Friday, November 1, 2013

SPAGHETI GORENG TUNA PEDAS

Assalamualaikum..ketemu kembali..lama banget Pn doc tak bersiaran ye..2-3minggu ni mmg agak sibuk meguruskan abg bani mendaftar diri ke PICOMS (Pusrawi International College of Medical Science)..macam2 perkara kena sediakan..ni baru selesai dan rasa lega sikit..dapatla bernafas jap..hehe! so jom kita layan menu spagheti goreng tuna pedas yg kita sediakan semalam..sempoi dan pantas jek penyediaannya. Alhamdulillah kenyang kami anak2 beranak makan pasta jek semalam..hehe!

RESIPI SPAGHETI GORENG TUNA PEDAS
sumber - inahar's cooking time

BAHAN-BAHAN:
  • 1 peket spagheti | direbus
  • 2 tin tuna dalam tin (guna tuna cili brand ayam)
  • 1 tin cendawan butang | dihiris
  • 2 biji bawang besar | potong dadu
  • 5 biji bawang putih | cincang halus
  • 2 biji tomato | dicincang
  • 1/2 sudu teh herba Itali (mixed herbs)
  • 5-7 biji cili padi-ikut kesukaan
  • satu sudu besar lada hitam kisar
  • daun ketumbar secukupnya
  • minyak untuk menggoreng
  • Sedikit parutan keju parmesan
  • Garam /perisa secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang yang dihiris sehingga naik baunya.
2. Masukkan bawang putih dan goreng hingga keperangan.
3. Kemudian masukkan cendawan bersama cili padi dan biarkan masak seketika.
4. Perasakan dengan garam dan herba Itali secukupnya kemudian gaulkan rata.
5. Masukkan tuna bersama tomato cincang dan biarkan masak seketika.
6. Setelah itu masukkan pasta, daun ketumbar dan gaulkan rata. Biarkan sehingga sebati dan angkat.
7. Taburkan keju parmesan di atasnya dan hidangkan.

20 comments:

Sweetie said...

Masak hari ni puan Doc... tak keje ke? lama menyepi lepas buat kek carrot ari tu.

inahar ali said...

sweetie..ni menu semalam ni kak..lama menyepi sebab sibuk mwnguruskn anak masuk kolej..hehe!

tun_telani said...

Salam kak ina.. lama rasanya tun x masak spagetti. dh mcm2 resepi try, tp belum pernah letak tuna lagi.

Chik Mimi said...

salam kak ina
nampak sedapppp sangat lama tak buat spagetti ni

fazianbatrisyia said...

besar dah anak2. semoga berjaya la hendaknya. sedapnya...dah la sejuk ni...lapor lak...ada lagi tak...nak bawak tupperware ni?

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam K.Ina...bersakan mkn spagheti yer..nampak sedap tu!

asyifa mustaffa said...

X penah lg msak spegeti gaya gini...tp klau pdas...mmg bole msok ni....

Acik Erna said...

sedapnya puan doc..nak buat jugak la rasanya..tapi nak kena pi beli tuna dan spaghetti dulu

inahar ali said...

tun..wasalam..nnti try masuk tuna mmg sedap!

inahar ali said...

mimi..wasalam..goreng spagheti cenggini senang keje..simple & sodapp!

inahar ali said...

fazian..alahai semalam lagi udah licin..hehe!

inahar ali said...

atie..wasalam..mmg dh lama x masak pasta..permintaan anak2..mudah & sedap! nnti tryla ye!

inahar ali said...

asyifa..ni mmg pedas..tp kalu nk lagi pedas terpulang..bior sampai berasap..haha!!

inahar ali said...

acikerna..mmg sedap kak..nnti akak tryla resipi ni..mudah jer tu!

zila norazila said...

Simple resepinya kak ina..tgk jd laporr la plk

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Pn Doc, sk pun suka goreng spaghetti tapi buat style goreng bodo2 jer..len kali bleh trylah resepi doc ni, nampak sedap!!

mama sara nur said...

assalam
alamak lewat datang he heee ada spaghettti le
sedappp tu

inahar ali said...

zila..tryla resipi ni..mmg sempoi & sodap!

inahar ali said...

SKTH..resipi akak ni pun kategori bodo-bodo gak..hehe!

inahar ali said...

sara..alahai terlewat sudaa..spagheti pun abiss sudaa..hehe!