comments:

zana fahmi said...

Salam, Puan Doc apa khabar?
Dlm perancangan nak buat ni sb mertua nak dtg:-)

Sweetie said...

Melimpah ruah cheesenya... nyum..nyum... lama dah saya tak buat cheesetart ni Ina... Tukang makannya sume kluor menuntut ilmu..

inahar ali said...

kzana..alhamdullillah..pn doc sihat2 jer!! cuba jangan x cuba ye resipinyer..sure mertua suker punyer..hehe!!

inahar ali said...

ksweetie..elokla pun kak..leh la diet sementara waktukan..hahaha!

Bicara Kak Noor said...

doccccc, kak noor sakit ni tengok tart cheese ni camno tu ??

inahar ali said...

kaknoor..sakit ek?? meh terbang kolumpur sy buatkn cistat baru sbb hak lama udah licinnn..huhuuu!!

inahar ali said...

kaknoor..sakit ek?? meh terbang kolumpur sy buatkn cistat baru sbb hak lama udah licinnn..huhuuu!!

fazianbatrisyia said...

apa khabar? lama tak ulang buat. kena ada kesabaran yg tinggi nak buat ni.

inahar ali said...

fazian..alhamdulillah akak sihat..mmg betui kena tunggu toie kerajinan tinggi jer br leh wat cistat ni..tu yg wat setahun sekali jer tu..haha!!

cubic zirconia romania said...

Thanks for sharing this wonderful post, It is awesome.

Real silver jewelry 925 said...

Nice post, i hope everyone will like your post..

Awesome post, thanks for sharing this post..

cubic zirconia romania said...

Great article, it is nice to read your article..