SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE
resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com
sumber1: K.Nor@SecubitGaram
sumber2: inahar's cooking time
Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko (DJ guna Cap Kijang)
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk (air sejuk dari peti ais)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
1 sudu kecil cuka atau jus lemon
Cara-cara :
Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.

Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.
11 comments:
Yes...kek ni mmg best. Tak pasal2 ada org order kek kat saya....ha..ha..ha..buat suka2 jek, tetiba lak org order, bukan bisnes pon.
fazian..hahaha..alhamdulillah! rezeki tu kan!
Salam! saya baru tertanya2 dlm hati kemana menghilangnya tuan rumah... lama tak ber'update' - (hehe.. camanalah budak2 nak lulus BM, sesuka hati je buat penambahan kat perkataan inggeris tu!) Apapun saya belum pernah cuba try buat kek cekelat tanpa telur ni.
assalam puan doc..acik baru buat malam tadi..memang sedap kan
Lama tak buat kek cekelat yang best ni
kak sweetie..rindu ek..hahaha! besela kak kita nih sibuk manjang..huhu!
acik erna..pos sepotong kt kita sbb kita punyer dh abiss..haha!
mimi..apalagi cepatla operasi kt dapur tu..buat jangan tak buat ye..hehe!
Ina boleh kukus tak kwk ni
ros..boleh ajer..hang tryla nanti!
Post a Comment