RESIPI KEK LAPIS AISKRIM SODA
BAHAN-BAHANNYA :-)
- 300 g mentega
- 120 g gula halus
- 1/2 camca teh ovallate
- 6 biji telur gred A
- 220 g susu pekat manis
- 100 g horlicks
- 1 1/2 camca teh esen ais krim soda
- 1 camca teh pewarna biru
- 50 g jem raspberry
- 1 camca teh esen raspberry (akak tak letak pun)
- 1 camca teh pewarna merah jambu
- 1 camca teh pewarna hijau muda/esen pandan (gunakan ajer pewarna yang ada kat rumah)
- 160 g tepung Hong Kong
CARA MEMBUATNYA :-)
- Lenser tin berukuran 7 x 7 x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas minyak tadi. Panaskan oven pada suhu 190C (api atas dan bawah).
- Putar gula, ovallate dan mentega dengan kelajuan tinggi selama 7 - 8 minit. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang (jarak waktu untuk 1 biji telur = 1 minit).
- Pada kelajuan sederhana, masukkan susu pekat manis dan horlicks. Putar rata selama 2 - 3 minit. Tukar pada kejuan perlahan dan masukkan tepung dan gaul sebati selama 1 - 2 minit sahaja. Kalau nak gaul tepung menggunakan spatula pun boleh.
- Bagi adunan kepada 3 bahagian yang sama banyak. 1 bahagian dicampur dengan esen ais krim soda dan pewarna merah, (kat gambar cam warna oren) kacau rata.
- 1 bahagian dengan jem raspberry, esen raspberry (kalau guna) dan pewarna biru, kacau rata dan 1 bahagian lagi pada warna hijau.
- Sudukan 3 camca besar adunan warna biru (ada jem rasberry), ratakan dan bakar hingga masak (6 - 7 minit)..(bergantung kepada suhu oven masing-masing)
- Keluarkan dan tekan sedikit, kemudian ratakan adunan bewarna hijau ratakan dan bakar, tapi kali ini, api ditukar pada api "grill" dan suhu pula 200C, bakar hingga masak (6-7 minit)
- Utk lapisan ke 3 ratakan warna merah dan masak juga 6-7 minit dan ulangi sampai habis.
- Kemudian bakar guna api atas bawah dan bakar sekejap dalam 5 minit. Kalau takut hangus bolehlah di tutup dengan aluminium foil.
7 comments:
Assalam Kak Doc!...salam winduu!!...huhu mai nak mkn kek lapis belangx2 ni ada lagi dak?..hehe surela dah abis kan...hmm memang menarik la kek ni kak tapi mana nak pi cari esen ais krim soda tu kat Finland ni? sabar jer la..jamu mata jer la jawabnya..:)
Assalam dr, cantik kek lapis tu..kalau tak ada esen ice cream soda, boleh tak gunakan air ice cream soda yang biasa buat minum tu?..
as-salam
cantiknye kek lapis aiskrim soda tu..cantik aje lapisnye..
Salam Ina, wallllaaa!!! cantik2 nya kek raya Ina. rasa nak ngap je kat skrin ni!
nieza..alahai cian dia jamu mata jerla ek..xpe la nieza..kalu xder esen eskem soda tu..boleh ganti ngan flavour lain pun..sedap gak!
ayu..kalu guna air aiskrim soda tu nnti berairla pulak kek tu..xpe la ayu leh try guna esen flavour lain msh sedap gak. tp akak rasa kt singapore sana mesti ada jual kot esen eskem soda nih..
ady..nnti tryla melapis kek nih..sedap tau..hehe!
kak rose..uish kalu ngap kt skrin rosak lak komputer tu hah..hahaha! nnti akak tryla resipi ni ek..
Assalamualaikum Ina cayanggg...waaah melapis lgk dia...rajin tul! X madan sibuk kat klinik tu eh, salute tul kat Ina nih...mesti byk bekal ubat kuat nih...xpun minum tonik..hahahhaa..*gurau jek eh*
Ppssstt, ada lgi x....nak mintak setengah loyang ke, suku pun ok...hehe
ummi cayang..jgn kata suku loyang..habuk pun tarak..ni kek raya ritu..hehehe!!
Post a Comment